Pergi ke kandungan

Berita RTM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berita RTM
NegaraASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
Kawasan siaranASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
Ahli gabungan
SloganSaluran Informasi
Ibu pejabatWisma Berita RTM, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan25 Jun 2020; 4 tahun yang lalu (2020-06-25)
(siaran rasmi)
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 123 (HD) (RTM ASEAN)
Satelit
Telkom-4 (percuma)4080/H/32677 (HD) (TV1 dan RTM ASEAN)
Media penstriman
MYTVMYTV Mana Mana
RTMKlikRTM ASEAN (RTM ASEAN)
Berita RTM (Berita RTM)

Berita RTM ialah saluran televisyen percuma di Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam format HD (definisi tinggi) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Pelancaran Saluran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi MYTV saluran 123 (HD) dalam format HD (definisi tinggi).[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam format HD (definisi tinggi). Majlis pelancaran Berita RTM telah rasmi majlis pelancaran oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6] Moto utamanya ialah Saluran Informasi (tayangan serentak dan bersama TV1). Berita RTM telah secara rasmi menanda tayangan serentak dan bersamaan dengan TV1.

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Berita RTM kini bersiaran di MYTV saluran 123 dalam format HD (definisi tinggi).

Pada mulanya, Saluran Berita RTM menggunakan nama panggilan Berita RTM hanya digunakan semasa dalam siaran di RTM.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik, MYTV Mana Mana dan di Youtube.

Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut. Liputan TV1, Berita RTM dan RTM ASEAN meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4 dalam format HD (definisi tinggi).

Bermula 1 Ogos 2024 hingga sekarang, siaran saluran Berita RTM telah rasmi bersiaran beralih ke RTM ASEAN dari jam 8:30 malam hingga jam 10:00 malam setiap hari.[7]

Tampilan dan wajah baharu

[sunting | sunting sumber]

Berita RTM telah diberi nafas wajah dan penampilan baharu sehingga dirombak semula dengan wajah baharu kedua-dua suapan untuk rasa yang lebih kontemporari dengan definisi tinggi ultra studio televisyen keras baharu dan logo televisyen baharu yang direka wajah baharu keseragaman telah dibuka secara rasmi sempena ulang tahun RTM dan Orkestra RTM yang ke-78 dan ke-63 pada 1 April 2024. Rupa baharu juga memperkenalkan semua program berita televisyen ia bumper untuk semua program media di masa depan stesen ident dilancarkan semula telah dibuka secara rasmi sempena ulang tahun RTM dan Orkestra RTM yang ke-78 dan ke-63 pada 1 April 2024.

Kandungan rancangan

[sunting | sunting sumber]

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 8 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Bajau (Sabah), Dusun (Sabah), Kadazan (Sabah) dan Iban (Sarawak). Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[8] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[9][10] Pada 29 Oktober 2021, siaran Berita Wilayah di Berita RTM telah direhatkan sementara untuk memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.

Liputan TV1, Berita RTM dan RTM ASEAN meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4 dalam format HD (definisi tinggi).

Lagu kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 5:58 atau 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen televisyen kebangsaan dan serantau RTM (TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6) lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Rancangan Tambahan

[sunting | sunting sumber]

Bual bicara

[sunting | sunting sumber]
  • Diari Rawat atau lebih dikenali sebagai Bicara Diari Rawat (Tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Naratif (tayangan serentak di TV1)
  • Cuit Sikit Jangan Sentap (tayangan serentak di TV1)
  • Selamat Pagi Malaysia (tayangan serentak di TV1)
  • Lensa IPT (tayangan serentak di TV1)
  • Vasantham (tayangan serentak di TV2)
  • What Say You (tayangan serentak di TV2)
  • Selamat Malam Malaysia (tayangan serentak di TV1)
  • Fresh Brew (tayangan serentak di Okey)
  • Bual Konti/Conty Chat (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Politikonomi (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Pengguna (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Inspirasi (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Glosari (2020-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Cerita Kita (2020-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Seleksi Konti Radio RTM (tayangan serentak di TV1)
  • Pesona XY (2019-2023) (tayangan serentak di TV1)

Bual bicara niaga

[sunting | sunting sumber]

Rancangan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Bicara Khas (tayangan serentak di TV1)
  • Hari Kebangsaan Malaysia (secara langsung dan tayangan serentak bersama TV1)
  • Perutusan Khas bersama Y.A.B Perdana Menteri
  • Naratif Khas

Sidang Media

[sunting | sunting sumber]
  • Sidang Media bersama YAB Perdana Menteri
  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan & Menteri Kesihatan
  • Sidang Media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Sidang Media bersama Menteri Pendidikan
  • Sidang Media bersama Menteri Pertahanan
  • Sidang media bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Langsung Dari Parlimen (tayangan serentak di TV1)

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini bersiaran satu jam secara maksimum atau setengah jam dan berita berbahasa Inggeris bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini disiarkan di Berita RTM, TV1 dan TV2.

Berita Pagi (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7:00 hingga 7:10 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Pagi.

Berita Pagi Sabah (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi Sabah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sabah yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 7:10 hingga 7:20 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023.

Berita Pagi Sarawak (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi Sarawak merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sarawak yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:20 hingga 7:30 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023.

Stadium RTM (TV1, Sukan RTM dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Stadium RTM merupakan sebuah rancangan berbentuk berita sukan berbahasa Melayu yang disiarkan pada jam 7:30 hingga 7:40 pagi setiap hari bermula 1 Oktober 2023. ia memaparkan berita-berita sukan dari dalam dan luar negara.

World Today ("Updates @Noon") (TV2 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

World Today merupakan rancangan berbentuk siaran berita berbahasa Inggeris mengenai perkembangan luar negara yang disiarkan pada setiap hari pada jam 12:30 tengah hari bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai TV2 News.

Berita Tengah Hari (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan bermula pada jam 1:00 tengah hari pada setiap hari Sabtu hingga Khamis. Manakala pada setiap hari Jumaat jam 12:00 tengah hari di TV1 sahaja. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Hari.

Berita Semasa (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Semasa merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari (kecuali jumaat), jam 3:00 petang dan jam 4:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Parlimen Semasa (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Parlimen Semasa merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 4:00 petamg setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Berita Wilayah (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Wilayah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita Bahasa Melayu yang disiarkan pada jam 5:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari.

Berita Wilayah memaparkan perincian berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Petang.

Perincian berita dari Sabah dan Sarawak adalah tetap, manakala slot berita dari Wilayah Timur, Wilayah Barat, Wilayah Selatan, Wilayah Utara, Labuan dan Kompleks Islam Putrajaya disiarkan secara rawak setiap hari.

Antara penyampai Berita Wilayah ; Nurul Zahira Radzi, Sahee Samsuddin, Nurul Zamre, Nurul Hidayah Nawai, Vanessa Mering, Eneycia Doulus, Suaran Shah, Buma Weyine dan Ritah Aloysious.

Kanta 744 Pagi dan Kanta 744 Malam (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Kanta 744 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita Bahasa Melayu yang disiarkan pada jam 7:44 malam setiap hari bermula 15 Mac 2023.

Namun, bermula 1 Oktober 2023, Kanta 744 juga bersiaran pada pukul 7:44 Pagi.

Kanta 744 Malam sahaja yang akan menyiarkan segmen khas bertajuk "Biar Betul!". Sebuah program mengenai tangkis fitnah semak kesahihan. Segmen ini akan membanteras berita palsu, berita fitnah kepada berita baik dan berita sahih. Dibawakan juga dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dan di bawah Kementerian Komunikasi.

Penyampai Kanta 744 adalah Syairul Islam Basmullah, Nurul Zahira Radzi, Otto Othman, Nurul Hidayah Nawai, Faiz Syahirah Nizam, Iffah Hazim dan Athira Aminuddin

Berita Perdana (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam hingga 8:30 malam setiap hari dalam masa 30 minit. Ia memaparkan berita-berita dari dalam negara sahaja, Berita Perdana juga memgambil kira keperluan keseluruhan masyarakat dan menampilkan terjemahan berita melalui seorang Jurubahasa Isyarat (JBI) yang terletak di bawah kanan skrin televisyen. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Malaysia dan Berita Nasional Malam.

Selain itu, Berita Perdana juga mempunyai segmen H-Klik dan Stadium RTM Sebelum ini dikenali sebagai B-Diva dan Edisi Sukan, bermula pada 1 April 2023.

Malaysia Tonight ("News @10") (TV1, Berita RTM dan RTM ASEAN)

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Tonight merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana dalam berbahasa Inggeris yang disiarkan pada jam 8:30 malam. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Ia dikenali sebagai TV1 News.

Berita Parlimen (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:15 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Dunia 10 Pagi (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Dunia 10 Pagi merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap hari pada jam 10:00 pagi bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Jam 10 dan Berita Dunia.

Dunia 10 Malam (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Dunia 10 Malam merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10:00 malam bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Jam 10 dan Berita Dunia.

Berita Tengah Malam (TV1 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Malam.

Jenis berita Berbahasa lain

[sunting | sunting sumber]

Berita Mandarin (TV2 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari dan 7:00 malam setiap hari. Berita nama Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Berita Tamil (TV2 dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Tamil yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:30 malam setiap hari. Berita nama Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan. Manakala di Saluran Berita RTM, Berita Tamil cuma siaran hingga 7.43 malam kerana memberi laluan kepada Kanta 744.

i-Kadazan (OKEY dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

i-Kadazan merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Kadazan yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 10:30 pagi setiap hari.

i-Iban (OKEY dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

i-Iban merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Iban yang disiarkan dua kali iaitu Setiap Hari jam 10:45 pagi dan 6:30 petang.

i-Bajau (OKEY dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

i-Bajau merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Bajau yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 2:00 petang setiap hari.

i-Dusun (OKEY dan Berita RTM)

[sunting | sunting sumber]

i-Dusun merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Dusun yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.

Penyampai Berita

[sunting | sunting sumber]

Penyampai Terkini

[sunting | sunting sumber]
  • Abang Moasili Abang Abdul Samad
  • Adrian Soidi
  • Anas Farihin
  • Andy Reza Rohadian
  • Athira Aminuddin
  • Awatif Ezzah Abu Rahim
  • Buma Weyine
  • Brandon Lipaul
  • Chandrakala Yoepan
  • Constatine Palawan
  • Daryl Baptist
  • Debbie Amanda Padawan
  • Denis Primus
  • Dianna Gilbert
  • Dymna Michael
  • Emran Azmie Rosli
  • Eneycia Doulus
  • Eve Saimon
  • Fadzril Hisham Affandy
  • Farhatul Aishati Othman
  • Faiz Syahirah Nizam
  • Faris Izzat Shaharudin
  • Farizie Morinding
  • Fenny Jouh
  • Fiona Benard Baikan
  • Firdaus Arasy Idris
  • Gogelavani Krishnan
  • Hariharan Shanmuganathan
  • Harold Ken Michael
  • Hazel Desmond
  • Iffah Hazim
  • Ismail Adnan
  • Ivan Tai
  • Izzamil Nasir
  • Jamalia Tay
  • Jason Bantoi
  • Jaya Murugan Chandran
  • Jeannyora Mahin
  • Jessica Lee
  • Jovinea Jim Lajin
  • Kanmali Batumalai
  • Kayalvili Elangovan
  • Leolerry Lajius
  • Letchumi Sandraj
  • Lidya Yusreena Abdul Ellias
  • Lim Zhi Ying
  • Magdelena Depol
  • Margaret Gambang
  • Miza Eusni Muhamed
  • Mohan Chinnasamy
  • Mohanaapriya Sinaraja
  • Mohd Akhtar Hj Hamzah
  • Mohd Alrasde Derasin
  • Mohd Amin Charlos
  • Mohd Azmie Mohamad
  • Mohd Dhihya Sahlan
  • Mohd Shah Musa
  • Monica Gerry
  • Nazrie Fahmie Sukri
  • Nirwan Fayumi Amir
  • Norhazimah Radik
  • Nurul Hidayah Nawai
  • Nurul Zamre
  • Nurul Zahira Radzi
  • Olivia Nicholas
  • Otto Othman
  • Priscilla Priya Arokiasamy
  • Rasyidah Abu Johan
  • Raydwin Robin
  • Renee Foong
  • Ritah Aloysius Malik
  • Sabrina Ba'as
  • Sahee Shamsuddin
  • Shahril Sarapudin
  • Sivam G. Tamilselvam
  • Sooriyah Sumbathi
  • Stephanie Jeffery
  • Suaran Shah
  • Syairul Islam Basmullah
  • Syuhaida Ariffin
  • S. Logeswari Mohan
  • Tahiruddin Hj Sain
  • Vanessa Mering
  • Vickneshwaran Parthiban
  • Wong Kang Xin

Bekas Penyampai

[sunting | sunting sumber]
  • Adrian Seet (kini bersama TV3)
  • Datin Azilah Akashah
  • Azizah Ariffin (kini bersama TV AlHijrah)
  • Cynthia Arthur
  • Desine Chuah Sim Yi
  • Dr. Jessica Ong
  • Hazlinda Hamzah
  • Hanim Muhili
  • Haslina Hassan
  • Fathil Hidayat Ghazali
  • Farit Ismeth Emir
  • Lissa Yang Li Sha
  • Mansor Abu Bakar
  • Mazlan Sabli
  • Melissa Ong (kini bersama Bernama TV)
  • Mohd Taufek Mohd Noh
  • Norafidah Akhbar Khan
  • Norashikin Abdul Rahman (Kini Bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor)
  • Ras Adiba Radzi
  • Rohaya Abdul Rahim
  • Suriani Abdul Rahman
  • Shuhaimi Mohamed
  • Omar Ariff
  • Oscar Too Wen Jye (kini bersama 8TV)
  • Zaini Yuhyi
  • Zehra Zambri

Jurubahasa Isyarat

[sunting | sunting sumber]
  • Calysta Tay
  • Fadhli Tan
  • Hafidah Awaludin
  • Khairunnisa Kho
  • Samuel Chew
  • Syar Meeze Mohd Rashid
  • Tan Bee Lee
  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ RTM perkenal tiga program baharu sempena Pengerusi ASEAN
  8. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  10. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]