Pergi ke kandungan

Ekinoderma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekinoderma
Julat zaman: Kambria–Kini
Diversiti ekinoderma
Pengelasan saintifik
Domain:
Alam:
Subalam:
Superfilum:
Filum:
Echinodermata

Klein, 1734
Subfilum dan Kelas

† = pupus

Ekinoderma (filum Echinodermata; dari bahasa Greek untuk kulit berduri) adalah sebuah filum haiwan laut yang mencakupi Tapak Sulaiman, Gamat dan beberapa keluarganya. Kelompok haiwan ini boleh ditemukan di hampir semua kawasan laut dalam. Filum ini muncul pada tempoh awal Kambria dan terdiri dari 7,000 spesies yang masih hidup dan 13,000 spesies yang sudah pupus. Lima atau enam kelas (enam bila Concentricycloidea dikira bersama) yang masih hidup sekarang; ialah:

  • Asteroidea / Tapak Sulaiman: sekitar 1,500 spesies yang menangkap mangsa untuk makanan mereka sendiri
  • Concentricycloidea, dikenali kerana sistem pembuluh airnya yang unik dan terdiri dari hanya dua spesies yang baru-baru ini digabungkan ke dalam Asteroidea.
  • Crinoidea (lili laut): sekitar 600 spesies merupakan pemangsa yang menunggu mangsa.
  • Echinoidea (landak laut dan dolar pasir): dikenali kerana duri mereka yang mampu digerakkan; sekitar 1,000 spesies terdapat kini.
  • Holothuroidea (teripang atau mentimun laut juga dari keluarga Gamat): haiwan panjang menyerupai siput; sekitar 1,000 spesies.
  • Ophiuroidea (bintang ular dan bintang getas), secara fizikalnya merupakan ekinodermata terbesar; sekitar 1,500 spesies.

Bentuk haiwan yang sudah pupus dapat diketahui dari fosil termasuk Blastoidea, Edrioasteriodea, Cystoidea, dan beberapa haiwan Kambrium awal seperti Helicoplacus, Carpoidea, Homalozoa, dan Eocrinoidea seperti Gogia.

Echinodermata adalah filum haiwan terbesar yang tidak memiliki anggota yang hidup di air tawar atau darat. Haiwan-haiwan ini juga mudah dikenali dari bentuk tubuhnya: kebanyakan memiliki simetri radial, khususnya simetri radial pentameral (terbahagi lima). Walaupun terlihat primitif, Echinodermata adalah filum yang berkerabat relatif yang sangat hampir dengan Chordata (yang di dalamnya mencakupi Vertebrata), dan simetri radialnya berevolusi secara sekunder. Larva Tapak Sulaiman misalnya, masih menunjukkan keserupaan yang cukup besar dengan larva Hemichordata.

Banyak di antara anggotanya yang berperanan besar dalam ekosistem laut, terutama ekosistem litoral pantai berbatu, terumbu karang, perairan dangkal, dan palung laut. Spesies bintang laut Pisaster ochraceus misalnya, menjadi pemangsa utama di ekosistem pantai berbatu di pesisir barat benua Amerika Utara, spesifiknya mengendalikan populasi tiram biru (Mytilus edulis) sehingga spesies yang lain dapat menghuni pantai tersebut dan bivalvia tersebut tidak mendominansi secara berlebihan. Contoh lain adalah Acanthaster planci yang memakan polip karang di perairan Indo-Pasifik. Kendati sering dianggap desktruktif, ada beberapa teori yang mengatakan bahwa A. planci sebenarnya adalah pemangsa yang penting untuk ekosistem terumbu karang, sehingga terjadi rekruitmen karang baru yang menggantikan koloni-koloni tua, juga mengurangi tekanan kompetisi antara satu spesies karang dengan yang lain.

Echinodermata mempunyai kemampuan untuk melakukan regenerasi bagian tubuhnya yang hilang, contohnya timun laut. Apabila timun laut merasa dirinya terancam, maka timun laut akan menyemprotkan organ tubuhnya agar mendapatkan kesempatan untuk melarikan diri. Kelak, organ tubuh yang hilang akan tumbuh kembali.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Echinodermata, seperti Chordata, adalah deuterostoma.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Francis J.R. dan Elizabeth J.R. Binatang Laut dan Echinodermata Lain. Ilmu Pengetahuan Populer, ISBN 979-8087-53-4