Pergi ke kandungan

Keith Ellison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Keith Maurice Ellison
Keith Ellison


Incumbent
Memasuki pejabat 
4 Januari 2007
Preceded by Martin Olav Sabo

Lahir (1963-08-04) 4 Ogos 1963 (umur 61)
Detroit, Michigan
Kewarganegaraan Amerika Syarikat
Party politik Democratic-Farmer-Labor Party
Pasangan Kim Ellison
Agama Islam Sunni

Keith Maurice Ellison (lahir di Detroit, Michigan, 4 Ogos 1963; umur 61 tahun) adalah seorang peguam dan juga ahli politik Amerika Syarikat. Ellison adalah Muslim pertama dan satu-satunya[1][2] Senator Muslim yang terpilih menjadi anggota kongres Amerika Syarikat, di mana beliau menang dalam sidang kongres Minnesota yang ke-5 (yang mencakupi seluruh Minneapolis) pada tahun 2006. Beliau juga adalah seorang yang berbangsa Afrika-Amerika pertama yang terpilih dari Minnesota.[3] Ellison juga aktif dalam sebuah kumpulan penyokong nasional bagi Muslim di Amerika Syarikat.[4][5][6][7]

Kehidupan

Keluarga Ellison telah menetap di AS sejak tahun 1742.[8] Keith Maurice Ellison adalah anak ketiga dari lima bersaudara, dilahirkan sebagai penganut agama Katolik Rom[9] di Detroit, Michigan, dari pasangan Leonard dan Clida Ellison, seorang pakar psikiatri dan pekerja sosial.[2][10] Ellison dan tiga saudaranya menjadi peguam, sedangkan yang seorang lagi menjadi doktor. Salah seorang saudara lelakinya juga menjadi seorang pastor di Detroit.[10] Beliau mempunyai kelulusan dari University of Detroit Jesuit High School and Academy pada 1981 di mana beliau tadinya aktif dalam sukan dan senat siswa.[10][11] Pada usia 19 tahun, sewaktu menjalani kuliah di Wayne State University di Detroit, Ellison telah berpindah agama dari Kristian Katolik Rom menjadi seorang penganut agama Islam Sunni.[12][13][14] Setelah lulus pada tahun 1987, beliau kemudian menikahi kekasihnya ketika di SMU[9] dan pindah ke Minneapolis untuk melanjutkan sesi pengajian di University of Minnesota Law School. Sejak berada dalam sesi pengajian kuliah, Ellison menulis beberapa rencana dokongan bagi Louis Farrakhan dari Nation of Islam, yang menyebabkan kontroversi semasa kempennya di dalam pemilihan pada tahun 2006. Pada tahun 1990 beliau lulus dengan gelaran Juris Doctor dalam bidang perundangan.[15][16]

Ellison dan isterinya, Kim, seorang guru Matematik,[17] mempunyai empat orang anak yang lahir antara tahun 1989 dan 1997.[18] Mereka adalah Amirah, Jeremiah, Elijah, dan Isaiah.[17]

Setelah lulus dari Fakulti Perundangan, Ellison bekerja di perusahaan Lindquits & Vennum selama tiga tahun, dimana beliau adalah seorang pakar litigator bagi hak-hak warganegara, ketenagakerjaan dan perlindungan undang-undang.[15][18] Ellison kemudian menjadi pengarah eksekutif di sebuah LSM kemanusiaan di Minneapolis, yang memberikan perlindungan undang-undang bagi orang-orang miskin.[18]

Kerjaya politik

Keith Ellison dalam kempennya pada tahun 2006.

Pada November 2002, Ellison terpilih menjadi anggota DPR Minnesota House District 58B Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine. Ketika beliau meraih kedudukannya, partinya adalah parti minoriti terkecil dalam sejarah Minnesota.[19]

Ellison memperoleh 84% suara dan terpilih kembali untuk wilayah Minnesota dalam pemilihan 2004. Beliau terpilih untuk menjawat jawatan selama beberapa tempoh dari tarikh 1 Julai 2005 hingga 1 Februari 2007. Kedudukan Ellison di Kongres sebelumnya dipegang oleh Martin Olav Sabo, yang merupakan salah satu dari lapan anggota Kongres dari Minnesota.[20]

Dalam pemilihan November 2006, Ellison berhadapan dengan Alan Fine dari Parti Republik, Jay Pond dari Parti Hijau, dan Tammy Lee dari Parti Kemerdekaan. Ellison memenangi pemilihan dengan cabutan suara 56%.[21][22] Ellison adalah orang keempat dari Minnesota sejak tahun 1943.

Catatan dan rujukan

  1. ^ DAWN (Newspaper)
  2. ^ a b Robson, Britt (2006-08-30). "Running Man". City Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-08. Dicapai pada 2006-11-10.
  3. ^ MacFarquhar, Neil (2006-10-11). "Muslim's Election Is Celebrated Here and in Mideast". New York Times. Dicapai pada 2006-10-11.
  4. ^ North American Imams Federation conference booklet
  5. ^ North American Imamas Federation Web site
  6. ^ 6 Muslim Imams Removed From Plane
  7. ^ Ellison seeks meeting on removal of clerics
  8. ^ Congressman Criticizes Election of Muslim" 21 Disember 2006. New York Times. Dicapai melalui arkib berbayar 3 Januari 2007.
  9. ^ a b "Keith: The value system that's behind my candidacy" Diarkibkan 2007-01-03 di Wayback Machine 19 Julai 2006. Minneapolis Star-Tribune. Dicapai 3Januari 2007.
  10. ^ a b c Rochelle Olson (19 November 2006). "First Muslim on his way to Congress - he will represent Minnesota, Islam". Mcclatchy Newspapers. Dicapai pada 6 Disember 2006
  11. ^ "Parent Newsletter for the Week of December 4, 2006 — Congratulations to all Our Newly Elected Cubs". University of Detroit Jesuit High School and Academy. 4 Disember 2005.
  12. ^ Martiga Lohn (14 September 2006). "Islamic Convert Wins House Nomination". Associated Press.
  13. ^ Todd Melby (17 September 2006). "Keith Ellison may be first Muslim in U.S. Congress".
  14. ^ Michael Isikoff (4 Januari 2007). "'I'm a Sunni Muslim'". Newsweek.
  15. ^ a b "Keith Ellison (DFL) 58B". Minnesota House of Representatives. Dicapai pada 16 November 2006 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "MN-Bio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ Condon, Patrick (2006-07-06). "Muslim seeks both House seat and a place in history". Associated Press. The Bay State Banner. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-02. Dicapai pada 2006-11-04.
  17. ^ a b Ellison official campaign biography Diarkibkan 2007-01-04 di Wayback Machine Accessed January 3, 2007.
  18. ^ a b c "Making the choice" (PDF). Session Weekly — Minnesota House of Representatives. January 24, 2003. m/s. 16. Retrieved on Dec. 14, 2006
  19. ^ Michael Khoo (August 10, 2003). "A conservative sweep". Minnesota Public Radio.
  20. ^ Minnesota Public Radio
  21. ^ Aron Kahn (November . 08, 2006). "Ellison breaks ground as Muslim, black". St. Paul Pioneer Press. Check date values in: |date= (bantuan)
  22. ^ "Unofficial Results General Election". Minnesota Secretary of State. November . 7, 2006. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

Rencana