Loei
Statistik | |
---|---|
Keluasan (km²) | 11,424.6 |
Jumlah penduduk | 607,083 (tahun 2000) |
Kepadatan (orang/km²) | 53 |
Wilayah Loei (bahasa Thai: เลย) ialah satu wilayah (changwat) yang terletak di bahagian timur laut negeri Thai, dan merupakan salah satu wilayah yang mempunyai paling sedikit penduduk. Wilayah-wilayah berjiran (dengan arah ikut jam dari timur) ialah Nong Khai, Udon Thani, Nongbua Lamphu, Khon Kaen, Phetchabun, dan Phitsanulok. Di utara, ia menyempadani Xaignabouli dan Wilayah Vientiane di Laos.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Wilayah ini berbukit-bukau, dengan ibu kota Loei terletak di lembangan subur. Sungai Loei, cawang Sungai Mekong, yang mengalir merentasi wilayah ini membentuk sempadan antara Wilayah Loei di utara dan Laos yang berjiran.
Sedangkan suhu-suhu pada musim yang panas dalam sekitar bulan April boleh mencapai 40°C, wilayah ini adalah satu-satunya tempat di negeri Thai yang mencapai dengan tetap suhu yang lebih rendah daripada 0°C pada malam-malam musim yang sejuk pada sekitar bulan Disember.
Wilayah ini mempunyai banyak gunung, termasuk Gunung Phu Kradung yang merupakan sebahagian Taman Negara Phu Kradung.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1853, Raja Mongkut (Rama IV) mengasaskan kota Loei untuk mentadbirkan penduduk yang semakin bertambah di kawasan itu. Pada tahun 1907, Wilayah Loei ditubuhkan.
Lambang
[sunting | sunting sumber]Mohor wilayah menunjukkan menara Phra That Si Song Rak yang dibina pada tahun 1560 oleh Raja Maha Chakrapat dari kerajaan Ayutthaya, dan Raja Chai Chetha dari Lan Xang. Ia menandai sempadan antara kedua-dua kerajaan. Pokok wilayah ialah Pokok Pinus Khasi (Pinus kesiya).
Bahagian pendtabiran
[sunting | sunting sumber]Wilayah ini dibahagikan kepada 12 buah daerah (Amphoe), serta 2 buah daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 89 buah komun (tambon) dan 839 buah kampung (muban).
Amphoe | King Amphoe | |
---|---|---|