Syema
Doa yang paling pokok dalam kalangan umat Yahudi dibacakan pada sembahyang waktu pagi dan malam yang meringkaskan kepercayaan kepada Yang Maha Esa dalam agama ini:
שְׁמַע יִשְׂרָאֵל יְהוָה אֱלֹהֵינוּ יְהוָה אֶחָֽד
"Dengarlah, wahai bani Israel! YHWH ialah Tuhan kita, YHWH itu esa"— Kitab Ulangan 6:4.[1]
Doa ini mesti dibaca dua kali sehari sebagai perintah (mitzvah), malah dituntut sebagai kata-kata terakhir mereka, dan ibu bapa mengajar anak-anak mereka mengucapnya sebelum tidur pada waktu malam.[2][3]
Ungkapan ini (Ibrani: שְׁמַע יִשְׂרָאֵל Šəmaʿ Yīsrāʾēl, "Dengarlah, wahai bani Israel") boleh digunakan bagi keseluruhan setiap doa-doa harian yang bermula dengan Syema Yisrael dan terdiri daripada Ulangan 6:4–9, 11:13–21, dan Bilangan 15:37–41. Bahagian-bahagian daripada Taurat ini dibaca pada minggu-minggu yang berbeza dalam tahun—minggu Va'etkhanan, Eikev, dan Sylakh dalam kalendar pembacaan Taurat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bacaan Syema dalam sembahyang terdiri daripada tiga bahagian: Ulangan 6:4–9, 11:13–21, dan Bilangan 15:37–41. Ketiga-tiga bahagian ini disebutkan dalam Masnah (Berakhot 2:2). Tiga bahagian ini bercakap tentang kepercayaan penting dalam agama Yahudi. Dalam Misynah (Berakhot 2:5) bacaan syema adalah seperti mengesahkan hubungan peribadi dengan kepimpinan Tuhan. Membaca ayat ini dikatakan, secara harfiah dalam teks agama, "menerima kerajaan syurga." ["Syurga" ialah metafora untuk Tuhan. Teks-teks terbaik Misynah, Kaufmann dan Parma, tidak menambahkan "kuk" seperti dalam cetakan-cetakan Misynah yang lebih baharu: "menerima {kuk} kerajaan Syurga." Kenyataan asal nampaknya mengatakan "menerima kerajaan Syurga".]
Selain itu, Talmud mengatakan bahawa ketiga-tiga bahagian ini merujuk secara halus kepada Sepuluh Rukun. Oleh sebab Rukun-Rukun ini telah dikeluarkan daripada doa harian pada zaman Masnawi (70–200 TM), Syema dianggap sebagai cara untuk mengingati kembali kesepuluh Rukun ini.
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Syema Yisrael
[sunting | sunting sumber]Kata-kata pertama yang penting ialah:
שְׁמַע יִשְׂרָאֵל יְהוָה אֱלֹהֵינוּ יְהוָה אֶחָד׃
Šəmaʿ Yīsrāʾēl YHWH ʾĕlōhēnū YHWH ʾeḥād:
Aliran Rabiniyah agama Yahudi mengajar bahawa Tetragramaton (י-ה-ו-ה), YHVH, ialah nama sebenar Tuhan yang tidak boleh disebut sedangkan wajib terganti dengan אדני, Adonai ("TUHAN").[4] Atas sebab itu, Syema dibacakan dengan kuat sebagai Sy'ma Yisrael Adonai Eloheinu Adonai Eḥad ("Dengarlah, wahai Israel: TUHAN ialah Allah kita, TUHAN itu Esa.")
Makna harfiah kata demi kata adalah lebih kurang seperti berikut:[perlu rujukan]
- Sy'ma: harfiahnya bermaksud dengar, akur, atau dengar dan lakukan (menurut terjemahan Targum, terima)
- Yisrael: orang atau bani Israel
- Adonai: sering diterjemahkan sebagai "TUHAN", ia dibaca menggantikan YHWH yang ditulis dalam teks Ibrani; Orang Samaria menyebut Syema, iaitu bahasa Aram untuk "Nama [Ilahi]" dan persis dengan bahasa Ibrani ha-Syem, yang digantikan oleh orang Yahudi Rabbinik dengan Adonai kalau bukan dalam sembahyang, seperti ucapan seharian.
- Eloheinu: kata milik jamak orang pertama untuk אֱלֹהִים, bermaksud "Tuhan kita".
- Ekhad: nombor yang satu dan tidak terbahagi, Esa אֶחָד
Barukh Syem
[sunting | sunting sumber]בָּרוּךְ שֵׁם כְּבוֹד מַלְכוּתוֹ לְעוֹלָם וָעֶד
Bārūḵ šēm kəvōd malḵūtō ləʿōlām vāʾed
"Terpujilah nama kerajaan-Nya yang mulia untuk selama-lamanya"
Baris kedua ini ditambah oleh para rabai dan dibacakan dalam hati semasa sembahyang berjemaah (kecuali pada Yom Kippur, yang mana ia dibaca dengan kuat). Dalam mazhab Yahudi Reformasi, ia dibacakan dengan kuat tetapi dengan suara yang lebih senyap daripada bahagian-bahagian doa yang lain. Asalnya, ia adalah jawapan balas oleh jemaah di Bait Suci apabila nama Tuhan disebut, dibaca Barukh syem k'vod l'olam, "Terpujilah nama-Nya yang mulia untuk selama-lamanya" (Mazmur 72:19). Namun, lama-kelamaan perkataan malkhuto ("Kerajaan-Nya") dan va'ed ("selama-lamanya") ditambahkan. Malkhuto ditambahkan oleh para rabai semasa pemerintahan Rom untuk menunjukkan hanya Tuhan yang layak disanjung, bukan maharaja-maharaja Rom. Va'ed ditambahkan pada zaman Kuil Kedua untuk menunjukkan bahawa ada kehidupan selepas kematian, bertentangan dengan kepercayaan golongan sesat.[5]
V'ahavta
[sunting | sunting sumber]Ayat-ayat selepas itu lazimnya dipanggil V'ahavta kerana perkataan pertama ayat itu sejurus selepas Syema, atau dalam bahasa Ibrani Klasik V'ahav'ta yang bermaksud "dan kamu akan mengasihi...". Ayat ini mengandungi perintah untuk mengasihi Tuhan dengan segenap hati, jiwa dan kekuatan (Ulangan 6:5). Talmud menekankan bahawa anda akan mengasihi Tuhan, pada satu ketika, sama ada dengan rela atau tidak. Itulah sebab kata lampau "akan" digunakan.[6]
Kemudian ayat 7 mengingatkan masyarakat Yahudi mengingati semua rukun dan "ajarkanlah dengan saksama kepada anak-anakmu dan perkatakan tentangnya apabila kamu duduk dan apabila kamu berjalan, apabila kamu berbaring dan apabila kamu bangun",[6] membaca firman-firman Tuhan apabila berehat atau bangun; untuk mengikat kata-kata itu "di lengan dan kepalamu" (tradisi lisan Yahudi klasik menafsirkannya sebagai tefillin), dan "menuliskannya pada tiang pintu rumah kamu dan pintu-pintu gerbang kamu" (yakni mezuzah).
V'haya im syamoa
[sunting | sunting sumber]Ayat selepas Syema dan V'ahavta berkaitan dengan hal ganjaran dan hukuman. Ia mengandungi janji ganjaran jika melayani Tuhan dengan segenap hati, jiwa, dan kekuatan (Ul 11:13) dan memenuhi semua hukum. Ia juga mengandungi hukuman jika ia dilanggar.[7] Ia juga mengulangi kandungan bahagian pertama tetapi kali ini diucapkan kepada orang kedua jamak. Bahagian pertama ditujukan secara berindividu, bahagian kedua kepada seluruh masyarakat.
Vayomer
[sunting | sunting sumber]Bahagian ketiga berkaitan dengan isu penebusan. Khususnya, ia membicarakan hukum tzitzit (Bilangan 15:37-41) sebagai peringatan bahawa semua syariat Tuhan mesti dipatuhi, untuk menghindari dosa, dan untuk mengingati waktu bani Israel dibebaskan dari Mesir.[8] Bagi para nabi dan rabai, pengeluaran dari Mesir merupakan simbolisme Tuhan menyelamatkan mereka daripada pemerintahan asing. Ia boleh ditemui dalam bahagian Sylakh-Lekha dalam Kitab Bilangan.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Ringkasnya, kandungannya bercakap tentang betapa pentingnya percaya kepada satu Tuhan. Oleh itu, dalam bahagian pertama, terdapat perintah untuk mengasihi Tuhan dengan segenap hati, jiwa, dan kekuatan, ajar anak-anak tentang kepercayaan ini setiap hari. Bahagian kedua pula mengatakan jika perintah-perintah ini dipatuhi akan mendatangkan ganjaran, dan jika diingkari akan membawa hukuman. Untuk memastikan perintah-perintah utama ini dipenuhi, Tuhan juga memerintahkan dalam bahagian ketiga satu peringatan praktikal, memakai tzitzit, "supaya kamu ingat dan melakukan semua perintah-Ku, dan menjadi kudus bagi Tuhanmu."
Baris kedua yang dipetik, "Terpujilah Nama kerajaan-Nya yang mulia untuk selama-lamanya", asalnya merupakan jawapan jemaah untuk pengisytiharan Keesaan Tuhan; Oleh itu, ia sering dicetak dalam fon kecil dan dibacakan dengan nada rendah, sebagai pengakuan bahawa ia bukanlah sebahagian daripada Alkitab. Bahagian ketiga Syema berakhir dengan Bilangan 15:41 tetapi orang Yahudi tradisional mengakhiri bacaan Syema dengan membaca perkataan pertama selawat selepas itu, Emet, atau "Kebenaran" tanpa berhenti.
Wanita Yahudi dan Syema
[sunting | sunting sumber]Dalam mazhab Yahudi Ortodoks, wanita tidak diwajibkan membaca Syema setiap hari (sebagai perintah Taurat), sama seperti fardu-fardu berwaktu lain yang mungkin akan mengganggu kewajipan rumah tangga tradisional, tetapi wanita diwajibkan untuk sembahyang sekurang-kurangnya sekali sehari walaupun walaupun ia bukan doa khusus seperti Syema. Ramai wanita memilih untuk menunaikan kewajipan ini dengan doa seperti Syema.[9]
Mazhab Yahudi Konservatif umumnya percaya wanita Yahudi wajib membaca Syema pada masa yang sama dengan lelaki.
Mazhab Rekonstruksionis dan Pembaharuan percaya perbezaan jantina dalam hal-hal sembahyang tidak perlu dibezakan antara lelaki dan perempuan pada zaman moden, termasuklah fardu-fardu untuk lelaki, tetapi bukan wanita, untuk melakukan sembahyang tertentu pada waktu-waktu tertentu. Malah, kedua-dua jantina boleh melakukan semua rukun sembahyang.
Kes lain penggunaan
[sunting | sunting sumber]Kepustakaan agama lain
[sunting | sunting sumber]Syema disebut dengan cara-cara yang berbeza dalam penulisan Yahudi, Bait Kedua, dan Perjanjian Baru lewat.[10][11][12] Dalam teks-teks ini, kadangkala elemen-elemen baru ditambahkan dalam Syema (cth 2 Raja-raja 19:19; Zak. 14:9), dalam teks lain, ia disingkatkan kepada “Tuhan itu Satu” (Philo, Spec. 1.30), “satu Tuhan ” (Josephus, C. Ap. 2.193), atau “Tuhan sahaja” (2 Makabe 7:37).[13] Berikut merupakan beberapa kes yang terpilih.[14]
Dalam kitab-kitab Yahudi lewat:
- 2 Raja–raja 19:19Template:Bibleverse with invalid book: "Sekarang ya TUHAN, Allah kami, selamatkanlah kami daripada tangannya, supaya semua kerajaan di bumi tahu bahawa hanya Engkaulah Allah, ya TUHAN.."[15]
- Zakharia 14:9Template:Bibleverse with invalid book: "Maka TUHAN akan menjadi raja atas seluruh bumi. Pada hari itu TUHAN ialah satu-satunya dan nama-Nya satu-satunya."[16]
- Maleakhi 2:10: "Bukankah kita semua sebapa? Bukankah Allah yang esa yang menciptakan kita? Mengapakah kita saling mengkhianati dengan menista perjanjian nenek moyang kita?"[17]
Dalam kepustakaan Bait Kedua:
- Surat Aristeas 132: "Tetapi pertama-tama dia mengajar bahawa Tuhan itu satu, dan kuasa-Nya dinyatakan dalam segala sesuatu, dan bahawa setiap tempat dipenuhi dengan kedaulatan-Nya, dan bahawa tidak ada yang dilakukan oleh manusia di bumi secara sembunyi-sembunyi luput dari perhatiannya, tetapi bahawa semua yang dilakukan oleh setiap orang dan semua yang akan terjadi adalah nyata baginya."[18]
- 2 Makabe 7:37-38: “Aku, sama seperti saudara-saudaraku, menyerahkan tubuh dan nyawa untuk hukum-hukum nenek moyang kita, memohon kepada Allah agar segera menunjukkan belas kasihan kepada bangsa kita dan dengan kesengsaraan dan tulah untuk membuat kamu mengaku bahawa Dialah satu-satunya Tuhan, dan melalui aku dan saudara-saudara aku untuk mengakhiri kemurkaan Yang Maha Kuasa yang telah turun secara adil ke atas seluruh bangsa kita."[19]
- Philo, Mengenai Hukum-hakam Khas 1.30: "Pelajaran ini dia terus-menerus mengulangi, kadang-kadang mengatakan bahawa Tuhan adalah satu dan Pembuat dan Pencipta segala sesuatu, kadang-kadang bahawa Dia ialah Tuhan makhluk ciptaan, kerana kestabilan dan ketetapan dan ketuhanan secara semula jadi terletak pada-Nya sendiri."
- Josephus, Sejarah Purba Yahudi 4.199: "Dan janganlah ada mazbah atau kuil di mana-mana kota lain, kerana Tuhan ialah satu, dan bangsa orang Ibrani hanyalah satu."[20]
- Josephus, Menentang Apion 2.193: "Harus ada hanya satu bait suci untuk satu Tuhan; kerana keserupaan ialah asas perjanjian yang berterusan. Kuil ini sepatutnya menjadi untuk semua orang, kerana Dia ialah Tuhan yang sama bagi semua manusia."[21]
Dalam Perjanjian Baru:
- Markus 12:28-29 (AVB): Seorang ahli Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia menyedari bahawa Yesus telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, “Perintah manakah yang terutama?” Yesus menjawab, “Yang terutama antara semua perintah ialah: ‘Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.'"
- Roma 3:29-30 (AVB): "Atau adakah Allah itu Tuhan orang Yahudi sahaja? Pasti tidak. Dia Tuhan bangsa-bangsa lain juga. Allah itu esa. Dia memperbenar orang yang bersunat melalui iman mereka. Demikian juga Dia memperbenar orang yang tidak bersunat melalui iman mereka."
- Yakobus 2:19 (AVB): "Kamu percaya kepada Allah yang esa. Bagus! Roh-roh iblis juga percaya demikian dan gementar ketakutan."
Pandangan agama samawi lain
[sunting | sunting sumber]Dalam Kristian
[sunting | sunting sumber]Kitab Ulangan tempat ayat ini terangkum dalam himpunan Perjanjian Lama yang sendirinya terpetik dalam Perjanjian Baru. Injil Markus 12:29–31 menyebutkan bahawa tokoh Yesus menganggap seruan pembuka di atas sebagai perintah pertama antara dua perintah terbesarnya dan dikaitkan dengan perintah kedua (berdasarkan Imamat 19:18b): "Yang terutama antara semua perintah ialah: ‘Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.’ Perintah yang kedua ialah: ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri." Dalam Lukas 10:25–27 Syema juga dikaitkan dengan Imamat 19:18. Ayat-ayat Ulangan 6:5 dan Imamat 19:18b kedua-duanya bermula dengan ve'ahavta, "Kasihilah". Dalam Injil Lukas, nampaknya hubungan antara kedua-dua ayat ini sudah menjadi sebahagian daripada perbincangan atau amalan budaya.
Dalam Islam
[sunting | sunting sumber]Perkataan yang digunakan dalam doa Syema adalah serupa dengan ayat 1 surah 112 (al-Ikhlas atau al-Tauhid) dalam al-Quran: Arab: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ , qul huwa llāhu ʾaḥad ("Katakanlah, Dialah Allah Yang Esa"). Perkataan أَحَدٌ , aḥad, dalam bahasa Arab ialah kata serumpun daripada perkataanאֶחָד eḥad, dalam bahasa Ibrani.[22]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Al-Ikhlas dan syahadah yang berperanan sama menyematkan keesaan Tuhan disembah dalam Islam
- Tauhid
- Agama Yahudi
- Doa dan selawat Yahudi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Moberly, R. W. L. (1990). ""Yahweh is One": The Translation of the Shema". Dalam Emerton, J. A. (penyunting). Studies in the Pentateuch. Vetus Testamentum. 41. Leiden: Brill Publishers. m/s. 209–215. doi:10.1163/9789004275645_012. ISBN 978-90-04-27564-5.
- ^ "Bedtime Shema". MyJewishLearning.com.
- ^ "Why Say Shema at Bedtime? - Didn't we just say it in Maariv". Chabad.org.
- ^ Meszler, Joseph B. (2006). Witnesses to the One : the spiritual history of the Sh'ma. Woodstock, Vt.: Jewish Lights Pub. m/s. xi–xvii. ISBN 1-58023-309-0. OCLC 68694138.
- ^ "OzTorah » Blog Archive » Baruch Shem: The 2nd line of the Shema – Ask the Rabbi". www.oztorah.com.
- ^ a b The Complete Hebrew Bible (Tanach) based on JPS 1917 Hebrew-English translation Deuteronomy 6, accessed 29 November 2015
- ^ Rosenberg, Arnold (2000-06-30). Jewish Liturgy as a Spiritual System: A Prayer-by-Prayer Explanation of the Nature and Meaning of Jewish Worship (dalam bahasa Inggeris). Jason Aronson, Incorporated. m/s. 65–69. ISBN 978-1-4616-2914-6.
- ^ Levy, Yamin (1992). "Fiat and Forming: Genesis 1 & 2 Revisited". Tradition: A Journal of Orthodox Jewish Thought. 27 (1): 20–33. ISSN 0041-0608. JSTOR 23260973.
- ^ Mishnah Berurah, O.C. 106:1 §7
- ^ Bruno, Christopher (2014). 'God Is One': The Function of 'Eis Ho Theos' as a Ground for Gentile Inclusion in Paul's Letters. London: Bloomsbury Publishing. m/s. 24–113, 199–206.
- ^ Richard Bauckham. “The Shema and 1 Corinthians 8:6 Again.” Dalam One God, One People, One Future: Essays in Honor of N.T. Wright, disunting oleh John Anthony Dunne dan Eric Lewellen, 86-111. Minneapolis, MN: Fortress Press, 2018.
- ^ Mark D. Nanos. “Paul and the Jewish Tradition: The Ideology of the Shema.” Dalam Celebrating Paul: Festchrift in Honor of Jerome Murphy-O’Connor, O.P., and Joseph A. Fitzmyer, S.J., disunting oleh Peter Spitaler, 62–80. Washington, DC: The Catholic Biblical Association of America, 2011.
- ^ Bauckham, "The Shema and 1 Corinthians 8:6 again," 90.
- ^ For a comprehensive list, see Bauckham, "The Shema and 1 Corinthians 8:6 Again," 103-108.
- ^ "Melachim II - II Kings - Chapter 19". www.chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ "Zechariah - Chapter 14". www.chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ "Malachi - Chapter 2". www.chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ Outside the Bible : ancient Jewish writings related to Scripture. Feldman, Louis H., Kugel, James L., Schiffman, Lawrence H. Philadelphia. January 2013. m/s. 2738. ISBN 978-0-8276-0933-4. OCLC 839395969.CS1 maint: others (link)
- ^ "Bible Gateway passage: 2 Maccabees 7:37-39 - Revised Standard Version". Bible Gateway (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ "PACE - The Judean Antiquities". pace.webhosting.rug.nl. Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ "PACE - Against Apion". pace.webhosting.rug.nl. Dicapai pada 2020-05-01.
- ^ Wilson-Wright, Aren (2014). "The Word for 'One' in Proto-Semitic". Journal of Semitic Studies. 59 (1): 1–13. doi:10.1093/jss/fgt032.
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari September 2021
- Monoteisme
- Teologi Yahudi
- Teks doa dan sembahyang Yahudi
- Perkataan dan frasa Ibrani dalam sembahyang dan selawat Yahudi
- Tuhan dalam Agama Yahudi
- Kitab Ulangan
- Kepercayaan dan doktrin agama Yahudi
- Perkataan dan frasa Alkitab Ibrani
- Siddurim agama Yahudi Ortodoks