Pergi ke kandungan

Wikipedia:HotCat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

HotCat adalah satu JavaScript yang membantu dan memudahkan para pengguna berdaftar untuk membuang, mengubah dan menambah kategori pada halaman-halaman Wikipedia dengan lebih mudah. Ia mempunyai senarai cadangan yang mana akan mencadangkan kategori sedia ada untuk dilengkapkan secara automatik. Skrip ini merupakan sebahagian versi asal alat HotCat di Wikimedia Commons.

Contoh penggunaan HotCat

Memasang

[sunting sumber]

Untuk memasang HotCat, pergi ke keutamaan saya dan tandakan pilihan HotCat pada tab Gajet.

Cara lain adalah dengan anda:

  1. Menyalin teks di bawah dan paste di dalam monobook.js anda file:
    import skrip('en:User:TheDJ/Gadget-HotCat.js');
  2. Simpan halaman monobook.js baru, dan
  3. Segarkan sepenuhnya pelayar anda dengan memintas cache anda.
  4. Siap! Anda kini akan memiliki tanda-tanda + dan - di sebelah kategori. Mengklik tanda-tanda ini akan membolehkan penyuntingan, penghapusan dan perubahan dilakukan pada kategori dilakukan dengan lebih mudah.

Bagaimana untuk menggunakannya

[sunting sumber]

Baris kategori yang diubah oleh HotCat.

Layari ke bawah laman Wikipedia. Di baris kategori akan akan melihat satu tanda "+" pada rencana yang tidak mempunyai kategori atau satu tanda "-" dan "+" bersebelahan dengan kategori yang telah memiliki nama kategori. Tanda tolak akan membuang kategori, manakala mengklik tanda campur akan menghasilkan satu kotak teks. Sekiranya anda menaip sebarang perkataan ke dalam kotak teks, ia akan memaparkan satu senarai perkataan yang sepatutnya sama dengan apa yang sedang ditaip, oleh itu membantu pengguna mencari kategori spesifik yang berkaitan.

Tip penggunaan

[sunting sumber]

Biasanya HotCat akan menyimpan suntingan anda secara automatik. Bagaimanapun kadang kala anda mungkin sebaliknya mahu ke kotak suntingan bagi mengesahkan dan melakukan penyimpanan sendiri. Sebagai ganti mengklik OK, klik OK semasa anda menekan kekunci pengubah. Pada komputer yang menggunakan Windows, ia boleh dilakukan dengan menekan CTRL, pada komputer Apple pula COMMAND.

HotCat pada asalnya dibangunkan untuk Wikimedia Commons oleh Magnus Manske. Beberapa port wujud di pelayan Wikipedia yang berbeza.

Versi di en.wikipedia adalah berdasarkan pada semakan commons berikut dan beberapa perubahan dilakukan bagi membolehkan ia digunakan dengan lebih mudah di Wikipedia.

Keserasian

[sunting sumber]
  • Safari 3 & 4: Diuji dan tiada masalah
  • Safari 2: Tiada isu-isu membahayakan dengan memaparkan pautan "tukar" (±).
  • Firefox 2 & 3: Diuji dan tiada masalah
  • IE 6, 7 & 8: Diuji dan tiada masalah
  • Google Chrome: Diuji dan tiada masalah
  • Opera: Diuji dan tiada masalah

Ia telah diuji dan disahkan boleh digunakan dengan kombinasi navigasi popups, wikEd dan kulit moden.

Kotak pengguna

[sunting sumber]
Kod Keputusan Pautan ke sini
{{Pengguna:Ranking Update/HotCat}}
Wikipedia:HotCatPengguna ini menggunakan HotCat bagi meletakkan kategori sesuai pada sesuatu rencana.
Pautan ke sini

Juga, terdapat ikon puncak HotCat. {{Ikon puncak HotCat}}