Tengku Ampuan Bariah
Tengku Bariah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tengku Ampuan Besar Terengganu | |||||
Pemerintahan | 21 September 1979 – 14 Mei 1998 | ||||
Kemahkotaan | 21 Mac 1981 | ||||
Didahului oleh | Tengku Ampuan Intan Zaharah | ||||
Diikuti oleh | Sultanah Nur Zahirah (sebagai Sultanah) | ||||
Keputeraan | Tengku Bariah binti Tengku Alam Shah 31 Ogos 1933 Klang, Selangor, Tanah Melayu | ||||
Kemangkatan | 21 Mac 2011 Klang, Selangor, Malaysia | (umur 77)||||
Pemakaman | 21 Mac 2011 Makam Diraja, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu | ||||
Pasangan | Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Hisamuddin Alam Shah | ||||
Bonda | Cik Puan Hajah Kalsum binti Haji Mahmud | ||||
Agama | Islam |
Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (31 Ogos 1933 – 21 Mac 2011) merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu dari 1979 hingga 1998 sebagai permaisuri kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda merupakan adinda perempuan kepada Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan bonda tiri Sultan Terengganu terkini, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Tengku Bariah diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang, Selangor, kepada Tengku Alam Shah (kemudian Sultan Hisamuddin) dan permaisuri kedua baginda, Cik Puan Kalsum binti Mahmud.[1][2] Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Klang, Maktab Perempuan Melayu (kini dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah), Kuala Lumpur, dan kemudian Cuckfield Park College, Sussex, England.[2]
Pada 22 Mac 1951, baginda berkahwin dengan Tengku Mahmud ibni Sultan Ismail Nasiruddin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, di Kuala Lumpur. Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu pada 7 April 1954.[1]
Pada tahun 1979, Tengku Mahmud bergelar Sultan Terengganu. Baginda bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.[1] Suami baginda memerintah hingga tahun 1998, dan diganti oleh paduka putera tirinya Tengku Mizan Zainal Abidin.
Setelah kemangkatan suaminya, baginda bergelar Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Terengganu, manakala bonda mertuanya, Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Hitam Omar pula bergelar Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu (gelaran yang lebih kanan).[3] Baginda mengekalkan kedudukan baginda sebagai ahli terkanan kerabat diraja Selangor. Baginda berangkat ke adat istiadat pertabalan paduka putera saudaranya, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 9 Mac 2003.[4]
Tengku Ampuan Bariah mangkat pada 21 Mac 2011 di Hospital Seri Kota, Klang, ketika pemerintahan paduka putera tiri baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda dimakamkan di makam diraja berdekatan Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu, bersebelahan dengan makam almarhum suaminya.[1][5] Pemakaman Almarhumah dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ahli kerabat diraja Selangor, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d A. Azam Idris (22 Mac 2011). "King's mother laid to rest". New Straits Times. Local p. 11.
- ^ a b "Selangor 8". Royal Ark. Dicapai pada 8 Jun 2011.
- ^ Finestone, Jeffrey and Shaharil Talib (1994) Op Cit
- ^ "Selangor Sultan crowned". New Straits Times. 9 Mac 2003.
- ^ "Tengku Ampuan Bariah selamat disemadi". Berita Harian. 22 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-26. Dicapai pada 8 Jun 2011.
- ^ "Tengku Ampuan Bariah laid to rest next to her husband's tomb". New Straits Times. 21 Mac 2011. Dicapai pada 8 Jun 2011.
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja Tengku Ampuan Besar |
Raja permaisuri Sultan Terengganu Tengku Ampuan Besar 1979–1998 |
Diikuti oleh: Tuanku Nur Zahirah Sultanah |