Pergi ke kandungan

Span

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Sebuah span buatan daripada poliuretana
Bakul ketulan span bunga karang dijual di Tarpon Springs, Florida

Span adalah sejenis alat atau perkakas untuk membersih. Ia berpermukaan lembut yang mampu mulur mencapai kawasan yang sukar dicapai serta mampu menyerap air atau cecair lain dengan baik. Span diperbuat daripada bahan khusus, lazimnya daripada serat kayu selulosa atau polimer plastik berbusa.

Bahan ini mula digunakan dalam tamadun Yunani Purba di mana masyarakat tamadun tersebut menggunakan ketulan bunga karang yang turut diberi nama σπόγγος spóngos.[1] Penggunaan ini banyak dicatat oleh para ilmuwan sezaman itu seperti Aristoteles dan Plato[2][3] merangkumi pembersihan diri termasuk persiapan sebelum bersukan atau penyucian diri daripada najis.[4] Penggunaan ini turut dilanjutkan kepada tamadun Rom Purba yang menggunakan ia sebagai alat untuk mencuci luka.[2]

Imej

Rujukan

  1. ^ "Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon".
  2. ^ a b "The History of the Sea Sponge". The Sea Sponge Company™ Inc. Dicapai pada 14 April 2018.
  3. ^ "Natural Sea Sponges and sponge diving history". www.kalymnos-shop.gr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-14.
  4. ^ "Como era feita a higiene bucal antes da pasta de dente?". Mundo Estranho (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 2018-04-14.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.