Didie Alias
Didie Alias | |
---|---|
Kelahiran | Fadzilah binti Mohd@Ali 11 Januari 1972 |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 |
Kerjaya muzik | |
Syarikat rakaman | Suria Records |
Fadzilah binti Mohd Ali (lahir 11 Januari 1972) atau lebih dikenali sebagai Didie Alias merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Didie Alias dilahirkan di Durian Tunggal, Melaka dan mempunyai 7 orang adik beradik. Dia bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas bersama aktres Vanidah Imran dan sangat aktif sebagai olahragawati jarak jauh. Beliau juga merupakan makcik kepada Uzairi Taib, seorang pempengaruh. Selepas SPM, Didie mengambil 'short course' di Kolej Kasturi dan bekerja 'part-time' di McDonalds.
Sejarah nama Didie Alias bermula dengan nama Didie yang diberikan oleh kakak angkatnya di sekolah dan Alias oleh pelakon Rosyam Nor dalam filem pertamanya "Boss".
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja pada tahun 1990 memenangi tempat kedua. Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.
Sejak itu Didie mula meniti populariti sebagai seorang aktres yang cenderung berlakon filem-filem aksi. Namun ketika popularitinya mula meningkat, Didie mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aktor yang sangat popular ketika itu, Ridzuan Hashim pada tahun 1992. Akhirnya Didie terpaksa mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk memberi perhatian kepada keluarga.
Didie banyak muncul dalam drama TV yang tidak menuntut banyak komitmen berbanding filem. Lakonannya sering mendapat pujian malahan terbukti apabila dua kali dicalonkan di Anugerah Skrin.
Penceraian dan persaraan sementara
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2002, Didie dan Ridzuan memutuskan untuk bercerai dan Didie ketika itu merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sejak itu Didie mula menjauhkan diri dari bidang seni ekoran sering ditanya mengenai punca penceraian pasangan artis yang popular itu.
Didie pernah melalui zaman sukar sehinggakan pernah tinggal di ceruk dapur rumah kawannya selepas bercerai[1]. Didie terpaksa menumpang di rumah kawannya yang sekadar menyewa bilik di apartment itu demi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Berkat pertolongan rakannya itu, Didie berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Dengan gaji itulah Didie mula menyara anak-anaknya serta menabung untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Berusaha membesarkan anak-anak seramai lima orang iaitu Nur Dhaniyah (lahir 1993), Mohd. Dhanial (1994), Nurdinie (1996), Nur Dayini Ahza (1998), dan Nur Diana (1999), Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi (Norisham Ismail, kini suami) mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie’s Entertainment & Management pada 2003.
Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri.
Kembali ke dunia hiburan
[sunting | sunting sumber]Sejak muncul dalam drama Labuna Labuni yang menjalani penggambaran akhir 2004 bersama pelawak Alliza 'Enot' Abdullah, nama Didie mula menjadi sebutan di kalangan rakan-rakan artis terutama ketika dia dicalonkan sebagai Aktres Komedi Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2006 sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama seperti Jasmin Hamid, Nik Sayyidah Fatihah dan Sheila Rusly. Dan sejak itulah tawaran untuknya berlakon, datang tidak henti-henti.
Ketika itu Didie bukan setakat sibuk berlakon tetapi juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras penggambaran (coordinator) untuk drama Takdir Yang Terindah, drama 30 episod terbitan Suhan Movies serta berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk syarikat penerbitan rakan baiknya Sheila Rusly.
Banyak bekerja di belakang tabir untuk drama-drama terbitan Rosyam Nor dan Sheila Rusly, akhirnya Didie mula memberanikan diri untuk berlakon dengan lebih aktif lagi. Kini nama Didie mula kembali meniti bibir peminat malahan sudah mula mencipta nama sebagai aktres komedi yang popular.
Persahabatan dengan Erra Fazira
[sunting | sunting sumber]Ketika membintangi telefilem Pontianak Kampung Batu pada tahun 2010, Didie membuka rahsia mengenai persahabatannya dengan primadona filem Melayu Erra Fazira yang telah terjalin sejak aktres itu mula-mula berkecimpung dalam dunia perfileman. Didie yang teruja kerana berganding bersama Erra dalam drama tersebut menceritakan suatu ketika dahulu, beliau dan Erra sering berkongsi cerita dan masalah malah hubungan mereka yang sebaya itu akrab sekali. Namun, sejak aktres itu meraih populariti sebagai pelakon paling popular di Malaysia manakala Didie meneruskan kehidupan sebagai isteri dan kemudian bergelar ibu tunggal; masing-masing membawa haluan sendiri.
Didie bagaimanapun menafikan wujud perselisihan faham antara mereka sebaliknya mengatakan persahabatan itu renggang tanpa mereka sedari kerana suatu ketika kedua-duanya meniti jalan yang berbeza dalam karier. Hubungan Didie dan Erra kini kembali rapat semenjak Didie kembali aktif di pentas lakonan. Kini Didie kembali bersahabat dengan Erra Fazira selepas membintangi drama Kelas Kau Maria arahan Michael Ang.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Didie kembali bergelar isteri apabila disunting bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009. Kesahihan berita itu yang pada awalnya diragui bagaimanapun terjawab apabila wartawan hiburan berjaya mendapatkan pengakuan Didie pada penghujung Jun 2009, lengkap dengan gambar percutian romantiknya di Jakarta seminggu selepas bernikah.
Majlis pernikahan ringkas Didie dan Norisham yang berlangsung di Pejabat Agama Keramat itu hanya dihadiri keluarga, anak-anak dan teman rapat. Kesuntukan masa serta jadual yang sangat padat menyebabkan pasangan ini terpaksa mengambil keputusan melaksanakan yang wajib saja, malah media tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.
Didie sebenarnya banyak bekerjasama dengan Norisham menguruskan kerja produksi drama pendek Mangsa dan Pemburu untuk program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam Nor. Pasangan yang turut berkongsi modal untuk memajukan syarikat pengurusan acara yang diusahakan sejak 2003 ini berkata, perkenalan mereka diatur teman rapat. Keserasian mula dirasai selepas beberapa bulan mengenali hati masing-masing. Meskipun tidak mampu meminggirkan perasaan bimbang dan fobia andai terluka lagi, Didie akhirnya akur dengan keikhlasan suaminya yang muda 3 tahun daripadanya.
Didie dan Norisham menyertai program realiti Sehati Berdansa Musim ke-3 pada tahun 2009 dan meraih tempat ketiga. Program TV tersebut menyaksikan pasangan selebriti menari untuk mendapatkan dana untuk badan kebajikan.
Populariti duo 1 vs 0
[sunting | sunting sumber]Gandingan Didie yang kurus bersama Enot yang gempal mencipta fenomena tersendiri. Kedua-dua pelawak ini sering muncul bersama dalam banyak drama komedi selepas kejayaan Labuna Labuni. Kedua-dua mereka menjadi sahabat baik selepas seringkali berlakon bersama. Terbaru, Didie dan Enot digandingkan pula sebagai hos dalam game show terbaru Astro Warna (saluran 132) iaitu Kalau Berani 1 VS 0 yang memulakan siarannya 16 Julai 2009, Khamis, 9.30 malam.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1991 | Boss | Clara | Filem pertama |
Kanta Serigala | Dania | ||
1995 | Pesona Cinta | ||
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | Imah | |
2011 | Aku Bukan Tomboy | Puan Sri Elina | |
2013 | Oh Mak Kau! | Embun | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Madam | |
2021 | Mat Bond Malaya | Ejen 6 | Penampilan khas |
Kampung Latah Kena Kuarantin | Mak Juanita | ||
2022 | Tilam Perca | Salbiah | |
2024 | Housekeeping | ||
TBA | Dendam Dari Pusara | Dalam perancangan |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Sempadan Kasih | ||
1995 | Masih Ada Harapan | ||
1996 | MoU | ||
2006 | Labuna Labuni | Astro Ria | |
2009 | Aku Anak Artis | ||
Diva-diva Pencen | |||
Geng Raya Zizan | Mak Som | ||
Namaku Bukan Setsuko | Ibu Tijah | TV1 | |
2010 | Dalil Cinta | ||
Zamara Tamara | |||
Pak Nil Ibu Kirim Salam | Ibu Ramlan | Astro Prima | |
Kum Kum | Astro Ria | ||
2011 | Pontianak Kampung Batu | ||
Hantu Susu | |||
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang | |||
Balasan Mak Tiri | Mak Iti | Astro Prima | |
2013 | Bibik Aku Nak Kahwin | Astro Ria | |
Hantu Telur | |||
2016 | Pergilah Air Mata Ramadan | Puan Sri | TV9 |
2019 | Mak Cik Acapella | Jijah | TV3 |
2020 | Tanah Kubur | Hasnah | Astro Citra |
2022 | Misteri Lain Macam | Mawar | TV3 |
2023 | Gadis KOL | Tok Sameah | Astro Citra |
Sumpahan Peti Ais | Kiah | Astro Ria |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Api dan Cahaya | TV1 | Drama pertama | |
2006 | Natasha | TV3 | ||
2007 | Pak Pandir Moden | TV9 | ||
Manjalara | Kelly/Kalsom | TV3 | ||
2008 | Cinta Gila | Astro Prima | ||
Ta'in | TV3 | |||
2009 | Si Luncai Moden | Kuntum | TV9 | |
2010 | Kum Kum: The Series | Astro Ria | ||
2011 | Dalam Hati Ada Taman | Ibu Randy | ||
Kelas Kau Maria! | ||||
2012 | Friday I'm In Love | Aunty Berlian | TV9 | |
Tanah Kubur (Musim 5) | Sharifah | Astro Oasis | Episod: "Pena Fitnah" | |
2013 | Benci Vs Cinta | Mak Kiah | Astro Ria | |
Rumah Kedai | Mak Oyah | TV3 | ||
2014 | Tanah Kubur (Musim 10) | Kamalia | Astro Oasis | Episod: "Rabiatul Adawiyah" |
2017 | Mr. Hijab | Datin Lela | TV3 | |
2018 | Mencari Qiblat | Mama | ||
2019 | Plan Cinta | Rahmah | ||
Iktibar | Mami Maria | Episod: "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi" | ||
2020 | Maaf Tak Indah | Safiah | ||
2021 | The Maid | Warden Penjara | Astro Ria | |
Takdir Yang Tertulis | Che Salmah | TV3 | ||
Cukup Derita Itu | Mak Yek | |||
Seram Tak Seram | TV9 | |||
Scammer | Lina | Astro Ria | ||
Malaysian Ghost Stories | Kak Som | Episod: “Bidan Nek Nah” | ||
Bomoh | Episod: “Buka Hijab” | |||
2022 | Menantu Mek Barber | Mek | TV3 | |
Imamku Okey | Mak Yam | TV Okey | ||
Sembang Jarak Jauh | Tipah | TV1 | ||
Nenda | Tok Ma | TV3 | ||
PolkaDot | Julia | SukeTV | ||
Fantasia Inn | Madam Trivola | TV Okey | ||
Cina Buta | Puan Sri | Astro Ria | ||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: "Selain Bidadari" | |
Episod: "Syurga Bukan Syurga" | ||||
Presiden Kampung Morten | Kiambang | Tonton | ||
Budak Hostel Otaknya Sewel | Pengetua | Astro Ria | Penampilan khas | |
2024 | Boleh Saya Bantu | TV3 | Penampilan khas (episod 11) | |
Gadis Dan Angan Angan | Puan Faridah | |||
Perempuan Ilmu Hitam | Mbah Nira | Tonton | ||
2025 | Seribu Tahun | Astro Ria | ||
TBA | Maaf Tak Indah 2 | Safiah | TV3 | |
Mak Cik Popular | Mak Som @ Kalsom |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Sehati Berdansa | Peserta | Astro Ria | |
2009–2011 | 1 vs O | Pengacara | Astro Warna | |
2011 | Anugerah Planet Muzik 2011 | Pengacara | Astro Ria | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 | Pengacara | TV3 | ||
Maharaja Lawak Mega 2011 | Peserta | Astro Warna | bersama Enot & Yassin Yahya | |
2012 | Kembang Sa-Taman (Musim 1) | Mak Neng | bersama Salih Yaacob sebagai Abang Jem | |
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Peserta | bersama Along Cham (Raja Lawak 2) & Soya | |
2021 | Famili Duo | Juri | TV3 | |
Ohsem!!! | Artis Jemputan | Awesome TV | ||
Lahar Net | Pengacara | |||
Havoc Nak Raya | Artis Jemputan | TV3 | ||
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Juri | Astro Warna | |
2023 | Aunty Reporting For Duty! | Dirinya sendiri | ||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Pengacara | TV3 | bersama Haniff Hamzah & Riena Diana |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Album | Label |
---|---|---|---|
2021 | "Tap Tap Love" | Single | SRC |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- (Finalis) Aktres Pembantu Terbaik - Anugerah Skrin 1995 menerusi drama Masih Ada Harapan
- (Finalis) Aktres Pembantu Terbaik - Anugerah Skrin 1997 menerusi drama MoU
- (Finalis) Aktres Komedi Terbaik - Anugerah Seri Angkasa 2006 menerusi drama Labuna Labuni'
- Tempat Ketiga - Sehati Berdansa Musim ke-3
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
- Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
- Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
- Artis Lawak Wanita Paling Popular - Anugerah Lawak Warna 2013
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
- Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014
- (Finalis) Artis Lawak Wanita Paling Popular - Anugerah Lawak Warna 2014
- (Finalis) Artis Lawak Wanita Paling Popular - Anugerah Lawak Warna 2015
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Sabah:
- Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.) - 2024
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-19. Dicapai pada 2010-09-17.