Stesen kereta api
Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.[1] Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo.[2] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.
Sejarah
Depoh pertama yang direkodkan di dunia ialah The Mount on the Oystermouth Railway (kemudian ia dikenali sebagai Swansea and Mumbles) di Swansea, Wales.[3] Perkhidmatan penumpang dimulakan pada tahun 1807, walaupun kereta api itu ditarik menggunakan larian kuda dan bukannya menggunakan enjin lokomotif.[4] Stesen dua tingkat Mount Clare di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, yang kekal sehingga kini menjadi sebagai muzium, merupakan stesen pertama yang menwarkan perkhidmatan penumpang sebagai perhentian Kereta Api Baltimore dan Ohio yang ditarik kuda pada 22 Mei 1830.[5]
Kemudahan
Stesen kereta api biasanya mempunyai kakitangan pejabat jualan tiket, mesin tiket automatik, atau kedua-duanya, walaupun pada beberapa laluan kereta api tiket dijual di atas kereta api. Kedai serbaneka juga boleh dijumpai di stesen kereta api. Stesen yang lebih besar biasanya mempunyai kemudahan makanan segera atau restoran. Di sesetengah negara, stesen juga mungkin mempunyai bar atau pub. Kemudahan stesen lain mungkin termasuk: tandas, bagasi, kauter hilang dan jumpa, papan berlepas dan ketibaan, kereta bagasi, bilik menunggu, perhentian teksi, ruang bas dan juga tempat letak kereta. Stesen yang lebih besar cenderung mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih luas termasuk juga pejabat keselamatan stesen. Stesen asas mungkin hanya mempunyai platform, walaupun ia mungkin masih dibezakan daripada perhentian (bahasa Inggeris: halt ), tempat perhentian yang mungkin tidak mempunyai platform.
Pencapaian
- Stesen Shinjuku ialah stesen tersibuk di dunia, terletak di Tokyo, Jepun dengan 3.5 milion penumpang per hari.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Bishopsgate Goods Station (Goodsyard)". Subterranea Britannica. 2005-06-29. Dicapai pada 2008-03-13.
- ^ "NS Station Furniture". Benelux Railways Society. Dicapai pada 2008-03-13.
- ^ Hughes, Stephen (1990), The Archaeology of an Early Railway System: The Brecon Forest Tramroads, Royal Commission on Ancient and Historical Monuments in Wales, m/s. 333, ISBN 978-1871184051, dicapai pada 9 February 2014
- ^ "Mumbles Railway". bbc.co.uk. 25 March 2007. Dicapai pada 1 May 2015.
- ^ "B & O Transportation Museum & Mount Clare Station". National Historic Landmarks in Maryland. Maryland Historical Trust. Dicapai pada 9 February 2014.
- ^ "Machines & Engineering: Building the Biggest". Discovery Channel. 2008. Dicapai pada 13 March 2008.
Bacaan lanjut
- Coleford, I. C. (October 2010). Smith, Martin (penyunting). "By GWR to Blaenau Ffestiniog (Part One)". Railway Bylines. Radstock: Irwell Press Limited. 15 (11).
- Reade, Lewis (1983). Branch Line Memories Vol 1. Redruth, Cornwall: Atlantic Transport & Historical Publishers. ISBN 978-0-90-689906-9.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Stesen keretapi. |
- A comprehensive technical article about stations from Railway Technical Web Pages