Pergi ke kandungan

Zaman Pembaharuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 905318 pada 04:21, 22 Ogos 2009 oleh T`burn (bincang | sumb.)

zaman renaissace dikenali sebagai zaman pembaharuan.istilah renaissance bermaksud "kelahiran semula" dan ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun yunani dan rom.Asas zaman renaissance ialah aliran pemikiran humanisme(ajaran bertujuan untuk menonjolkan keupayaan manusia untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah) yang diasaskan oleh Francesso Petrarch(bapa humanisme).


Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

  • penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik
  • penyerapan ilmu – khususnya matematik – daripada Dunia Arab
  • penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab
  • penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan)
  • letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

Gambaran keseluruhan

Lukisan Leonardo da Vinci, Vitruvian Man menunjukkan dengan jelas kesan pemikiran Zaman Pembaharuan terhadap penulis. Berdasarkan perincian dalam De architectura Vitruvius, da Vinci cuba untuk melukis sesempurna mungkin bahagian-bahagian manusia.

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni [1].

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.[1] Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.[2]

Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahaya dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccolò Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.[3]

Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.

Rujukan

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama openuni-looking
  2. ^ Open University, Looking at the Renaissance: Religious Context in the Renaissance (Dicapai 10 Mei 2007)
  3. ^ Open University, Looking at the Renaissance: Urban economy and government (Dicapai 15 Mei 2007)

Buku rujukan

Pautan luar

Sumber interaktif

Galeri dan sumber ilmu

Templat:Link FA