Pergi ke kandungan

Perang Amerika Syarikat-Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Amerika-Mexico

Sebuah lukisan Pertempuran Veracruz.
Tarikh25 April, 1846 – 2 Februari, 1848
Lokasi
Texas, New Mexico, California; Utara, Tengah dan Timur Mexico; Mexico City
Keputusan Kemenangan Amerika; persetujuan Titri Guadalupe Hidalgo dan Penyerahan Mexico.
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat  Mexico
Komandan dan pemimpin
James K. Polk
Zachary Taylor
Winfield Scott
Stephen W. Kearny
Antonio López de Santa Anna
Mariano Arista
Pedro de Ampudia
José Mariá Flores
Kekuatan
78,700 tentera 25,000–40,000 tentera
Kerugian dan korban

1,733 mati
13,271 jumlah mati
4,152 cedera

sekurang-kurang 9,200 ditinggalkan atau berpaling tadah[1]
5,130 mati
856 orang awam mati
Kematian disebabkan penyakit tidak diketahui [2]
Sebahagian siri
Sejarah Mexico

Mexico Pra-Hispanik
Penaklukan Yucatán oleh Sepanyol
Perang Kemerdekaan Mexico
Campur tangan Perancis di Mexico
Revolusi Mexico

Perang Mexico-Amerika, juga dikenali sebagai Campurtangan Amerika Pertama, Perang Mexico, atau Perang Amerika Syarikat-Mexico,[3][4] merupakan pertelingkahan bersenjata antara Amerika Syarikat dan Mexico dari 1846 hingga 1848, selepas gelombang Penyerapan Texas 1845 oleh Amerika Syarikat, yang masih dituntut oleh Mexico sebagai sebahagian jajahannya walaupun selepas berlakunya Revolusi Texas 1836.

Pasukan Amerika menceroboh Jajahan New Mexico, Republik California dan sebahagian yang kini merupakan utara Mexico; sementara Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan kepungan di laut dan mengambil kawalan beberapa garison di persisiran Pasifik Alta California, dan juga jauh ke selatan di Baja California. Satu lagi pasukan tentera Amerika merampas Bandar Raya Mexico, dan memaksa Mexico untuk bersetuju dengan pemisahan dan penyerahan jajahan utaranya kepada Amerika Syarikat.

Perluasan jajahan Amerika Syarikat ke pantai Pasifik merupakan matlamat Presiden James K. Polk, pemimpin Parti Demokratik.[5] Bagaimanapun, perang itu menimbulkan kontrovesi di Amerika Syarikat di mana pelaksanaan ini kuat ditentang Parti Whig serta para abolisionis. Korban Amerika yang tinggi dan kos kewangan yang tinggi juga turut dikritik. Hasil utama perang ini memaksa pemisahan bagi jajahan Alta California dan Santa Fe de Nuevo México daripada Mexico untuk diserahkna kepada Amerika Syarikat sebagai pertukaran sebanyak $18 juta. Sebagai tambahan, Amerika Syarikat menghapuskan hutang oleh kerajaan Mexico pada rakyat Amerika Syarikat. Mexico menerima Sungai Rio Grande sebagai sempadan kebangsaannya dan kehilangan Texas. Sementara itu, emas dijumpai di California, yang dengan segera membangkit minat antarabangsa dan mencetus Kerubut Emas California. Kesan politik selepas perang menimbulkan isu perhambaan di Amerika Syarikat, mendorong kepada perdebatan hangat yang menunding kepada Perang Saudara Amerika Syarikat; Tolak Ansur 1850 memberikan kelegaan sementara.

Di Mexico, terminologi bagi peperangan ini termasuk (primera) intervención estadounidense en México (Campur tangan pertama Amerika Syarikat di Mexico), invasión estadounidense de México (Penjajahan Amerika Syarikat terhadap Mexico), dan guerra del 47 (Perang 1847).

Latarbelakang

[sunting | sunting sumber]

Mexico sedang dilanda pertelingkahan politik sengit yang menghampiri perang saudara, sungguhpun ia bersatu untuk menafikan kebebasan Texas. Mexico mengancam perang dengan Amerika Syarikat jika Amerika Syarikat menyerap Texas. Ketika itu semangat “Manifest Destiny” Presiden Polk menumpu kepentingan Amerika Syarikat bagi pengembangan ke arah barat.

Rancangan bagi California

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1842, wakil (minister?) Amerika Syarikat di Mexico Waddy Thompson, Jr. membayangkan Mexico mungkin sanggup menyerahkan California bagi menyelesaikan hutangnya, mengatakan: "Berkenaan Texas I menganggap ia tidak bernilai berbanding California, negeri terkaya, tercantik dan paling sihat di dunia  ... dengan mengambil California Atas kita akan memiliki kelebihan pada Pasifik ... Perancis dan England kedua-duanya sedang memerhatikannya." Pentadbiran Presiden John Tyler mencadangkan persefahaman tiga pihak yang akan menyelesaikan pertikaian persempadanan Oregon dan memberikan penyerahan pelabuhan San Francisco; Lord Aberdeen dengan menyertainya tetapi menyatakan pihak Britain tidak membangkang pengambilan jajahan oleh Amerika Syarikat di sana.[6]

Bagi pihaknya, wakil (“minister”) British di Mexico Richard Pakenham menulis pada tahun 1841 kepada Lord Palmerston mengesa "bagi menubuhkan penduduk Inggeris di Jajahan Tinggi California yang mengkagumkan," menyatakan bahawa "tiada bahagian di dunia menawarkan kelebihan semulajadi yang lebih besar bagi penubuhan koloni Inggeris  ... denga sebarang cara  ... adalah California, sebaik sahaja tidak lagi menjai milik Mexico, tidak sepatutnya jatuh ke tangan sebarang kuasa lain, kecuali England  ... spekulatif yang berani dan adventurous di Amerika Syarikat telahpun memikirkan untuk ini." Tetapi ketika surat tersebut sampai ke London, kerajaan Tory Sir Robert Peel dengan polisi England Kecil telah berkuat-kuasa dan menolak cadangan tersebut sebagai mahal dan potensi punca pertelingkahan.[7]

Republik Texas

[sunting | sunting sumber]
Republik Texas. Garis Amerika Syarikat hari ini ditindan pada sempadan 1836–1845.

Pada tahun 1810, seorang ahli bank dari Missouri, Moses Austin diberikan sebidang tanah yang luas di Texas, tetapi meninggal sebelum dia sempat menyempurnakan rancangannya bagi mengambil pendatang Amerika Syarikat untuk menduduki tanah tersebut. Anaknya, Stephen F. Austin, berjaya dan membawa lebih 300 keluarga ke Texas, yang memulakan aliran tetap penghijrahan Amerika Syarikat memasuki sempadan Texas. Koloni Austin adalah yang paling berjaya dikalangan beberapa koloni yang dibenarkan oleh kerajaan Mexico. Kerajaan Mexico bertujuan bagi penghijrah Inggeris bertindak sebagai pemampan antara penduduk Mexico sedia ada dengan pejarah Comanche, tetapi koloni Inggeris cenderung menduduki di mana terdapat tanah ladang yang baik, dan bukannya di mana mereka menjadi pemampan yang baik. Pada tahun 1829, akibat kemasukan sejumlah besar imgran Amerika Syarikat, penduduk Amerika Syarikat melebihi penduduk Mexico dalam jajahan Texas. Kerajaan Mexico memutuskan melaksanakan kembali cukai hak milik tanah, meningkatkan tarif pada barangan penghantaran Amerika Syarikat, dan melarang hamba-abdi. Penduduk Texas menolak mendorong Mexoco untuk menutup sempadan Texas kepada imigran tambahan. Bagaimanapun, penduduk Amerika Syarikat terus berhijrah memasuki jajahan Texas.

Pada tahun 1834, Jeneral Antonio López de Santa Anna menjadi diktator Mexico, mengenepikan sistem kebangsaan. Dia memutuskan untuk menghapuskan Texas separa-bebas. Stephen F. Austin menyeru Texas mengangkat senjata; dan mereka mengistiharkan kemerdekaan dari Mexico pada tahun 1836, dan selepas Santa Anna mengalahkan penduduk Texas di Alamo (menyebabkan tenteranya lewat selama tiga minggu), dia dikalahkan dan ditawan dalam Pertempuran San Jacinto dan menandatangani perjanjian yang mengesahkan kemerdekaan Texas. Texas menguatkan statusnya sebagai republik bebas, mendapatkan pengiktirafan oleh Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat, yang kesemuanya menasihati Mexico agar tidak cuba menakluk negeri baru itu. Dengan bendera satu bintang, mereka dikenali sebagai Republik Bintang Tunggal (“Lone Star Republic”). Sebahagian besar penduduk Texas mahu menyertai Amerika Syarikat tetapi pihak Amerika Syarikat berdebat mengenai kebijaksanaan menyerap Texas, yang ditentang Whigs. Pada tahun 1845 Texas menerima tawaran penyerapan oleh Kongres Amerika Syarikat. Texas menjadi negeri ke-28 pada 29 Disember 1845.[8]

Asal perang

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Mexico telah lama memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa penyerapan Texas bererti perang. Oleh kerana kongres Mexico enggan mengesahkan kemerdekaan Texas, Mexico melihat Texas sebagai jajahan memberontak yang perlu diambil kembali. Britaindan Perancis, yang mengakui kemerdekaan Texas, berulang kali cuba memujuk Mexico daripada mengistiharkan perang. Apabila Texas menyertai Amerika Syarikat sebagai negeri pada tahun 1845, kerajaan Mexico memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

Tuntutan Texan ke atas sempadan Rio Grande telah dikeluarkan dari resolusi penyerapan bagi membantu laluan selepas penyerapan itu gagal di Senat. Presiden Polk menuntut sempadan Rio Grande, dan ini memulakan pertikaian dengan Mexico. Pada Jun 1845, Polk menghantar Jeneral Zachary Taylor ke Texas, dan menjelang Oktober 3,500 tentera Amerika Syarikat berada di Sungai Nueces, bersedia bagi mempertahankan Texas dari diambil kembali oleh Mexico. Polk mahu melindungi sempadan dan juga menginginkan laluan benua bebas ke Lautan Pasifik. Polk telah mengarahkan skuarden tentera laut Pasifik untuk merampas pelabuhan California sekiranya mexico mengistiharkan perang sementara mengekalkan hubungan baik dengan penduduk tempatan. Pada masa yang sama dia menulis kepada Thomas Larkin, konsol Amerika Syarikat di Monterey, menafikan cita-cita Amerika Syarikat tetapi menawarkan sokongan bagi kemerdekaan dari Mexico atau menyertai Amerika Syarikat, dan memberi amaran bahawa pengambil alih oleh British atau Perancis akan ditentang.[9]

Bagi mengakhiri kebimbangan perang (Luma Puluh Enpat Empat Puluh atau Lari (“Fifty-Four Forty or Fight”)) dengan Britain mengenai Counti Oregon, Polk menandatangani Perjanjian Oregon membahagikan jajahan tersebut, menjadikan pihak Demokrat di bahagian utara marah kerana merasakan Polk mementingkan pengembangan di Selatan berbanding pengembangan di Utara.

Pada musim sejuk 1845–46, penjelajah yang digaji oleh kerajaan persekutuan John C. Frémont dan sekumpulan orang bersenjata muncul di California. Selepas memberitahu gabenor Mexico dan Larkin bahawa dia hanya sekadar membeli bekalan dalam perjalanan ke Oregon, dia sebaliknya memasuki kawasan berpenduduk di California dan melawat Counti Santa Cruz, California dan Lembah Salinas, dengan menjelaskan bahawa dis sedang mencari rumah tepi pantai bagi ibunya.[10] Pihak berkuasa Mexico menjadi bimbang dan memerintahkannya untuk pergi. Fremont bertindak balas dengan membina kubu di Puncak Fremont, California/Puncak Gavilan dan menaikkan bendera Amerika Syarikat. Larkin menghantar perutusan memberitahu tindakannya tidak membawa kebaikan. Fremont meninggalkan California pada Mac tetapi kembali ke California dan membantu pemberontakan Bendera Beruang di Sonoma, di mana ramai penghijrah Amerika Syarikat menyatakan mereka memainkan “permainan Texas” dan mengistiharkan kemerdekaan California dari Mexico.

Pada 10 November 1845,[11] Presiden Polk menghantar John Slidell, wakil khas, ke Bandar Mexico dengan tawaran $25 juta ($632,500,000 hari ini) bagi sempadan Rio Grande di Texas dan jajahan Mexico Alta California dan Santa Fe de Nuevo México. Penyokong pembesaran Amerika Syarikat inginkan California bagi menghalang cita-cita British di kawasan tersebut dan endapatkan pelabuhan ke Lautan Pasifik. Polk membenarkan Slidell untuk menghapuskan $3 juta ($76 juta hari ini) dihutang pada rakyat Amerika Syarikat bagi kerosakan disebabkan oleh Perang Kemerdekaan Mexico[12] dan membayar tambahan $25 hingga $30 juta ($633 juta hingga $759juta hari ini ) sebagai pertukaran dua jajahan.[13]

Mexico tidak berkeinginan ataupun mampu berunding. Pada tahun 1846 sahaja, jawatan presiden bertukar tangan sebanyak empat kali, kementerian perang enam kali, dan menteri kewangan sebanyak enam belas kali.[14] Bagaimanapun, pendangan umum Mexico dan kesemua puak politik bersetuju bahawa menjual jajahan kepada Amerika Syarikat akan mencemar maruah negara.[15] Rakyat Mexico yang menentang pertikaian langsung dengan Amerika Syarikat, termasuk Presiden José Joaquín de Herrera, dilihat sebagai pengkhianat.[16] Musuh ketenteraan bagi de Herrera, disokong oleh akhbar populist, menganggap kehadiran Slidell's di Bandar Mexico sebagai penghinaan. Apabila de Herrera menimbang untuk menerima Slidell bagi menyelesaikan masalah penyerapan Texas secara aman, dia dituduh sebagai pengkhianat dan digulingkan. Selepas kerajaan lebih bersemangat nationalist di bawah Jeneral Mariano Paredes y Arrillaga memegang kuasa, ia mengumumkan tuntutan Mexico ke atas Texas;[16] Slidell, yakin bahawa Mexico patut di "hukum", kembali ke Amerika Syarikat.[17]

Pertikaian mengenai jalur Nueces

[sunting | sunting sumber]

Presiden Polk memerintah Jeneral Taylor dan pasukannya di selatan Rio Grande, memasuki jajahan yang dipertikai Mexico. Mexico menuntut Sungai Nueces—sekitar 150 bt (240 km) utara Rio Grande—sebagai sempadannya dengan Texas; Amerika Syarikat mendakwa ia adalah Rio Grande, memetik Persetujuan Velasco 1836. Bagaimanapun, Mexico di bawah pimpinan Jeneral Lorenzo Chlamon,[18] menolak persetujuan tersebut dan enggan berunding; ia menuntut keseluruhan Texas. Taylor tidak mengindahkan tuntutan Mexico untuk berundur ke Nueces. Dia membina kubu kasar (kemudian dikenali sebagai Fort Brown/Fort Texas) di tebing Rio Grande bersebelahan dengan Bandar Matamoros, Tamaulipas. Pasukan Mexico di bawah Jeneral Mariano Arista bersedia untuk berperang. Pada 25 April 1846, sepasukan tentera berkuda Mexico seramai 2,000 orang menyerang peronda 70-orang Amerika Syarikat yang dihantar ke kawasan dipertikai utara Rio Grande dan selatan Sungai Nueces. Tentera berkuda Mexico menghalau peronda tersebut, membunuh 16 orang tentera Amerika Syarikat dalam apa yang kemudiannya dikenali sebagai Thornton Affair, sempena Kapten Thornton, yang memerintah.[19]

Pengistiharan Perang

[sunting | sunting sumber]
Overview map of the war

Polk menerima berita mengenai Kejadian Thornton, yang, ditambah pada penolakan Slidell oleh kerajaan Mexico, Polk percaya, membentuk casus belli (kes untuk perang).[20] Perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 11 May 1846 menyatakan bahawa "Mexico telah memasuki sempadan Amerika Syarikat, telah menceroboh jajahan kita dan menumpahkan darah Amerika Syarikat di atas tanah Amerika Syarikat."[21][22] Kongres meluluskan pengistiharan perang pada 13 May , dengan Demokratik di selatan menyokong kuat. Enam puluh tujuh Whigs mengundi menentang perang berdasarkan perubahan perhambaan utama,[23] tetapi pada undian terakhir hanya 14 Whigs mengundi tidak,[23] termasuk Rep. John Quincy Adams. Kongres mengistiharkan perang ke atas Mexico pada 13 May 1846 selepas hanya beberapa jam berdebat. Sungguhpun manifasto Presiden Paredes yang diterbitkan pada 23 May kadang-kala dianggap sebagai peristiharan perang, Mexico secara rasmi mengistiharkan perang oleh kongres Mexico pada 7 Julai.

Antonio Lopez de Santa Anna

[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja Amerika Syarikat mengistiharkan perang ke atas Mexico, Antonio López de Santa Anna menulis kepada Bandar Mexico menyatakan dia tidak lagi bercita-cita memegang jawatan Presiden, tetapi tidak sabar untuk menggunakan pengalaman ketenteraannya untuk melawan penjajah asing dari Mexico sebagaimana yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini. Presiden Valentín Gómez Farías begitu terdesak sehinggakan dia menerima tawaran tersebut dan membenarkan Santa Anna untuk kembali. Sementara itu, Santa Anna secara rahsia berunding dengan perwakilan Amerika Syarikat, berikrar bahawa sekiranya dia dibenarkan kembali ke Mexico melalui sekatan tentera laut Amerika Syarikat, dia akan berusaha menjual semua wilayah yang dipertikaikan kepada Amerika Syarikat pada harga yang berpatutan.[24] Sebaik sahaja kembali le Mexico sebagai ketua tentera, Santa Anna mengingkari kedua perjanjian. Santa Anna mengistihar dirinya sebagai presiden kembali dan cuba tetapi gagal melawan penjajahan Amerika Syarikat.

Penentang kepada perperangan

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat yang semakin berpecah akibat persaingan dikalangan parti yang berpuak, perang itu merupakan isu parti politik dan usur penting bagi asal Perang Saudara Amerika Syarikat. Sebahagian besar Parti Whig di Utara dan Selatan menentangnya;[25] kebanyakan Demokrat menyokongnya.[26] Parti Demokratik Selatan, teruja oleh “Manifest Destiny”, menyokongnya dengan harapan menambah jajahan ke Selatan dan mengelak diatasi oleh Utara yang pantas berkembang. John O'Sullivan, penyunting "Democratic Review", mencipta farsa ini dalam konteksnya, menyatakan bahawa ia adalah "Our manifest destiny to overspread the continent alloted by Providence for the free development of our yearly multiplying millions."[27] Northern anti-slavery elements feared the rise of a Slave Power; Whigs pada umumnya ingin mengukuhkan ekonomi melalui pengilangan, dan bukannya perkembangan dengan lebih banyak tanah. Demokrat ingin lebih banyak tanah; Demokrat di utara tertarik dengan kemungkinan di barat laut. Joshua Giddings mengetuai sekumpulan penentang di Washington D.C. Dia menggelar perang dengan Mexico "perang tidak adil, kotor, dan agresif," dan mengundi menentang membekalkan tentera dan senjata. Dia berkata:

Mengenai pembunuhan orang-orang Mexico di tanah mereka sendiri, atau merompak negara mereka dari mereka, Saya tidak dapat mengambil bahagian dalam keduanya samaada sekarang atau selamanya. Kesalahan jenayah ini perlu diletakkan pada yang lain. Saya tidak akan terbabit dengannya.[28]

Rakan sejawatan Whig Abraham Lincoln mencabar punca perang dan mendesak untuk mengetahui di mana Thornton sebenarnya di serang dan darah rakyat Amerika Syarikat ditumpahkan. "Tunjukkan saya tempatnya," dia mendesak. Pemimpin Whig Robert Toombs dari Georgia, Amerika Syarikat mengistiharkan:

This war is nondescript .... Kami menuduh Presiden dengan merampas kuasa mengistiharkan perang  ... dengan merampas negara ... yang wujud selama beberapa abad, dan telah berada sebagai milik Mexico .... Mari kita hentikan nafsu untuk menguasai ini. Kita telah memiliki mencukupi, Tuhan yang tahu.[29]

Mempertahankan perang

[sunting | sunting sumber]

Selain mendakwa bahawa tindakan pasukan tentera Mexico dalam sempadan tanah yang dipertikaikan di utara Rio Grande merupakan serangan ke atas tanah Amerika Syarikat, penyokong perang melihat jajahan New Mexico dan California hanya milik Mexico tidak penting dengan hanya ikatan lemah dengan Mexico, dan sebenarnya tanah sempadan yang tidak didiami, tidak diperintah, dan tidak dilindungi, yang penduduk tidak asli , sekiranya ada, terdiri dari sebilangan besar, di sesetengah tempah malah majority, komponen penduduk Amerika Syarikat, dan yang dikhuatiri di bawah ancaman diambil oleh pesaing Amerika Syarikat di benua, pihak British. ketidakupayaan negara, penyerahan sebahagian besar dari jajahan utaranya merupakan satu-satunya jalan pratikal yang ada sebagai ganti rugi. Ini membantu mengukuhkan Demokrat Kongres kepihaknya, memastikan laluan bagi langkah perangnya dan meningkatkan sokongan bagi perang di Amerika Syarikat.

Permusuhan bermula

[sunting | sunting sumber]

Kepungan Fort Texas bermula pada 3 May. Artileri milik Mexico di Matamoros melepaskan bedilan ke atas Fort Texas, yang membalas dengan meriamnya sendiri. Bedilan berlangsung berterusan selama 160 jam[30] dan berkembang ketika pasukan Mexico beransur mengelilingi kubu tersebut. Tiga belas tentera Amerika Syarikat tercedera semasa bedilan, dan dua terbunuh.[30] Antara yang terbunuh adalah Jacob Brown, yang sempenanya kubu tersebut dinamakan.[31]

Pada 8 May , Zachary Taylor dan 2,400 tentera tiba untuk membebaskankubu.[32] Bagaimanapun, Arista meluru ke utara dan memintasnya dengan pasukan 3,400 dalam Pertempuran Palo Alto. Pihak Amerika Syarika menggunakan "artileri terbang ", istilah Amerika Syarikat bagi arteliri kuda, sejenis artileri ringan mudah gerak yang dipasang pada pedati kuda dengan keseluruhan krewnya menunggang kuda ke medan pertempuran. Ia memberi kesan memusnahkan ke atas tentera Mexico. Pihak Mexico membalas dengan serbuan tentera berkuda dan artileri mereka sendiri. Arteleri terbang Amerika Syarikat menjejaskan moral pihak Mexico, dan mencari mukabumi yang memberi kelebihan bagi mereka, pihak mexico berundur ke seberang dasar sungai kering (resaca) pada waktu malam. Ia terbukti kubu semula jadi, tetapi semasa pengunduran, tentera Mexico bertaburan, menyukarkan perhubungan. Semasa Pertempuran Resaca de la Palma pada hari berikutnya, kedua pihak bertempur dalam pertempuran tangan ke tangan sengit. Tentera berkuda Amerika Syarikat berjaya menawan artileri Mexico, menyebabkan pihak mexico untuk berundurm pengunduran yang bertukar menjadi tidak terkawal.[30] Bertempur di muka bumi asing, tenteranya lari ketika berundur, Arista mendapati ia mustahil untuk mengumpulkan kembali tenteranya. Korban Mexico adalah besar, dan pihak Mexico terpaksa meninggalkan artileri dan barangan mereka. Fort Brown menyebabkan korban tambahan ketika tentera yang berundur melalui kubu tersebut. Ramai tentera mexico lemas ketika cuba berenang menyeberangi Rio Grande.

Meletusnya perang

[sunting | sunting sumber]

Selepas pengistiharan perang, pasukan Amerika Syarikat menceroboh jajahan Mexico pada dua perbatasan. Jabatan Perang Amerika Syarikat menghantar pasukan berkuda Tentera Amerika Syarikat di bawah pimpinan Stephen W. Kearny untuk menjarah barat Mexico dari Jefferson Barracks dan Fort Leavenworth, mengukuhkan armada Ppasifik di bawah John D. Sloat. Ini dilakukan terutamanya disebabkan kebimbangan bahawa pihak british mungkin juga akan cuba merampas kawasan ini. Dua lagi pasukan, satu dipimpin oleh John E. Wool dan satu lagi di bawah pimpinan Taylor, dia diarah untuk menduduki Mexico sejauh ke selatan sehingga bandar Monterrey.

Kempen California

[sunting | sunting sumber]
Replika "Bendera Beruang " pertama kini di Presidio di Sonoma (“El Presidio de Sonoma”), atau Berek Sonoma'

Sungguhpun Amerika Syarikat mengistiharkan perang terhadap Mexico pada 13 May 1846, ia mengambil masa lebih sebulan (sehingga pertengahan Jun 1846) bagi peristiharan ramsi sampai ke California. Konsol Amerika Syarikat Thomas O. Larkin, yang ditempatkan di Monterey, selepas mendengar kabar angina mengenai perang cuba mengekalkan keamanan antara Negeri dan garison kecil tentera mexico yang dipimpin oleh José Castro. Kapten Tentera Amerika Syarikat John C. Frémont, dengan 60 orang bersenjata lengkap, memasuki California pada Disember 1845,dan perlahan-lahan bergerak ke Oregon apabila dia menerima berita bahawa perang antara Mexico dan Amerika Syarikat akan berlaku. Dengan itu bermula bab perang, "Pemberontakan Bendera beruang."[33]

Pada 15 Jun 1846, sekitar tiga puluh penduduk, kebanyakannya rakyat Amerika Syarikat, melakukan pemberontakan dan merampas garrison Mkecil exico di Sonoma, California. Mereka menaikan "Bendera Beruang" Republik California di Sonoma. Republik itu wujud tidak lebih dari seminggu sebelum Tentera Amerika Syarikat, dipimpin oleh Frémont, mengambil alih pada 23 Jun. Bendera California hari ini diasaskan pada Bendera Beruang asal dan masih mengandungi perkataan, "Republik California ".

Sebaik sahaja mendengar mengenai perang yang akan meletus dan pemberontakan di Sonoma, Commodore John Drake Sloat memerintah pasukan tentera laut dan marinnya untuk menduduki ibu kota Monterey, pada 7 Julai dan menaikan bendera Amerika Syarikat.; San Francisco, ketika itu dikenali sebagai Yerba Buena, di duduki pada 9 Julai. Pada 15 Julai, Sloat memindahkan pemerintahannya kepada Commodore Robert F. Stockton, pemimpin yang lebih aggresif, yang meletakkan pasukan Frémont's di bawah pimpinannya. Pada 19 Julai, “Batalion California” Frémont's meningkat kepada 160 orang tambahan dari penhijrah yang baru tiba berhampiran Sacramento, dan dia memasuki Monterey, California dalam operasi bersama dengan kelasi dan marin Stockton. Berita telah diterima: perang adalah rasmi. Pasukan Amerika Syarikat dengan mudah mengambil alih utara California; dalam tempoh beberapa hari mereka mengawal San Francisco, Sonoma, dan Kubu Sutter milik persendirian di Sacramento.

Dari Alta California (masa kini Amerika Syarikat, negeri California), Jeneral Mexico José Castro dan Gabenor Pío Pico melarikan diri ke selatan. Apabila pasukan Stockton belayar ke selatan kea rah San Diego, berhenti di San Pedro, California, dia menghantar 50 orang Marin Amerika Syarikat ke pantai; pasukan ini memasuki Los Angeles tanpa tentangan pada 13 Ogos1846. Dengan kejayaan apa yang dikenali sebagai "Pengepongan Los Angeles", penaklukan hampir tanpa menumpahkan darah ke atas California kelihatannya tamat.

Stockton, bagaimanapun telah meninggalkan pasukan yang terlalu kecil di Los Angeles, dan pihak Californio, bertindak bersendirian, dan tanpa bantuan dari Mexico, dipimpin oleh José María Flores, memaksa garrison Amerika untuk berundur, lewat pada September. Rancho vaqueros yang bergabung bersama bagi mempertahankan tanah mereka berjuang sebagai Californio lancers; mereka merupakan pasukan yang tidak dijangka oleh Amerika Syarikat. Lebih dari tiga ratus bantuan Amerika Syarikat , yang dihantar oleh Stockton dan dipimpin oleh Kaptain William Mervine, U.S.N., dikalahkan dalam Pertempuran Dominguez Rancho, berlangsung dari 7 Oktober sehingga 9 Oktober 1846, berhampiran San Pedro. Empat belas Marin Amerika Syarikat dibunuh.

Sementara itu, Jeneral Stephen W. Kearny, dengan skuarden 139 dragoons yang dipimpinnya berbaris dengan teruk merentasi New Mexico, Arizona, dan Gurun Sonoran, akhirnya sampai ke California pada 6 Disember 1846, dan bertempur dalam pertempuran kecil dengan Californio lancers dalam Pertempuran San Pasqual berhampiran San Diego, California, di mana 22 orang tentera Kearny terbunuh.

Pasukan Kearny menumpahkan darah dan dalam keadaan teruk tetapi terus mara sehingga mereka telah menubuhkan kedudukan pertahanan di atas "Bukit Mule" berhampiran masa kini Escondido. Pihak Californios mengepong dragoons selama empat hari sehingga pasukan penyelamat Kommodore Stocktontiba. Pasukan gabungan Amerika Syarikat mara keutara dari San Diego pada 29 Disember dan memasuki kawasan Los Angeles pada 8 Januar 1847,[34] dan berhubung dengan orang-orang Frémont di sana. Pasukan Amerika Syarikat berjumlah 607 tentera dan marin bertempur dan menumpaskan pasukan Californio sekitar 300 di bawah pimpinan Kaptain-Jeneral Flores dalam pertempuran muktamad Pertempuran Rio San Gabriel.[35] Pada hari berikutnya, 9 Januari 1847, pihak Amerika Syarikat bertempur dan memenangi Pertempuran La Mesa. Pada 12 Januari, pasukan utama Californios terakhir menyerah kepada pasukan Amerika Syarikat. Ini menandakan tamatnya penentangan bersenjata di California, dan Triti Cahuenga ditanda tangani pada hari berikutnya, pada 13 Januari 1847.

Kempen Pantai Pasifik

[sunting | sunting sumber]

USS Independence membantu dalam penyekatan pantai Pasifik Mexico, menawan kapal Mexico Correo dan sebuah launch pada 16 May 1847. Ia turut menyokong penawanan Guaymas, Mexico, pada 19 Oktober 1847 dan mendaratkan jaket biru dan Marin untuk menduduki Mazatlán, Mexico pada 11 November 1847. Selepas California atas ditawan kebanyakan skuarden Pasifik bergerak turun pantai California menawan kesemua bandar Baja California dan menawan atau memusnahkan hampir kesemua kapal Mexico di Teluk California. Pelabuhan lain, yang tidak berada di semenanjung turut di tawan. Objektif Kempen Pantai Pasifik adalah bagi menawan Mazatlan, pengkalan bekalan utama pasukan Mexico. Sejumlah besar kapal Mexico turut ditawan oleh skuarden ini dengan USS Cyane dipuji bagi 18 tawanan dan sejumlah kapal dimusnahkan.[36] Memasuki Teluk California, USS Independence, Congress dan Cyane menawan La Paz, Baja California Sur dan menawan dan memusnahkan armada kecil Mexico di Guaymas. Dalam tempoh sebulan, mereka menghapuskan kapal musuh di Teluk, memusnah atau menawan 30 kapal. Kemudian kelasi dan marin menawan bandar Mazatlan, Mexico, pada11 November 1847. Kempen Mexico di bawah Manuel Pineda bagi merampas kembali pelabuhan itu menyebabkan beberapa pertempuran kecil (Pertempuran Mulege, Pertempuran La Paz, Pertempuran San José del Cabo) dan dua kepungan (Kepungan La Paz, Kepungan San José del Cabo) idalam mana kapal Skuarden Pasifik membekalkan sokongan artileri. Garison Amerika Syarikat kekal mengawal pelabuhan tersebut dan selepas menerima bantuan tambahan, Lt. Kol. Henry S. Burton berbaris keluar dan menawan American, menawan Pineda dan pada 31 March menewaskan dan menyebar baki pasukan Mexico dalam Skirmish of Todos Santos, tidak menyedari bahawa Perjanjian Guadalupe Hidalgo telahpun ditandatanganai pada Februari 1848. Apabila garison Amerika diundurkan berikutan perjanjian tersebut, ramai rakyat Mexico yang telah menyokong perjuangan Amerika Syarikat dan percaya bahawa California Bawah akan turut diserap seperti California Atas, diundurkan bersama mereka ke Monterey.

Timur laut Mexico

[sunting | sunting sumber]

Kekalahan di Palo Alto dan Resaca de la Palma menimbulkan kekacauan politik di Mexico, kekacauan di mana Antonio López de Santa Anna gunakan bagi menghidupkan kembali kerjaya politiknya dan kembali dari buangan sendiri di Cuba pada pertengahan Ogos 1846.[37] Dia berjanji dengan Amerika Syarikat bahawa jika dia dibenarkan melalui kepongan, dia akan merundingkan penamat aman kepada perang dan akan menjual jajahan New Mexico dan Alta California kepada Amerika Syarikat.[38] Sebaik sahaja Santa Anna tiba di Bandar Mexico, bagaimanapun, dia mungkir janji dan menawarkan perkhidmatannya kepada kerajaan Mexico. Kemudian apabila dilantik sebagai jeneral pemerintah, dia mungkir janji sekali lagi dan meranpas kuasa sebagai Presiden.

Dengan dipimpin oleh Taylor, 2,300 tentera Amerika Syarikat melintasi Rio Grande (Rio Bravo) selepas kesulitan awal bagi mendapatkan pengangkutan sungai. Tenteranya kemudian menduduki bandar Matamoros, Tamaulipas, kemudian Camargo, Tamaulipas (di mana tenteranya menderita penyakit kali pertama) dan kemudian bergerak ke selatan dan mengepong bandar Monterrey. Pertempuran Monterrey yang sengit mengakibatkan korban yang besar di kedua pihak. Artileri ringan Amerika Syarikat tidak berkesan terhadap kubu batu bandar itu. Pasukan Mexico di bawah Jeneral Pedro de Ampudia menewaskan division infantri terbaik Taylor di Kubu Teneria. Tentera Amerika Syarikat, terutama ramai bekas West Pointer, tidak pernah bertempur dalam perperangan bandar sebelum ini dan mereka berbaris terus di jalan terbuka, di mana mereka dihapuskan oleh pasukan bertahan Mexico yang bersembunyi di rumah adobe berdinding tebal.[39] Dua hari berikutnya, mereka mengubah taktik perperangan bandar. Tentera Texan yang pernah berjuang di bandar mexico sebelum ini dan menasihatkan jeneral Taylor bahawa pihak Amerika Syarikat perlu membuat "lubang tikus " sepanjang rumah di bandar. Dalam kata lain, mereka perlu menebuk lubang pada sisi atau bumbung rumah dan bertempur secara berhadapan dalam bangunan. Kaedah ini terbukti berjaya dan Ampudia akhirnya menyerah.[40]

Pertempuran Monterrey

Akhirnya, tindakan ini mendorong dan memerangkap orang-orang Ampudia ke plaza tengah bandar, di mana bedilan howitzer memaksa Ampudia untuk berunding. Taylor bersetuju bagi membenarkan Tentera Mexico untuk berundur dan bagi genjatan senjata selama lapan minggu sebagai ganti penyerahan bandar tersebut. Di bawah tekanan dari Washington, Taylor membatalkan genjatan senjata dan menduduki bandar Saltillo, barat daya Monterrey. Santa Anna menyalahkan kehilangan Monterrey dan Saltillo ke atas Ampudia dan menurun pangkatnya sekadar memerintah batalion artileri kecil. Pada 22 Februari 1847, Santa Anna sendiri bergerak ke utara untuk bertempur dengan Taylor bersama 20,000 orang. Taylor, dengan 4,600 orang, telah berkubu di laluan gunung dikenali sebagai Buena Vista, Coahuila, Mexico. Santa Anna mengalami tentera lari dalam perjalanan ke utara dan tiba dengan 15,000 orang dalam keadaan penat. Dia mendesak Tentera Amerika Syarikat menyerah diri tetapi ditolak; dia menyerang pada pagi berikutnya. Santa Anna menyerang rusuk kedudukan Amerika Syarikat dengan menghantar pasukan berkuda dan sesetengah infantrinya pada muka bumi cerun pada laluan tersebut, sementara division infantri menyerang secara berhadapan sepanjang jalan ke arah Buena Vista. Pertempuran sengit meletus, di mana tentera Amerika Syarikat hampir melarikan diri, tetapi berjaya bertahan di kedudukan perparitan mereka. Pihak Mexico telah mengenakan korban yang besar tetapi Santa Anna mendapat berita mengenai kekacauan di Bandar Mexico, dengan itu dia berundur malam itu, meninggalkan Taylor mengawal sebahagian bahagian Utara Mexico. Polk tidak percayakan Taylor, yang dia rasakan menunjukkan kurang keupayaan dalam Pertempuran Monterrey dengan bersetuju dengan perletakan senjata, dan mungkin menganggapnya sebagai saingan politik pada Rumah Putih. Taylor kemudian menggunakan Pertempuran Buena Vista sebagai tema utama bagi kempen presidennya 1848 yang berjaya.

Barat laut Mexico

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 March 1847, Alexander W. Doniphan menduduki bandar Chihuahua. Dia mendapati bahawa penduduk di situ kurang bersedia menerima penjajahan Amerika Syarikat berbanding New Mexico. Konsol British John Potts tidak mahu membenarkan Doniphan menceroboh rumah agam Gavernor Trias, dan menegaskan bahawa ia berada di bawah perlindungan British tetapi gagal. Pedagang Amerika Syarikat di Chihuahua mahi pasukan Amerika Syarikat kekal bagi melindungi perniagaan mereka. Gilpin mencadangkan kemaraan ke Bandar Mexico dan meyakinkan ramai dari pegawai, tetapi Doniphan menolak rancangan ini, kemudian pada akhir April Taylor memerintah Sukarelawan Berkuda Missouri Pertama untuk meninggalkan Chihuahua dan menyertainya di Saltillo. Pedagang Amerika Syarikat samaada ikut atau kembali ke Santa Fe. Sepanjang jalan, penduduk bandar Parras mendapatkan bantuan Doniphan terhadap pasukan penyerbu Indian yang telah mengambil kanak-kanak, kuda, baghal, dan wang.[41]

Penduduk awam utara Mexico tidak memberikan tentangan hebat kepada penjajahan Amerika Syarikat kemungkinannya kerana negara tersebut telahpun dimusnahkan oleh serangan indian Comanche dan Apache. Josiah Gregg, yang bersama tentera Amerika Syarikat di utara Mexico berkata bahawa “kesemua desa dari New Mexico ke sempadan Durango hampir keseluruhannya tidak berpenghuni. Haciendas dan ladang (“ranchos”) kebanyakannya telah ditinggalkan, dan penduduk kebanyakannya terhad di pekan dan bandar.”[42]

Akhbar Amerika Syarikat dan teruja untuk berperang

[sunting | sunting sumber]

Semasa perang ciptaan seperti telegraf mencipta cara baru untuk berhubung yang memberi orang ramai berita terkini dari pemberita, yang biasanya berada di tempat kejadian. Dengan lebih dari satu dekad pengalaman melaporkan jenayah bandar, “akhbar murahan ("penny press")” menyedari keperluan memuncak oleh orang awam untuk mengikuti berita perang yang mengejutkan. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat di mana kisah oleh pemberita, dan bukannya pendapat ahli politik, yang memiliki pengaruh besar bagi membentuk fikiran awam dan sikap terhadap perang. Berita mengenai perperangan hampir sentiasa mencetus keterujaan popular.

Dengan mendapat berita terkini dari medan pertempuran, orang awam Amerika Syarikat menjadi bersatu secara emosi sebagai satu masyarakat. Pada musim bunga tahun 1846, berita mengenai kejayaan Zachary Taylor di Palo Alto mendorong kumpulan orang ramai yang besar berkumpul di bandar tekstil kapas Lowell, Massachusetts. Di Veracruz dan Buena Vista, penduduk New York meraikan kemenangan berkembar mereka pada May 1847. Bersama bunga api dan cahaya, mereka mengadakan “perarakan besar” hampir sekitar 400,000 orang. Jeneral Taylor dan Scott menjadi hero bagi orang mereka dan kemudiannya menjadi calon presiden.

Lari dari tentera

[sunting | sunting sumber]
Pertempuran Churubusco

oleh J. Cameron, diterbitkan oleh Nathaniel Currier. Lithograf cat tangan, 1847. Dipulih secara digital.]]

Kadar lari dari tentera merupakan masalah utama dalam tentera Mexico, mengurangkan kekuatan pasukan dalam awal perang. Kebanyakan tentera merupakan petani yang hanya mempunyai ketaatan kepada kampung dan keluarga mereka sahaja, tetapi tidak kepada Jeneral yang mengerah mereka. Sering kali lapar dan sakit, tidak pernah menerima gaji yang baik, peralatan kurang, hanya separuh terlatih, tentera dilihat hina oleh pegawai mereka dan tidak mempunyai sebab untuk menentang Amerika Syarikat. Mencari peluang, ramai menyelip lari dari kem bagi mencari jalan untuk kembali ke kampung mereka.[43]

Kadar lari dalam Tentera Amerika Syarikat adalah sekitar 8.3% (9,200 dari 111,000), berbanding 12.7% semasa Perang 1812 dan kadar waktu aman biasa sekitar 14.8% setahun.[44] ramai orang lari untuk menyertai unit Amerika Syarikat lain dan mendapatkan bonus kerahan kedua. Sementara sesetangah dari mereka lari disebabkan keadaan teruk di kem, ia telah dicadangkan bahawa yang lain menggunakan tentera bagi mendapatkan pengangkutan percuma ke California, di mana mereka lari untuk menyertai mengejar emas.[45] Bagaimanapun, ini tidak mungkin kerana emas hanya dijumpai di California pada 24 Januari 1848, kurang dari dua minggu sebelum perang tamat. Menjelang masa berita sampai ke timur Amerika Syarikat bahawa emas telah dijumpai, berita mengenai perang telahpun tamat turut tiba.

Kempen Bandar Mexico Scott

[sunting | sunting sumber]
Pertempuran Chapultepec

Pendaratan dan Pengepungan Vera Cruz

[sunting | sunting sumber]

Disebalik mengukuhkan tentera Taylor untuk terus mara, Presiden Polk menghantar tentera kedua di bawah pimpinan Jeneral Winfield Scott, yang diangkut ke pelabuhan Veracruz melalui laut, dan mula penjajahan di tengah-tengah Mexico. Pada 9 Mac 1847, Scott melaksanakan pendaratan afimbia utama pertama dalam sejarah Amerika Syarikat sebagai persediaan bagi Pengepungan Veracruz. Sekumpulan 12,000 sukarelawan dan tentera biasa berjaya menurunkan bekalan, senjata dan kuda berhampiran bandar bertembok dengan menggunakan kapal pendarat direka khusus. Termasuk dalam pasukan penjajah adalah Robert E. Lee, George Meade, Ulysses S. Grant, James Longstreet, dan Thomas "Stonewall" Jackson. Bandar ini dipertahankan oleh Jeneral Mexico Juan Morales bersama 3,400 orang. Motar dan meriam tentera laut di bawah pimpinan Komodore Matthew C. Perry digunakan bagi merobohkan tembok kota dan mengganggu pihak bertahan. Bandar itu cuba membalas dengan artilery yang ia ada. Kesan bedilan yang berpanjangan menjejaskan semangat pihak Mexico untuk berjuang menentang musuh yang lebih besar, dan mereka menyerah bandar tersebut selepas 12 hari kepungan. Tentera Amerika Syarikat mengalami 80 korban, sementara pihak Mexico mengalami 180 terbunuh dan tercedera, dengan separuh dari mereka merupakan orang awam. Semasa pengepungan, pihak Amerika Syarikat mula dijangkiti penyakit demam kuning.

Mara ke Puebla

[sunting | sunting sumber]

Scott kemudian mara ke barat ke arah Bandar Mexico dengan 8,500 tentera sehat, sementara Santa Anna mendirikan kedudukan pertahanan di jurang sekitar jalan utama di pertengahan jalan ke Bandar Mexico, berhampiran hamlet Cerro Gordo. Santa Anna telah menggali kubu dengan 12,000 tentera dan artileri yang disasar ke jalan, sepanjang mana dia jangka Scott untuk muncul. Bagaimanapin, Scott telah menghantar 2,600 dragoons berkuda di hadapan dan artileri Mexico menembak terlalu awal pada mereka dan mendedahkan kedudukan mereka. Disebalik menggunakan jalan utama, tentera Scott menurut denai melalui muka bumi kasar ke utara, meletakkan artilerinya di tanah tinggi dan dengan senyap ke sisi Mexico. Sungguhpun menyedari tentang kedudukan tentera Amerika Syarikat, Santa Anna dan tenteranya tidak bersedia bagi serangan ganas yang menurut. Tentera mexico diundurkan. Tentera Amerika Syarikat mengalami 400 korban, sementara phak Mexico mengalami lebih dari 1,000 korban dan 3,000 ditawan. Pada Ogos 1847, Kaptain Kirby Smith, dari Infantri ke-3 Scott, mengimbau mengenai tentangan tentera Mexico:

Betapa bodohnya mereka! Mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan kekalahan berterusan mereka sepatutnya meyakinkan mereka. Mereka kalah enam pertempuran besar; kita sudah menawan enam ratus dan lapan meriam, hampir seratus ribu persenjataan, mengambil dua puluh ribu tahanan, menduduki sebahagian besar negara mere4ka dan dengan pantas mara ke arah Ibu Kota mereka yang pasti milik kita,—tetapi mereka enggan berunding![46]

Berhenti di Puebla

[sunting | sunting sumber]

Pada May, Scott mara ke Puebla, bandar kedua terbesar di Mexico. Disebabkan penduduknya menentang Santa Anna, bandar tersebut menyerah tanpa menentang pada 1 May. Dalam beberapa bulan berikut Scott mengumpul bekalan dan bantuan sokongan di Puebla dan menghantar pulang unit yang kerahan mereka telahpun tamat. Scott turut membuat usaha yang bersungguh-sungguh bagi mengekalkan tenteranya berdisplin dan melayan penduduk Mexico di bawah pendudukan adil, bagimenghalang kebangkitan popular menentang tenteranya.

Mara ke Bandar Mexico dan penawanannya

[sunting | sunting sumber]

Ketika pihak gerila mengganggu garis perhubungannya kembali ke Vera Cruz, Scott memutuskan untuk tidak melemahkan tenteranya bagi mempertahankannya tetapi, meninggalkan hanya satu garison di Puebla bagi melindungi tentera yang cedera dan sakit untuk pulih di situ, dan mara ke Bandar Mexico pada 7 Ogos, dengan baki tenteranya. Ibu negara itu lapang terbuka dengan beberapa siri pertempuran di sekitar rusuk kanan pertahanan bandar, memuncak dengan Pertempuran Chapultepec. Dengan serbuan terhadap pintu masuk kota berikutnya, ibu negeri itu diduduki. Winfield Scott menjadi wira kebangsaan Amerika Syarikat selepas kejayaannya dalam kempen Perang Mexico–Amerika Syarikat, dan kemudiannya menjadi gabenor tentera Bandar Mexico dijajah.

Kempen terakhir Santa Anna

[sunting | sunting sumber]

Pada akhir September 1847, Santa Anna melakukan satu cubaan terakhir bagi mengalahkan Amerika Syarikat, dengan menyekat mereka dari pantar. Jeneral Joaquín Rea memulakan Kepungan Puebla, kemudian diikuti oleh Santa Anna, tetapi mereka gagal mengambilnya sebelum ketibaan lajur penyelamat dari Vera Cruz di bawah Brig. Jen. Joseph Lane menyebabkan Santa Anna berundur. Puebla dibebaskan oleh Jen. Lane 12 Oktober 1847, fselepas mengalahkan Santa Anna dalam Pertempuran Huamantla 9 Oktober 1847. Pertempuran tersebut merupakan yang terakhir bagi Santa Anna. Berikutan dengan kekalahan tersebut, kerajaan baru Mexico di bawah pimpinan Manuel de la Peña y Peña meminta Santa Anna menyerahkan pemerintahan tentera kepada Jeneral José Joaquín de Herrera.

Kempen anti gerila

[sunting | sunting sumber]

Berikutan dengan penawanan dan pengukuhan keselamatan ibu kota, Jeneral Scott menghantar sekitar suku dari kekuatannya bagi menjaga garisan komunikasinya ke Vera Cruz dari Kor Ringan dan pasukan gerila Mexico yang lain yang telah mengacaunya sejak May. Dia mengukuhkan garison Puebla, dan menjelang November menubuhkan 750 pos kawalan di Perote, Puente Nacional, Rio Frio, dan San Juan sepanjang Jalan Kebangsaan dan menempatkan brigade anti gurila di bawah Brig. Jen. Joseph Lane untuk mendesak perang kepada Kor Ringan dan gerila yang lain. Dia turut memerintahkan bahawa konvoi yang bergerak perlu diiringi dengan sekurang-kurangnya 1,300-orang pengiring. Sungguhpun memenangi beberapa kejayaan terhadap Jeneral Joaquín Rea di Atlixco (18 Oktober 1847) dan Izucar de Matamoros (pada November) oleh Jeneral Lane, serangan gerila ke atas laluan bekalan berterusan pada tahun 1848 sehingga akhir perang.[47]

Triti Guadalupe Hidalgo

[sunting | sunting sumber]
Penyerahan Mexico, ditunjukkan dalam merah, sementara Pembelian Gadsden berikutnya ditanda warna kuning.

Diatasi dari segi ketenteraan dan dengan kebanyakan kota besarnya diduduki, Mexico tidak mampu mempertahankan dirinya dan turut berhadapan dengan pertikaian dalaman. Ia tidak memiliki pilihan kecuali berdamai dengan sebarang syarat.[48] Titri Guadalupe Hidalgo, ditanda tangani pada 2 Februari 1848, oleh diplomat Amerika Syarikat Nicholas Trist dan wakil Mexico Luis G. Cuevas, Bernardo Couto, dan Miguel Atristain, mengakhiri perang dan menyerahkan Amerika Syarikat kawalan yang tidak dicabar ke atas Texas, menetapkan sempadan Amerika Syarikat-Mexico di Sungai Rio Grande, dan menyerahkan kepada Amerika Syarikat negeri masa kini California, Nevada, Utah, New Mexico, kebanyakan Arizona dan Colorado, dan sebahagian Texas, Oklahoma, Kansas, dan Wyoming. Sebagai pulangan, Mexico menerima dolar Amerika Syarikat US $18,250,000[49] ($461,725,000 today)—kurang dari separuh jumlah yang ditawarkan Amerika Syarikat kepada Mexico bagi tanah tersebut sebelum berlakunya permusuhan [50]—dan Amerika Syarikat bersetuju mengambil alih $3.25-juta ($82,225,000 today) hutang yang dimiliki Mexico kepada rakyat Amerika Syarikat.[12]

Pengambilan ini merupakan punca pertikaian masa itu, terutama dikalangan ahli politik Amerika Syarikat yang menentang perang sejak dari mula. Akhbar Amerika Syarikat yang memimpin menentang perang dari mula, Whig Intelligencer dengan selamba *”sardonically concluded “) merumuskan"Kita mengambil tiada apa dengan menakluk  .... Syukur pada Tuhan."[51][52]

Tuntutan jajahan Mexico dalam Titri Guadalupe Hidalgo warna putih.

Jefferson Davis memperkenalkan pindaan yang memberikan Amerika Syarikat kebanyakan timur laut Mexico, yang gagal 44–11. Ia disokong oleh kedua senator dari Texas (Sam Houston dan Thomas Jefferson Rusk), Daniel S. Dickinson dari New York, Stephen A. Douglas dari Illinois, Edward A. Hannegan dari Indiana, dan satu dari setiap Alabama, Florida, Mississippi, Ohio, Missouri, dan Tennessee. Kebanyakan pemimpin parti Demokratik, senator Thomas Hart Benton, John C. Calhoun, Herschel V. Johnson, Lewis Cass, James Murray Mason dari Virginia, dan Ambrose Hundley Sevier, turut menentang.[53] Pindaan oleh Senator Whig George Edmund Badger dari Carolina Utara bagi menyingkirkan New Mexico dan California kalah 35–15, dengan tiga orang Whig Selatan mengundi bersama Demokrat. Daniel Webster kecewa bahawa empat senator New England membuat undian penentu bagi mengambil jajahan baru.

Pendudukan Amerika Syarikat di Bandar Mexico

Jajahan Mexico, sebelum pemisahan Texas, terdiri hampir 1,700,000 bt2 (4,400,000 km2), yang dikurangkan kepada hanya di bawah 800,000 pada tahun 1848. Tambahan 32,000 batu persegi dijual ke Amerika Syarikat dalam Pembelian Gadsden pada tahun 1853, bagi pengurangan keseluruhan lebih dari 55%, atau 900,000 batu persegi.[54] Pengambilan jajahan, standing dengan saiz Eropah barat, pada asasnya menyingkirkan sekitar 1,000 keluarga Mexico di Alta California dan 7,000 keluarga di Nuevo México, termasuk sebilangan besar negeri penduduk asli Amerika Syarikat seperti orang Navajo, Hopi, dan berdozen yang lain. Beberapa dari mereka berpindah lebih jauh keselatan di Mexico; sebilangan besar kekal di Amerika Syarikat. Keturunan keluarga Mexico ini telah menonjol dalam kehidupan Amerika Syarikat, seperti Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat Ken Salazar, dan saudaranya, John Salazar, kedua mereka dari Colorado.

Jajahan Mexico, sebelum pemisahan Texas, terdiri hampir 1,700,000 bt2 (4,400,000 km2), yang dikurangkan kepada hanya di bawah 800,000 pada tahun 1848. Tambahan 32,000 batu persegi dijual ke Amerika Syarikat dalam Pembelian Gadsden pada tahun 1853, bagi pengurangan keseluruhan lebih dari 55%, atau 900,000 batu persegi.[54] Pengambilan jajahan, standing dengan saiz Eropah barat, pada asasnya menyingkirkan sekitar 1,000 keluarga Mexico di Alta California dan 7,000 keluarga di Nuevo México, termasuk sebilangan besar negeri penduduk asli Amerika Syarikat seperti orang Navajo, Hopi, dan berdozen yang lain. Beberapa dari mereka berpindah lebih jauh keselatan di Mexico; sebilangan besar kekal di Amerika Syarikat. Keturunan keluarga Mexico ini telah menonjol dalam kehidupan Amerika Syarikat, seperti Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat Ken Salazar, dan saudaranya, John Salazar, kedua mereka dari Colorado.

Sebulan sebelum berakhir perang, Polk dikritik dalam perubahan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada bil memuji Major Jeneral Zachary Taylor for "perang yang tidak perlu dan melanggar konsitituan unconstitutionally di mulakan oleh Presiden Ameriks Syarikat." Kritikan ini, dalam mana Ahli Kongres Abraham Lincoln memainkan peranan penting dengan Resolusi Spot (“Spot Resolutions”), berikutan penelitian kongres mengenai permulaan perang, termasuk cabaran mengenai fakta dyang didakwa oleh Presiden Polk.[55][56] Undian menurut garis parti dengan kesemua ahli parti Whigs menyokong pindaan tersebut. Serangan Lincoln mendapat sokongan hambar dari rakan Whigs di Illinois tetapi diserang hebat oleh Democrats, yang mengukuhkan semangat menyokong-perang di Illinois; Resolisi Spot Lincoln menghantui kempen masa hadapannya di negeri kebanyakannya Demokratik Illinois, dan dipetik oleh musuhnya lama selepas menjadi Presiden.[57]


Di Taman Chapultepec Bandar Mexico, “Niños Héroes |tugu peringatan bagi Kadet Berani memperingati pengorbanan enam kadet remaja yang berjuang sehingga titisan darah terakhir disebalik menyerah kepada tentera Amerika Syarikat semasa Pertempuran Istana Chapultepec Castle (“Chapultepec Castle “) pada 18 September 1847. Peringatan ini merupakan tapak patriotic penting di Mexico. Pada 5 March 1947, hampir seratus tahun selepa pertempuran, Presiden Amerika Syarikat. President Harry S. Truman meletakkan kalungan pada tugu tersebut dan bertafakur seketika.

Pandangan Grant mengenai perang

[sunting | sunting sumber]

Disebelah pihak Amerika Syarikat, perperangan ini disertai oleh regimen tentera dan pelbagai regimen, battalion, dan kompeni sukarelawan dari pelbagai negeri persatuan dan Amerika Syarikat dan sesetengah penduduk Mexico dalam jajahan California dan New Mexico. Di Pantai barat, Tentera laut Amerika Syarikat menghantar satu battalion dalam usaha menakluk semula Los Angeles.[58]

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan perang, Tentera Amerika Syarikat memiliki lapan regimen infantri (tiga batalion), empat regimen artileri dan tiga regimen berkuda (dua dragoons, satu rifle berkuda). Regimen ini ditambah dengan 10 regimen baru (sembilan infantry dan satu berkuda) dikerah bagi satu tahun kerahan (regimen baru dikerah bagi satu tahun menurut akta Kongres 11 Februari 1847).[59]

Sukarelawan Negeri dikerah dalam pelbagai saiz unit dan bagi tempoh berbeza, kebanyakannya bagi satu tahun. Kemudian sesetengah ditingkatkan bagi sepanjang perang apabila ia menjadi jelas bahawa perang akan berlarutan melebihi satu tahun.[60]

Kenangan tentera Amerika Syarikat menggambarkan kes penjarahan dan pembunuhan orang awam Mexico, kebanyakannya oleh Sukarelawan Negeri. Satu diari pegawai merekodkan:

"Kami tiba di Burrita sekitar 5 pm, ramai sukarelawan Louisiana ada di situ, pemabuk tidak terkawal. Mereka telah menghalau penduduk, mengambil alih rumah mereka, dan meniru sesame sendiri menyerupai binatang bagi diri mereka."[61]

John L. O'Sullivan, penentang lantang bagi Manifest Destiny, kemudian mengenangkan:

"Tentera biasa melihat sukarelawan sebagai tidak berguna dan hina  ... [Sukarelawan] merompak penduduk Mexico dari lembu dan jangung mereka, mencuri pagar mereka sebagai kayu api, mabuk dan membunuh beberapa orang penduduk tidak bersalah di tengah jalan di bandar." Ramai dari sukarelawan tidak diingini dan dianggap tentera yang lemah. Ungkapan "Hanya seperti tentera Gaines " menjadi merujuk kepada sesuatu yang tidak berguna, farsa ini berasal apabila satu kumpulan tentera Louisiana yang tidak terlatih dan keberatan ditolak dan dihantar balik oleh Jen. Taylor pada permulaan perang.

Veteran perang Amerika Syarikat terakhir yang hidup sejak konflik tersebut, Owen Thomas Edgar, meninggal pada 3 September 1929, pada usia 98 tahun.

1,563 tentera Amerika Syarikat dikebumikan di Pusara Kebangsaan Bandar Mexico, yang dijaga oleh Jawatankuasa Peringatan perang Amerika Syarikat.

Pada permulaan perang, pasukan Mexico terbahagi antara pasukan kekal (permanentes) dan orang bersenjata aktif (activos). Pasukan kekal terdiri daripada 12 regiment infantry (dua battalion setiap satu), tiga brigade artileri, lapan regimen tentera berkuda, satu skuaden berasingan dan satu brigade dragoons. Pasukan bersenjata terdiri sembilan infantry dan enam regimen berkuda. Di jajahan utara Mexico, kompeni presidial (presidiales) melindungi penempatan yang tersebar luas.[62]

Satu lagi factor penyumbang kepada kekalahan perang oleh pihak Mexico adalah senjata mereka yang kurang baik. Tentera AMexico menggunakan musket British (contohnya. Brown Bess) yang digunakan sejak Perperangan Napoleonic. Berbanding senjata infantry lusuh dibekalkan piwaian oleh Mexico, sesetengah tentera Amerika Syarikat memiliki breech-loading rifle Hall M1819 dan Model 1841 rifle percussion keluaran Amerika Syarikat. Pada tahap kemudian dalam perang, tentera berkuda Amerika Syarikat dan pegawai diberikan revolver Colt Walker, yang ditempah oleh tentera Amerika Syarikat sebanyak 1,000 pada tahun 1846. Sepanjang tempoh perang, kelebihan artileri Amerika Syarikat sering kali menguasai medan pertempuran.

Pecahan politik di Mexico merupakan satu lagi factor dalam kejayaan Amerika Syarikat. Dalam Mexico, centralistas dan republikan bersaing bagi kuasa, dan kadang-kala kedua pihak ini dalam tentera Mexico bertempur sesame sendiri dari melawan tentera penjajah Amerika Syarikat. Satu lagi pihak yang digelar monarchists, yang ahlinya mahu melantik raja (sesetengah malah menyokong menyertai Sepanyol), menyulitkan lagi keadaan. Pihak ketiga ini akan naik berkuasa dalam tempoh Campurtangan Perancis di Mexico.

Batalion Saint Patrick (San Patricios) merupakan sekumpulan bebrapa ratus tentera imigran, kebanyakannya berasal dari Ireland, yang lari dari Tentera Amerika Syarikat kerana layanan buruk atau kecenderungan bersimpati sesame Mexico Khatolik. Mereka menyertai tentera Mexico. Kebanyakannya terbunuh dalam Pertempuran Churubusco; sekitar 100 ditawan oleh Amerika Syarikat dan sekitar ½ digantung sebagai lari dari tentera.

Kesan perang di Amerika Syarikat.

[sunting | sunting sumber]
"Calon yang ada: Yang layak sebagai Presiden Whig." Kartun politik mengenai pilihan raya Presiden 1848 yang merujuk pada Zachary Taylor atau Winfield Scott, dua calon utama bagi pencalonan Parti Whig selepas Perang Mexico-Amerika Syarikat. Diterbitkan oleh Nathaniel Currier pada tahun 1848, dipulih secara digital.

Walaupun menerima tentangan awal dari Parti Whigs dan penghapusan, perang itu bagaimanapun menyatukan Amerika Syarikat dalam matlamat yang sama dan pertempuran hampir sepenuhnya oleh sukarelawan. Saiz Tentera meningkat dari hanya 6,000 kepada lebih 115,000 orang ketika perperangan. Dari jumlah itu, sekitar 1.5% terbunuh dalam pertempuran dan hampir 10% mati akibat penyakit; tambahan 12% lagi diberhentikan akibat kecederaan atau dibebaskan akibat penyakit, atau keduanya.

Selama beberapa tahun berikutnya, veteran perang masih menderita dari penyakit melumpuhkan yang dijangkiti semasa kempen secara berterusan. Kadar korban dengan mudah melampaui 25% bagi 17 bulan perperangan; korban keseluruhan mungkin mencecah 35–40% sekiranya kematian berkaitan dengan kecederaan dan penyakit berikutnya digabung. Dari segi ini, perperangan ini merupakan kadar paling tinggi kematian dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat.

Semasa perperangan, pertikaian politik di Amerika Syarikat timbul mengenai pembahagian Mexico yang ditawan. Ringkasan Pergerakan Kesemua Mexico mendesak penyatuan kesemua jajahan. Veteran perang yang telah melihat Mexico dengan sendiri tidak berminat. Pergerakan anti-perhambaan menentang pandangan tersebut dan menuntut penyingkiran perhambaan dari sebarang jajahan yang diserap oleh Amerika Syarikat.[63] Pada tahun 1847 House of Representatives meluluskan Wilmot Proviso, menyatakan bahawa kesemua jajahan yang didapati akan dibuka pada perhambaan. Pihak Senate mengelak isu tersebut, dan cubaan lewat untuk menambahkannya pada Perjanjian Guadalupe Hidalgo dikalahkan.

Perjanjian Guadalupe Hidalgo merupakan hasil perindingan tidak rasmi Nicholas Trist. Ia diluluskan oleh senat Amerika Syarikat pada 10 March 1848, dan disahkan oleh Kongres Mexico pada 25 May. Penyerahan Alta California dan Nuevo México oleh Mexico dan pengakuannya ke atas penguasaan Amerika Syarikat ke atas kesemua utara Texas pada Rio Grande merasmikan tambahan 1.2 juta batu persegi (3.1 juta km2) jajahan ke Amerika Syarikat. Sebagai pulangan Amerika Syarikat bersetuju membayar $15 juta dan menanggung tuntutan rakyatnya terhadap Mexico. Pengubahsuaian terakhir jajahan antara Mexico dan Amerika Syarikat dilakukan oleh Pembelian Gadsden pada tahun 1853.

Selewat 1880, "Republican Campaign Textbook" oleh Jawatankuasa Kongres Republikan (“Republican Congressional Committee”) [64] menggambarkan perang tersebut sebagai "Feculent, dicemari Rasuah" dan "satu dari gambaran hitam dalam sejarah kita—perperangan yang dipaksa kepada kita dan penduduk Mexico dengan kuku besi perampas Pres't Polk dalam usaha keagungan perluasan bagi pemerintahan perhambaan (“slave oligarchy”)."

Perperangan ini merupakan salah satu kejadian penentu bagi Amerika Syarikat pada separuh pertama abad ke-19. Ketika ia menandakan titik laluan penting bagi negara sebagai kuasa tentera yang sedang berkembang, ia turut bertindak sebagai mercu tanda terutama dalam gambaran Amerika Syarikat bagi (“Manifest Destiny”) Takdir . Jajahan yang didapati memulakan gaya yang mencirikan Amerika Syarikat dalam sejarah abad ke-19, terutamanya bagi Barat Amerika Syarikat. Perperangan ini tidak menyelesaikan isu perhambaan di Amerika Syarikat tetapi dalam banyak cara mengapi-apikannya, ketika potensi pengembangan ke arah barat institusi semakin menjadi pusat dan hangat dalam perdebatan kebangsaan mendahului Perang Saudara Amerika Syarikat. Tambahan lagi, dalam melakukan perluasan negara dari persisiran ke persisiran, Perang Mexico-Amerika Syarikat merupakan satu langkah dalam penghijrahan besar-besaran ke Barat oleh penduduk Amerika Syarikat, yang memuncak dengan laluan kereta api merentasi benua dan perang Indian kemudiannya dalam abad yang sama.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • ↑a The term "American" to describe things from the United States is often frowned upon by many Mexican, Central and South Americans, because many consider "American" to refer to things from the Americas, not solely the United States of America. However, there is no better translation of "estadounidense" than "American" in this context, although in general, "estadounidense" can be defined as "of the United States".

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ex. Doc. 36, 30th Cong., 1 Sess., "Report of the Secretary of War ... pp. 6-7.
  2. ^ http://users.erols.com/mwhite28/wars19c.htm
  3. ^ Christensen and Christensen, The U.S.–Mexican War, Bay Books, San Francisco, 1998
  4. ^ Brian DeLay (2008). War of a thousand deserts: Indian raids and the U.S.–Mexican War. Yale University Press. ISBN 9780300119329.
  5. ^ See Rives, The United States and Mexico, vol. 2, p. 658
  6. ^ Rives, ''The United States and Mexico'' vol. 2, pp 45–46. Books.google.com. 2007-09-28. Dicapai pada 2011-05-28.
  7. ^ Rives, pp. 48–49
  8. ^ See "Republic of Texas"
  9. ^ Rives, vol. 2, pp. 165–168
  10. ^ Rives, vol. 2, pp. 172–173
  11. ^ Smith (1919) p. xi.
  12. ^ a b Jay (1853) p. 117.
  13. ^ Jay (1853) p. 119.
  14. ^ Donald Fithian Stevens, Origins of Instability in Early Republican Mexico (1991) p. 11.
  15. ^ Miguel E. Soto, "The Monarchist Conspiracy and the Mexican War" in Essays on the Mexican War ed by Wayne Cutler; Texas A&M University Press. 1986. pp. 66–67.
  16. ^ a b Brooks (1849) pp. 61–62.
  17. ^ Mexican War from Global Security.com.
  18. ^ Gilbert, Joseph. The Mexico Reader: History, Culture, Politics. Duke University Press Books, 2002, p. 652
  19. ^ James M. McCaffrey, Army of Manifest Destiny: The American Soldier in the Mexican War, 1846–1848 (1994) p 7
  20. ^ Smith (1919) p. 279.
  21. ^ Faragher, John Mack, et al., eds. Out Of Many: A History of the American People. Upper Saddle River: Pearson Education, 2006.
  22. ^ "Message of President Polk, May 11, 1846". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-25. Dicapai pada 2008-07-20. Mexico has passed the boundary of the United States, has invaded our territory and shed American blood upon the American soil. She has proclaimed that hostilities have commenced, and that the two nations are now at war.
  23. ^ a b Bauer (1992) p. 68.
  24. ^ see A. Brook Caruso: The Mexican Spy Company. 1991, p. 62-79
  25. ^ Jay (1853) pp. 165–166.
  26. ^ Jay (1853) p. 165.
  27. ^ See O'Sullivan's 1845 article, "Annexation," [1] United States Magazine and Democratic Review
  28. ^ Giddings,Joshua Reed, Speeches in Congress [1841–1852], J.P. Jewett and Company, 1853, p.17
  29. ^ Beveridge 1:417.
  30. ^ a b c Brooks (1849) p. 122.
  31. ^ Brooks (1849) pp. 91, 117.
  32. ^ Brooks (1849) p. 121.
  33. ^ See Captain John Charles Fremont and the Bear Flag Revolt.
  34. ^ Brooks (1849) p. 257.
  35. ^ Bauer (1992) pp. 190–191.
  36. ^ Silversteen, p42
  37. ^ Bauer (1992) p. 201.
  38. ^ Rives, George Lockhart, The United States and Mexico, 1821–1848: a history of the relations between the two countries from the independence of Mexico to the close of the war with the United States, Volume 2, C. Scribner's Sons, New York, 1913, p.233. Books.google.com. 2007-09-28. Dicapai pada 2011-05-28.
  39. ^ "Urban Warfare". Battle of Monterrey.com. Dicapai pada 2011-05-28.
  40. ^ Dishman, Christopher, A Perfect Gibraltar: The Battle for Monterrey, Mexico," University of Oklahoma Press, 2010 ISBN 0-8061-4140-9
  41. ^ Roger D. Launius (1997). Alexander William Doniphan: portrait of a Missouri moderate. University of Missouri Press. ISBN 9780826211323.
  42. ^ Hamalainen, Pekka, The Comanche Empire New Haven: Yale U Press, p.232
  43. ^ Douglas Meed, The Mexican War, 1846–1848 (Routledge, 2003), p. 67.
  44. ^ McAllister, Brian. "see Coffman, ''Old Army'' (1988) p. 193". Amazon.com. Dicapai pada 2011-05-28.
  45. ^ Paul Foos, A Short, Offhand, Killing Affair (2002) pp. 25, 103–6.
  46. ^ Eisenhower, John S. D. (1989). So Far from God: The U.S. War With Mexico, 1846–1848. New York: Random House. m/s. 295. ISBN 0806132795.
  47. ^ Stephen A. Carney, U.S. Army Campaigns of the Mexican War: The Occupation of Mexico, May 1846-July 1848 (CMH Pub 73-3), U.S. Government Printing Office, Washington, 2005; pp.30-38
  48. ^ pp. 590–593, The United States and Mexico, 1821–1848, vol. 2, George Lockhart Rives, New York: Charles Scribner's Sons, 1913.
  49. ^ Smith (1919) p. 241.
  50. ^ Bronwyn Mills U.S.-Mexican war p. 23 ISBN 0-8160-4932-7.
  51. ^ Kenneth C. Davis, “Don’t Know Much About History” (Avon Books, New York 1995) p. 143.
  52. ^ Howard Zinn, “A People’s History of the United States” (HarperCollins Publishers, New York 2003) p. 169.
  53. ^ George Lockhart Rives (1913). The United States and Mexico, 1821–1848. C. Scribner's Sons. m/s. 634–636.
  54. ^ a b "Treaty of Guadalupe Hidalgo". www.ourdocuments.gov. Dicapai pada 27 June 2007.
  55. ^ "Congressional Globe, 30th Session (1848) pp. 93–95". Memory.loc.gov. Dicapai pada 2011-05-28.
  56. ^ "House Journal, 30th Session (1848) pp. 183–184/". Memory.loc.gov. Dicapai pada 2011-05-28.
  57. ^ Donald, David Herbert. Lincoln. (1995), pp. 124, 128, 133.
  58. ^ "William Hugh Robarts, "Mexican War veterans : a complete roster of the regular and volunteer troops in the war between the United States and Mexico, from 1846 to 1848 ; the volunteers are arranged by states, alphabetically", BRENTANO'S (A. S. WITHERBEE & CO, Proprietors); WASHINGTON, D. C., 1887". Archive.org. 2001-03-10. Dicapai pada 2011-05-28.
  59. ^ Robarts, "Mexican War veterans" pp.1–24
  60. ^ Robarts, "Mexican War veterans" pp.39–79
  61. ^ Bronwyn Mills U.S.-Mexican war ISBN 0-8160-4932-7.
  62. ^ René Chartrand, ''Santa Anna's Mexican Army 1821–48'', Illustrated by Bill Younghusband, Osprey Publishing, 2004, ISBN 1-84176-667-4, 9781841766676. Books.google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-30. Dicapai pada 2011-05-28.
  63. ^ John Douglas Pitts Fuller, ''The Movement for the Acquisition of All Mexico, 1846–1848'' (1936). Books.google.com. 2008-06-12. Dicapai pada 2011-05-28.
  64. ^ Mexican–American War description from the Republican Campaign Textbook.

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Adams, John Quincy (1969). Charles Francis Adams (penyunting). Memoirs of John Quincy Adams. 12. Freeport, New York: Books for Libraries Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Calhoun, John C. (1952). John M. Anderson (penyunting). Calhoun Basic Documents. State College, Pennsylvania: Bald Eagle Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Calhoun, John C. (2000). Clyde N. Wilson (penyunting). The Essential Calhoun, Selections from Writings, Speeches, and Letters. New Brunswick: Transaction Publishers. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Grant, Ulysses S. (1885). Personal Memoirs of U. S. Grant. New York: Charles L. Webster & Co. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); External link in |title= (bantuan)
  • Kendall, George Wilkins (1999). Lawrence Dilbert Cress (penyunting). Dispatches from the Mexican War. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Polk, James, K. (1910). Milo Milton Quaife (penyunting). The Diary of James K. Polk: During his Presidency, 1845-1849. Chicago: A. C. McClurg & Co. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); External link in |title= (bantuan)
  • Smith, Franklin (1991). Joseph E. Chance (penyunting). The Mexican War Journal of Captain Franklin Smith. Jackson, Mississippi: University Press of Mississippi. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • George Winston and Charles Judah, penyunting (1968). Chronicles of the Gringos: The U.S. Army in the Mexican War, 1846-1848, Accounts of Eyewitnesses and Combatants. Albuquerque, New Mexico: The University of New Mexico Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Webster, Daniel (1984). Charles M. Wiltse (penyunting). The Papers of Daniel Webster, Correspondence. 6. Hanover, New Hampshire: The University Press of New England. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Richard Bruce Winders, penyunting (1997). Mr. Polk’s Army: The American Military Experience in the Mexican War. College Station, Texas: Texas A&M University Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "Treaty of Guadalope Hidalgo". Internet Sourcebook Project. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "Adams-Onís Treaty". The Avalon Project. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "Louisiana Purchase Treaty". The Avalon Project. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "Treaty of Velasco". The Avalon Project. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "28th Congress, 2nd session". United States House Journal. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "29th Congress, 1st session". United States House Journal. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "28th Congress, 2nd session". United States Senate Journal. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "29th Congress, 1st session". United States Senate Journal. Dicapai pada 26 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Sumber kedua

[sunting | sunting sumber]
  • Bauer, Karl Jack (1992). The Mexican War: 1846-1848. University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-6107-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Brooks, Nathan Covington (1849). A Complete History of the Mexican War: Its Causes, Conduct and Consequences: Comprising an Account of the Various Military and Naval Operations from Its Commencement to the Treaty of Peace. Philadelphia: Grigg, Elliot & Co.
  • Crawford, Mark (1999). Encyclopedia of the Mexican War. ISBN 1-5760-7059-X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • De Voto, Bernard, Year of Decision 1846 (1942).
  • Mayers, David; Fernández Bravo, Sergio A., "La Guerra Con Mexico Y Los Disidentes Estadunidenses, 1846-1848" [The War with Mexico and US Dissenters, 1846-48]. Secuencia [Mexico] 2004 (59): 32-70. Issn: 0186-0348.
  • Meed, Douglas. The Mexican War, 1846-1848 (2003). A short survey.
  • Rodríguez Díaz, María Del Rosario. "Mexico's Vision of Manifest Destiny During the 1847 War" Journal of Popular Culture 2001 35(2): 41-50. Issn: 0022-3840.
  • Smith, Justin Harvey. = The War with Mexico (2 vol 1919), Pulitzer prize vol 2 online.
  • Bancroft, H.H. History of California (1888) online Diarkibkan 2012-01-02 di Wayback Machine.

Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Bauer K. Jack. Zachary Taylor: Soldier, Planter, Statesman of the Old Southwest. Louisiana State University Press, 1985.
  • Eisenhower, John. So Far From God: The U.S. War with Mexico, Random House (New York; 1989).
  • Frazier, Donald S. The U.S. and Mexico at War, Macmillan (1998).
  • Hamilton, Holman, Zachary Taylor: Soldier of the Republic, (1941).
  • Johnson, Timothy D. Winfield Scott: The Quest for Military Glory, University Press of Kansas (1998).
  • Foos, Paul. A Short, Offhand, Killing Affair: Soldiers and Social Conflict during the Mexican War (2002).
  • Lewis, Lloyd. Captain Sam Grant (1950).
  • Smith, Justin Harvey. The War with Mexico. 2 vol (1919). Pulitzer Prize winner. full text online.
  • Winders, Richard Price. Mr. Polk's Army Texas A&M Press (College Station, 1997).

Politik dan diplomatik

[sunting | sunting sumber]
  • Albert J. Beveridge; Abraham Lincoln, 1809-1858. Volume: 1. 1928.
  • Brack, Gene M. Mexico Views Manifest Destiny, 1821-1846: An Essay on the Origins of the Mexican War (1975).
  • Fowler, Will. Tornel and Santa Anna: The Writer and the Caudillo, Mexico, 1795-1853 (2000).
  • Gleijeses, Piero. "A Brush with Mexico" Diplomatic History 2005 29(2): 223-254. Issn: 0145-2096 debates in Washington before war.
  • Graebner, Norman A. Empire on the Pacific: A Study in American Continental Expansion. (1955).
  • Graebner, Norman A. "Lessons of the Mexican War." Pacific Historical Review 47 (1978): 325-42. in JSTOR.
  • Graebner, Norman A. "The Mexican War: A Study in Causation." Pacific Historical Review 49 (1980): 405-26. in JSTOR.
  • Jay, William. A Review of the Causes and Consequences of the Mexican War. American Peace Society (Boston, 1853).
  • Krauze, Enrique. Mexico: Biography of Power, Harpers: 1997.
  • Pletcher David M. The Diplomacy of Annexation: Texas, Oregon, and the Mexican War. University of Missouri Press, 1973.
  • Price, Glenn W. Origins of the War with Mexico: The Polk-Stockton Intrigue. University of Texas Press, 1967.
  • Reeves, Jesse S. "The Treaty of Guadalupe-Hidalgo," American Historical Review, Vol. 10, No. 2 (Jan., 1905), pp. 309–324 in JSTOR.
  • Robinson, Cecil, The View From Chapultepec: Mexican Writers on the Mexican War, University of Arizona Press (Tucson, 1989).
  • Ruiz, Ramon Eduardo. Triumph and Tragedy: A History of the Mexican People, Norton 1992.
  • Schroeder John H. Mr. Polk's War: American Opposition and Dissent, 1846-1848. University of Wisconsin Press, 1973.
  • Sellers Charles G. James K. Polk: Continentalist, 1843-1846 Princeton University Press, 1966.
  • Smith, Justin Harvey. The War with Mexico. 2 vol (1919). Pulitzer Prize winner. full text online.
  • Stephenson, Nathaniel Wright. Texas and the Mexican War: A Chronicle of Winning the Southwest. Yale University Press (1921).
  • Weinberg Albert K. Manifest Destiny: A Study of Nationalist Expansionism in American History Johns Hopkins University Press, 1935.
  • Yanez, Agustin. Santa Anna: Espectro de una sociedad (1996).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]