Pergi ke kandungan

Seri Balas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seri Balas
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Januari 1999 [1]
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreIrama Malaysia
Panjang48:40
BahasaMalaysia
SyarikatSuria Records
PenerbitPak Ngah
Kronologi Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Noraniza, Siti & Liza Hanim
Molek
(1998)
Seri Balas
(1999)
Siti Nurhaliza
Pancawarna

Noraniza Idris
Bekaba
(1999)
Single daripada Seri Balas
  1. "Hati Kama"
    Dikeluarkan: 11 Januari 1999 (1999-01-11)
  2. "Ya Allah Ya Saidi & Walinong Sari (Solo)"
    Dikeluarkan: 18 Mac 1999 (1999-03-18)
  3. "Lenggang Lenggok"
    Dikeluarkan: 25 April 1999 (1999-04-25)
  4. "Ketawa Lagi"
    Dikeluarkan: 27 Jun 1999 (1999-06-27)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seri Balas merupakan album duet penyanyi Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, album ini dilancarkan pada hari yang sama hari ulang tahun Siti Nurhaliza yang ke-20.[2] Album ini diterbitkan pada 11 Januari 1999 menerusi syarikat rakaman Suria Records. Siti dan Noraniza bekerjasama untuk merakamkan album ini setelah mereka masing-masing mengangkat muzik irama tradisional di mata masyarakat menerusi kejayaan album solo mereka yang berkonsepkan pop tradisional iaitu album Ala Dondang dan Cindai (1997). Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah selaku penerbit untuk album Seri Balas ini.[3]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live di Sukan Komanwel pada tahun 1998, Siti dan Noraniza disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet istimewa berkonsepkan pop tradisional yang berjudul Seri Balas. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Siti dan Noraniza telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Kolaborasi mereka berdua memberi impak yang sangat besar dalam industri muzik ketika itu bukan sahaja di Malaysia tapi di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Tuah menyebelahi Siti dan Noraniza apabila lagu Hati Kama berjaya memasuki pencalonan akhir bagi kategori Lagu Terbaik dan album Seri Balas pula memenangi Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Selain itu, persembahan hebat Siti & Noraniza menerusi Hati Kama juga berjaya merangkul Juara kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu 1999.

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Penerimaan terhadap album ini amat bercampur. Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail dan Kami dari Berita Harian bersetuju bahawa vokal Siti lebih sesuai dengan lagu pop.[4][5] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan empat daripada lima bintang untuk album ini.[6] Beliau mengulas, "Walaupun tekstur suara Noraniza tidak lancar seperti Siti, beliau membuktikan lebih banyak pemahaman tentang genre ini berbanding petak yang lebih muda."[6] Kami bagaimanapun menyatakan bahawa vokal Siti yang kebiasaannya nyaring dan tinggi agak tenggelam, kemungkinan untuk 'menghormati' vokal Noraniza Idris."[5] Album ini merupakan kejayaan komersial dan berjaya dijual sebanyak 120,000 unit[7] dan menduduki carta album tempatan RIM.[8]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisPenggubahMasa
1."Hati Kama"Hairul Anuar HarunPak Ngah5:10
2."Ya Allah Ya Saidi"MegamutiaraFadzil Ahmad5:08
3."Ketawa Lagi"Copyright ControlCopyright Control5:24
4."Walinong Sari"Copyright ControlCopyright Control3:34
5."Merak Disangkar"Nul AfdalCopyright Control5:17
6."Musalmah Manis"Rahim JantanCopyright Control4:24
7."Pasir Salak"Nur Afdal, J. JamalKu Zahir Ku Ahmad5:33
8."Lenggang Lenggok"Hairul Anuar Harun/Siti NurhalizaFadzil Ahmad4:02
9."Pulau Pisang"Copyright ControlCopyright Control4:01
10."Dondang Dendang"Hairul Anuar HarumPak Ngah6:12
Jumlah masa: 48:02


Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]

Album

Carta (1999) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[9]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1999

Hati Kama

3 1 - 1

Walinong Sari

- - - -

Lenggang Lenggok

- - - -

Ketawa Lagi

- - - -

Dondang Dendang

- - - -

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]
Tahun Penerima Anugerah Keputusan
1999 "Hati Kama" Juara Kategori Irama Malaysia Menang

Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Penerima Anugerah Keputusan
2000[10][11] Seri Balas Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
"Hati Kama" Lagu Terbaik Tercalon

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://itunes.apple.com/nz/album/seri-balas/id877435112
  2. ^ "Album tradisional.... Siti dan Noraniza berduet". Utusan Malaysia. 20 Oktober 1998. Dicapai pada 10 Disember 2015.
  3. ^ Noraniza Idris mahu popularkan Seri Balas Diarkibkan 2014-02-03 di Wayback Machine Saharuddin Mustafa (21 Februari 1999). Utusan Online. Diperoleh pada 19 Ogos 2010.
  4. ^ Marina Abdul Ghani (10 February 2000). "Duet fails to live up to the mark". The Malay Mail. Dicapai pada 10 December 2017.
  5. ^ a b Kami (6 Februari 1999). "Hati Kama yang mempesona". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2015.
  6. ^ a b Zainal Alam Kadir (15 February 1999). "Saying 'yes' to quality". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 10 December 2017.
  7. ^ Shuib Taib (9 September 1999). "Noraniza stays true to the traditional beat". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 10 December 2017.
  8. ^ Hisham Harun (5 February 1999). "Hisham Harun's Hit List". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 10 December 2017.
  9. ^ Hisham Harun (19 March 1999). "Hisham Harun's hit list". New Straits Times. Accessmylibrary.com. Dicapai pada 6 February 2013.
  10. ^ "AIM 2000 tiada tempat untuk Siti Nurhaliza?". Utusan Malaysia Online. 9 April 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 21 September 2010.
  11. ^ "Malam Sensasi AIM 2000". Utusan Malaysia Online. 24 April 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 21 September 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]