Perarakan kemenangan Moscow 2010
Perarakan kemenangan Moscow 2010 diadakan di Dataran Merah, Moscow, Rusia pada 9 Mei 2010 turut disertai oleh askar dari United Kingdom, Perancis, Poland dan Amerika Syarikat. Ia adalah ulang tahun ke-65 kemenangan tentera komunis Kesatuan Soviet Rusia mempertahankan diri dari serangan tentera Jerman Nazi. Ia lebih dikenali sebagai 'Perang Patriotik Besar' (1941-1945). Kesatuan Soviet dibubarkan / runtuh pada 1991 dan beberapa negara keluar.
Perarakan pasukan pancaragam tentera ini merupakan detik simbolik kemenangan Rusia dalam Perang Dunia Kedua pada 1945. Ironinya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkawad di Dataran Merah padahal mereka berperang bermati-matian ketika itu.
Pameran senjata
[sunting | sunting sumber]Tentera Rusia mempamerkan peluru-peluru berpandu nuklear yang suatu masa dahulu dihalakan ke benua Eropah. Turut terlibat 100,000 tentera Rusia berbaris menunjukkan kehebatan di hadapan barisan Rusia dan antarabangsa. Presiden Rusia Dmitry Medvedev mempamerkan peluru berpandu nuklear Topol-M yang menandakan kebangkitan semula Rusia.
127 pesawat tentera melintasi ruang udara. 159 buah kelengkapan tentera melalui pentas tokoh kenamaan di hadapan makam Lenin. Pesawat pejuang Ilyushin Il-76, Ilyushin Il-78, Antonov An-124, Sukhoi Su-27, Ilyushin Il-80, Beriev-A 50, Tupolev Tu-22M 3, Sukhoi Su-25, Mikoyan MiG-29, Mikoyan MiG-31, Tupolev Tu-95, Tupolev Tu-160, Yakovlev Yak-130 dan Mil Mi-26 melakukan lintas langsung di udara.
Tentera asing
[sunting | sunting sumber]Batalion 2 dari Rejimen Infantri 18 Amerika Syarikat turut mempamerkan aksi hebat. Begitu juga Pancaragam Pasukan Tentera Laut Eropah. Tentera United Kingdom diwakili oleh 76 tentera dari Batalion 2, Batalion 1, Pengawal Wales, Sentral Pancaragam Tentara Udara Diraja dan Pancaragam Rejimen Tentara Udara Diraja. Begitu juga Batalion Pengawal Kehormatan Angkatan Bersenjata Poland. Tentera Perancis diwakili oleh pesawat dari Rejimen udara Normandie-Niemen, Tentera Udara Perancis dan Pancaragam Wakil Tentera Ile-de-France. Tentera dari Azerbaijan, Armenia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Tajikistan dan Ukraine turut mengambil bahagian. Pasukan tentera berkuda Turkmenistan diterbangkan dari Ashgabat.
Tetamu kenamaan
[sunting | sunting sumber]Antara pemimpin dunia yang hadir ialah Presiden China Hu Jintao, Canselor Jerman Angela Merkel .
Poster dan slogan slogan 'Kemenangan - Peristiwa Kebanggaan Kita' digantung di jalan-jalan utama dan bas. Mural besar turut dilukis dan ditampal pada dinding blok pangsapuri.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]- Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy tidak hadir bagi menumpukan usaha menangani krisis kewangan Eropah.
- Parti Komunis Persekutuan Rusia mengadakan May Day rally di Moscow membantah kehadiran tentera NATO.
- Poster diktator Joseph Stalin gagal ditampal kerana dilarang atas arahan Kremlin. Poster tersebut hanya dipamerkan di muzium sahaja.[1]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pandangan kesemua pasukan ambil giliran semasa perarakan
-
Tentera dari Angkatan Tentera Rusia
-
Kontinjen dari Tentera Amerika Syarikat
-
Kontinjen dari Tentera Poland
-
Kontinjen dari Tentera Armenia
-
Kontinjen dari Tentera Azerbaijan
-
Kontinjen dari Tentera British
-
Kontinjen dari Tentera Turkmenistan
-
Bendera Rusia dari pesawat Su-25
-
Bunga api di Kremlin Moscow pada malam 9 Mei