Pergi ke kandungan

Telegram Zimmermann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 97374 pada 11:30, 10 Mei 2006 oleh Yosri (bincang | sumb.)

Telegram Zimmermann merupakan telegram yang dihantar oleh Setiausaha Asing Empayar Jerman, Arthur Zimmermann, pada 16 Januari 1917, kepada duta Jerman di Mexico, Heinrich von Eckardt, pada kemuncak Perang Dunia I. Ia mengarah duta Jerman agar menghubungi kerajaan Mexican dengan cadangan untuk membentuk pakatan terhadap Amerika Syarikat. Ia dipintas dan dinyahsulit oleh British dan kandungannya mempercepatkan penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia I.

Telegram

Fail:Telegramma-zimmermann1.jpg
Telegram, dinyahpersulitan dan diterjemah.

Perutusan Zimmermann termasuk cadangan bagi pakatan Jerman dengan Mexico, sementara Jerman akan mengekalkan keadaan berkecuali dengan Amerika Syarikat. Sekiranya polisi ini gagal, nota itu mencadangkan kerajaan Mexican menyertai matlamat yang sama dengan Jerman, cuba memujuk kerajaan Jepun untuk menyertai pakatan baru itu, dan menyerang US. Jerman bagi dirinya akan menjanjikan bantuan kewangan dan pemulihan jajahan asal Texas, New Mexico dan Arizona kepada Mexico (ketiga-tiganya dirampas daripada Mexico dalam Perang Mexico-Amerika 1846-1848).

Jawapan Mexico

Kemudian, seorang jeneral ditugaskan oleh presiden Mexico, Venustiano Carranza, menilai keupayaan sebenar Mexico merampas kembali bekas jajahan mereka dan memutuskan bahawa ianya tidak mungkin berjaya. Merampas kembali tiga negeri ini hampir pasti menyebabkan masaalah di masa hadapan, dan kemungkinannya perperangan dengan Amerika Syarikat; Mexico juga tidak mampu menangani sejumlah besar penduduk Anglo dalam sempadannya; dan Jerman tidak mungkin mampu membekalkan senjata yang diperlukan dalam ketegangan yang pasti timbul. Carranza menolak cadangan Zimmermann pada 14 April, ketika mana Amerika Syarikat telah mengistiharkan perperangan terhadap Jerman.

Pintasan oleh pihak British