Pergi ke kandungan

Vasektomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6250231 pada 05:19, 11 Julai 2024 oleh Hakimi97 (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Vasektomi
Gambar rajah anatomi prosedur vasektomi
Latar belakang
JenisPemandulan
Penggunaan pertama1899[1]
SinonimVasoligasi; pemandulan lelaki
Gagal (tahun pertama)
Penggunaan sempurna0.10%[2]
Penggunaan tipikal0.15%[2]
Penggunaan
Kesan tempohKekal[3]
KeterbalikanKadangkala[3]
Peringatan penggunaAnalisis air mani selama tiga bulan selepas pembedahan untuk mengesahkan keberkesanannya[3]
Kelebihan dan kekurangan
Perlindungan STITiada[4]
KebaikanHanya memerlukan anestetik setempat.[3] Kos yang lebih rendah dan lebih selamat berbanding pengikatan tiub.[5][4]
RisikoHematoma, jangkitan, kesakitan berpanjangan[3]

Vasektomi merupakan sejenis prosedur pembedahan untuk pemandulan di kalangan lelaki.[3] Sekurang-kurangnya selama 3 bulan dan sebanyak 20 kali pengumpulan air mani berhadas dengan analisis air mani yang dikumpulkan untuk mengesahkan keberkesanannya. Kadar kegagalan pada ketika ini adalah kira-kira 1 dalam 2,000. Kaedah pemandulan ini secara amnya merupakan kaedah kawalan kelahiran yang kekal; walaupun kaedah pengembalian fungsi pembiakan lelaki termasuk penterbalikan vasektomi dan pengambilan sperma untuk persenyawaan in vitro dilakukan sekiranya kehamilan dirancangkan.

Walaupun secara amnya bersifat selamat, terdapat kesan sampingan yang berlaku dalam kalangan 1 hingga 2% lelaki yang sudah buat vasektomi yang mungkin termasuklah hematoma atau jangkitan.[3] Gangguan kesakitan pascavasektomi juga boleh berlaku dengan kadar setinggi 6%. Prosedur ini tidak mengubah fungsi seksual.[4] Pembedahan ini biasanya melibatkan pemotongan setiap vas deferens yang bersambung dengan testis dan menutup hujungnya untuk menghalang sperma daripada memasuki zakar dan dengan itu menghalang persenyawaan.

Prosedur ini seringkali dijalankan di pejabat doktor dengan suhu bilik yang sedang-sedang.[3][4] Krim kebas boleh digunakan sebelum suntikan agen pengebasan. Rambut di kawasan kemaluan akan dibuang dan kawasan kemaluan akan dibersihkan. Vas deferens dibawa berhampiran kulit pada satu titik pertengahan antara testis dan zakar. Untuk mencapai vas deferens, kulit di atasnya boleh dipotong dengan pisau daun padi atau dibuka dengan forsep pembedahan. Sebahagian daripada saluran vas deferens dibuang dengan hujung yang selebihnya dipotong atau diikat tertutup dan dilecuhkan. Parasetamol (asetaminofen) dan NSAID boleh diambil untuk tahan sakit. Aktiviti seperti mengangkat berat dan hubungan seks tidak disyorkan selama seminggu selepas prosedur tersebut.

Prosedur ini pertama kali dilakukan pada tahun 1899 oleh Reginald Harrison.[1][6] Sehingga ke tahun 2020, prosedur ini digunakan oleh 17 juta wanita baligh (1.8%) sebagai kaedah kawalan kelahiran.[7] Prosedur ini menampakkan trend penurunan daripada 6% pada tahun 1995. Di Amerika Syarikat, prosedur ini biasanya berharga kurang daripada 1,000 USD pada tahun 2021,[3] dan lebih murah berbanding pengikatan tiub.[5]

  1. ^ a b Newton, David E. (2 December 2019). Birth Control: A Reference Handbook (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing USA. m/s. PT148. ISBN 979-8-216-05405-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  2. ^ a b Trussell, James (2011). "Contraceptive efficacy". Dalam Hatcher, Robert A.; Trussell, James; Nelson, Anita L.; Cates, Willard Jr.; Kowal, Deborah; Policar, Michael S. (penyunting). Contraceptive technology (ed. 20th revised). New York: Ardent Media. m/s. 779–863. ISBN 978-1-59708-004-0. ISSN 0091-9721. OCLC 781956734. Table 26–1 = Table 3–2 Percentage of women experiencing an unintended pregnancy during the first year of typical use and the first year of perfect use of contraception, and the percentage continuing use at the end of the first year. United States.
  3. ^ a b c d e f g h i Zeitler, M; Rayala, B (December 2021). "Outpatient Vasectomy: Safe, Reliable, and Cost-effective". Primary care. 48 (4): 613–625. doi:10.1016/j.pop.2021.08.001. PMID 34752273 Check |pmid= value (bantuan).
  4. ^ a b c d Fainberg, J; Kashanian, JA (19 June 2018). "Vasectomy". JAMA. 319 (23): 2450. doi:10.1001/jama.2018.6514. PMID 29922830.
  5. ^ a b Stormont, G; Deibert, CM (January 2024). "Vasectomy". StatPearls. PMID 31751094.
  6. ^ Ciment, James (4 March 2015). Social Issues in America: An Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 4. ISBN 978-1-317-45971-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  7. ^ World Family Planning 2022 (PDF). United Nations. 2022. ISBN 9789211483765. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 December 2023. Dicapai pada 22 March 2024.