Maicon Sisenando
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Maicon Douglas Sisenando[1] | ||
Tarikh lahir | 26 Julai 1981 | ||
Tempat lahir | Novo Hamburgo, Brazil | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Roma | ||
Nombor | 13 | ||
Kerjaya remaja | |||
Grêmio | |||
Criciúma | |||
Cruzeiro | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2001–2004 | Cruzeiro | 56 | (1) |
2004–2006 | AS Monaco | 58 | (5) |
2006–2012 | Internazionale | 177 | (16) |
2012–2013 | Manchester City | 10 | (0) |
2013– | Roma | 35 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001 | Brazil B20 | 4 | (0) |
2003–2014 | Brazil | 76 | (7) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2014 |
Maicon Douglas Sisenando (lahir 26 Julai 1981), ataupun hanya dikenali sebagai Maicon (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈmaikõⁿ]) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Itali, Roma. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2003. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Maicon mula bermain untuk Cruzeiro pada 2001 dan selepas dua musim di Brazil, beliau telah dibeli oleh kelab Perancis, AS Monaco pada Jun 2004 dengan bayaran sebanyak £2.1 juta.
Internazionale
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 2006, kelab dari Itali, Internazionale mengumumkan telah membeli Maicon dengan bayaran sebanyak £4.8 juta bersama kontrak lima tahun. Selain itu, kelab Itali itu juga membeli pemain bek Brazil, Maxwell dan pemain tengah Perancis, Olivier Dacourt.[2]
Beliau mula menjaringkan gol pertamanya pada musim 2009-10 ketika menentang Milan 4–0. Beliau juga bermain dengan bagus ketika perlawanan sengit 0-0 menentang FC Barcelona di San Siro. Beliau menjaringkan gol terakhir, 5-0 menentang Genoa. Beliau menjaringkan gol voli ketika saingan Derby d'Italia menentang pesaing terbesar, Juventus. Gol beliau juga antara gol tercantik pada musim itu.[3]
Sebulan kemudian, Maicon menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona. Pada 22 Mei 2010, selepas membenam Roma dalam perlawanan akhir Coppa Italia, Inter menjuarai Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Santiago Bernabéu di Madrid, Sepanyol. Beliau telah dinamakan Pemain Pertahanan Kelab UEFA 2009–2010.
Dalam musim 2011–12, Maicon hanya bermain 23 perlawanan di Serie A. Dalam 23 penampilannya, Maicon hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus (Inter tewas 2-1) dan menentang Milan (Inter menang 4-2).
Manchester City
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Ogos 2012, Maicon sertai kelab Manchester City dengan bayaran £3 juta dan menyarung jersi nombor 3. Maicon membuat penampilan pertamanya pada 15 September, seri 1–1 menentang Stoke City.[4] Apabila pengurus Roberto Mancini dipecat pada penghujung musim, Manuel Pellegrini menyusun pemain-pemain untuk perlawanan pra-musim City di Afrika Selatan. Maicon mengatakan bahawa beliau tidak akan kekal bersama kelab itu.[5]
Roma
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Julai 2013, Maicon kembali ke liga Serie A selepas Manchester City membenarkan beliau berpindah ke Roma.[6] Beliau membuat penampilan pertama bersama Roma menentang Livorno pada 25 Ogos 2013.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Maicon membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada perlawanan pembukaan Piala Emas CONCACAF 2003 menentang Mexico pada 12 Julai 2003.[7] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil pada kejohanan yang sama ketika menentang Honduras, Brazil menang 2-1. Beliau telah dimasukkan dalam "pilihan pasukan kejohanan" dan Brazil menamatkan kejohanan itu dengan tempat kedua selepas tewas kepada Mexico.[8]
Beliau menjadi pilihan pertama bek kanan skuad Seleção yang memenangi Copa América pada 2004 dan 2007, begitu juga dengan Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan 2009. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia 2010 ketika perlawanan pembukaan kumpulan G menentang Korea Utara.[9]
Pada Jun 2014, Maicon telah dimasukkan dalam skuad Brazil di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau menggantikan Dani Alves ketika perlawanan suku akhir menentang Colombia, Brazil menang 2-1.[10]
Pada 7 September 2014, Maicon telah keluar dari skuad Brazil akibat "masalah dalaman".[11]
Statistik
[sunting | sunting sumber]Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2003 | 5 | 1 |
2004 | 5 | 0 |
2005 | 2 | 0 |
2006 | 6 | 0 |
2007 | 15 | 2 |
2008 | 9 | 1 |
2009 | 13 | 1 |
2010 | 8 | 1 |
2011 | 3 | 0 |
2012 | 0 | 0 |
2013 | 5 | 1 |
2014 | 5 | 0 |
Jumlah | 76 | 7 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
15 Julai 2003 | Mexico City, Mexico | Honduras | Piala Emas CONCACAF 2003 | |||
10 Julai 2007 | Maracaibo, Venezuela | Uruguay | Copa América 2007 | |||
22 Ogos 2007 | Montpellier, Perancis | Algeria | Persahabatan | |||
19 November 2008 | Brasília, Brazil | Portugal | Persahabatan | |||
18 Jun 2009 | Pretoria, Afrika Selatan | Amerika Syarikat | Piala Konfederasi FIFA 2009 | |||
15 Jun 2010 | Johannesburg, Afrika Selatan | Korea Utara | Piala Dunia FIFA 2010 | |||
16 November 2013 | Miami, Amerika Syarikat | Honduras | Persahabatan |
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 17 Disember 2014
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Cruzeiro | 2001 | 18 | 0 | — | — | 18 | 0 | ||
2002 | 19 | 1 | — | — | 19 | 1 | |||
2003 | 11 | 0 | — | — | 11 | 0 | |||
2004 | 8 | 0 | — | — | 8 | 0 | |||
Jumlah | 56 | 1 | — | — | 56 | 1 | |||
AS Monaco | 2004–05 | 30 | 4 | — | 8 | 1 | 38 | 5 | |
2005–06 | 28 | 1 | — | 7 | 1 | 35 | 2 | ||
Jumlah | 58 | 5 | — | 15 | 2 | 73 | 7 | ||
Internazionale | 2006–07 | 32 | 2 | 8 | 0 | 3 | 1 | 43 | 3 |
2007–08 | 31 | 1 | 1 | 0 | 4 | 0 | 36 | 1 | |
2008–09 | 29 | 4 | 2 | 0 | 8 | 1 | 39 | 5 | |
2009–10 | 33 | 6 | 5 | 0 | 13 | 1 | 51 | 7 | |
2010–11 | 28 | 1 | 2 | 0 | 8 | 0 | 38 | 1 | |
2011–12 | 24 | 2 | 2 | 1 | 3 | 0 | 29 | 3 | |
Jumlah | 177 | 16 | 20 | 1 | 39 | 3 | 236 | 20 | |
Manchester City | 2012–13 | 9 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 13 | 0 |
Jumlah | 9 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 13 | 0 | |
Roma | 2013–14 | 28 | 2 | 3 | 0 | — | 31 | 2 | |
2014–15 | 7 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | 8 | 1 | |
Jumlah | 35 | 2 | 3 | 0 | 1 | 1 | 39 | 3 | |
Jumlah kerjaya | 335 | 24 | 24 | 1 | 58 | 6 | 416 | 31 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Cruzeiro
- Campeonato Brasileiro Série A (1): 2003
- Copa do Brasil (1): 2003
- Campeonato Mineiro (2): 2002, 2003
- Internazionale
- Serie A (4): 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2009–10
- Coppa Italia (2): 2010, 2011,
- Supercoppa Italiana (3): 2006, 2008, 2010
- Liga Juara-Juara Eropah (1): 2010
- Piala Dunia Kelab FIFA (1): 2010
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Brazil
- Copa América (2): 2004, 2007
- Piala Konfederasi FIFA (2): 2005, 2009
Individu
[sunting | sunting sumber]- Pemain Terbaik Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 (1): Korea DPR (GM)
- Piala Dunia FIFA 2010: Dream Team
- FIFA/FIFPro World XI (1): 2010
- Samba d'Or: 2010
- Pasukan Tahunan UEFA: 2010
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 10 July 2014.
- ^ "DACOURT, MAICON, MAXWELL SIGN FOR INTER". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 12 July 2006. Dicapai pada 23 June 2011.
- ^ "Video of Maicon's wonder strike against Juventus".
- ^ "Stoke 1–1 Manchester City". BBC Sport. 15 September 2012. Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ http://www.goal.com/en-us/news/69/transfer-zone/2013/07/14/4117666/pellegrini-maicon-will-leave-man-city
- ^ http://www.mcfc.co.uk/News/Team-news/2013/July/Maicon-signs-for-Roma
- ^ name=fifa>"MAICON". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 6 July 2014.
- ^ name=fifa
- ^ "World Cup 2010: Did Maicon really mean to score Brazil's spectacular goal?". The Guardian. 16 June 2010. Dicapai pada 6 July 2014.
- ^ "Maicon: 'I was born ready'". Football Italia. 5 July 2014. Dicapai pada 6 July 2014.
- ^ "Maicon axed from Brazil squad for 'internal problem'". Goal.com. 7 September 2014. Dicapai pada 9 September 2014.
- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Orang dari Novo Hamburgo
- Orang Brazil keturunan Afrika
- Pemain bola sepak Brazil
- Pemain Piala Emas CONCACAF 2003
- Pemain Copa América 2004
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2005
- Pemain Copa América 2007
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2009
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Copa América 2011
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pertahanan (bola sepak)
- Pemain Cruzeiro Esporte Clube
- Pemain AS Monaco FC
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain Manchester City F.C.
- Pemain A.S. Roma
- Pemain Campeonato Brasileiro Série A
- Pemain Ligue 1
- Pemain Serie A
- Pemain Liga Perdana Inggeris