Pergi ke kandungan

Wikipedia:Soalan-soalan lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6147888 pada 08:08, 19 Mac 2024 oleh Wiki Farazi (bincang | sumb.) (Membatalkan semakan 6049092 oleh 2404:160:812A:8929:1:0:8564:F21D (perbincangan))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Wikipedia

Apakah Wiki?

[sunting sumber]
Wiki ialah sebuah kumpulan laman sesawang (web) yang dapat diubah oleh semua orang setiap saat. Konsep dan perisian Wiki dicipta oleh Ward Cunningham. Anda dapat mengubah semua halaman yang ada di tapak sesawang (web) ini, bahkan halaman yang sedang anda baca sekarang (dengan cara mengklik "sunting" di bahagian atas halaman ini). Jika anda seorang pelawat dan ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana cara kerja Wiki dan fungsinya, anda dipersilakan sebagai latihan menggunakan kotak pasir.

Apakah Wikipedia?

[sunting sumber]
Wikipedia ialah suatu projek untuk membangunkan sebuah ensiklopedia atas talian yang komprehensif dan lengkap.

Mengapa disebut Wikipedia?

[sunting sumber]
Wikipedia merupakan singkatan 'Wiki' dan 'ensiklopedia'.

Apakah tujuan Wikipedia?

[sunting sumber]
Tujuan Wikipedia adalah untuk mencipta sebuah ensiklopedia percuma yang terbesar di Dunia dalam Perlembagaan Malaysia dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Untuk makluman, Wikipedia bahasa Melayu sendiri telah mencecah umur 12 tahun kini dan kami terus berkembang pesat!

Siapa yang memiliki Wikipedia?

[sunting sumber]
Wikipedia diuruskan oleh sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Yayasan Wikimedia,Wikipedia yang turut sama menguruskan projek lain yang serupa, seperti Wiktionary dan Wikibooks, dan memiliki semua nama domainnya. Pada awalnya, laman ini diletakkan di pelayan, Inc, sebuah syarikat yang majoritinya dimiliki oleh. Kemudian dengan penubuhan Yayasan Wikimedia pada 20 Jun 1999, pemilikan semua nama domain dan peralatan teknikal telah diberikan kepada yayasan ini. Seterusnya tapak web ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli Wikipedia menurut panduan yang telah diberikan oleh Jimmy Wales dan kemudian dipelbagaibahasakan.


Semua rencana yang diletakkan di laman ini telah dibebaskan oleh penulisnya di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL), jadi tiada bayaran boleh dikenakan ke atas mana-mana rencana, ia boleh diterbitkan semula di bawah lesen yang sama. Lihat hak cipta dan FAQ pembaca untuk maklumat bagaimana anda boleh menggunakan kandungan Wikipedia.

Siapa yang bertanggungjawab atas isi Wikipedia?

[sunting sumber]
Ahli Wikipedia, atau anggota-anggota Wikipedia. Wikipedia merupakan suatu projek kerjasama. Ribuan orang telah memberikan bantuan terhadap pelbagai aspek dalam projek ini, dan sesiapa pun dapat memberikan sumbangan, termasuklah anda. Apa yang anda perlukan cumalah pengetahuan bagaimana menyunting sesuatu halaman dan sedikit pengetahuan ensiklopedia yang ingin anda kongsi.
Anda boleh mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas versi terkini sesuatu laman dengan mengklik butang "sejarah". Dan jika terjumpa apa-apa kesilapan pada laman itu, beranikanlah diri dan betulkan kesilapan tersebut. Perbuatan ini ialah salah satu mekanisma asas pemeriksaan ketepatan kandungan ensiklopedia ini.
Jika anda tidak pasti atau mendapati sesuatu ayat mengelirukan, timbulkan isu tersebut di laman perbincangannya. Orang lain akan datang membantu anda membetulkan fakta, susunan ayat atau penggunaan perkataan tersebut dengan segera. Berkolabrasilah dan sentiasa bersama-sama membincangkan kesahihan fakta dengan mengemukakan sumber rujukan yang utuh.

Bagaimana menghubungi projek ini?

[sunting sumber]
Disebabkan oleh projek ini merupakan satu projek kerjasama, tidak terdapat satu saluran tunggal. Namun, cuba lihat Hubungi kami untuk hal-hal Wikipedia bahasa Melayu dan Meta untuk Wikipedia secara umum. Jika anda ingin menghubungi pengguna tertentu, tinggalkanlah mesej anda di laman perbualannya. Atau jika anda mempunyai beberapa soalan-soalan mengenai rencana tertentu, boleh juga bertanya di laman perbincangan rencana tersebut.

Perlukah saya membuka akaun?

[sunting sumber]
Ahli Wikipedia yang mempunyai akaun mempunyai beberapa kelebihan:
  • Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
  • Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah sumbangan rencana yang baik.
  • Berkebolehan menyunting beberapa halaman yang hanya dibuka untuk penyunting berdaftar sahaja.
  • Lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
  • Penganugerahan "barnstar" kepada pengguna berdaftar yang terus komited dalam meningkatkan mutu kualiti Wikipedia.
  • Sebagai pengguna berdaftar, anda layak mengemukakan permohonan atau calon kepada banyak aktiviti anjuran Yayasan Wikimedia misalnya permohonan "Steward Wikimedia", permohonan biasiswa penuh ke Persidangan Wikipedia (sebuah persidangan berkaitan projek-projek Yayasan Wikimedia termasuk Wikipedia bertaraf dunia) dan banyak lagi.
  • Lebih banyak kelebihan lain pada masa akan datang sebagai pengguna berdaftar.
Lihat juga kenapa buka akaun?

Bagaimana anda tahu maklumat itu betul?

[sunting sumber]
Kerana sesiapa pun boleh menyunting sesuatu rencana, tidaklah mustahil untuk sesuatu rencana mengandungi maklumat yang berat sebelah, lapuk atau kurang tepat. Namun oleh kerana ada ramai orang yang membaca rencana-rencana tersebut dan memantau perubahan terkini, rencana berkenaan selalunya akan dibetulkan segera. Maka secara keseluruhannya ketepatan ensiklopedia ini sentiasa meningkat dengan bertambahnya penyumbang. Anda digalakkan membantu membetulkan sebarang kesilapan dan juga boleh menambahkan pengetahuan anda.
Lihat juga jawapan kepada bantahan biasa untuk maklumat lanjut.

Betapa besarkah Wikipedia

[sunting sumber]
Wikipedia bahasa Melayu kini mempunyai 394,385 rencana. Versi terbesar, versi bahasa Inggeris pula mempunyai lebih empat juta rencana.

Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia?

[sunting sumber]
Wikipedia bahasa Melayu, dikira sebagai tajuk versi bahasa yang terbaik untuk digunakan oleh Wikipedia ini, Wikipedia bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Piawai iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia,Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu piawai ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia bahasa Indonesia pula merupakan versi lain dalam projek Wikipedia. Penggunaan bahasa Indonesia sebenarnya adalah untuk menentukan entiti bahasa sejagat, ini berlaku berikutan pelbagai bahasa pertuturan dalam wilayah-wilayah kecil di sekitar kepulauan Indonesia itu adalah amat berbeza dari segi penggunaan tatabahasanya, kosa katanya, maksudnya, dan lain-lain. Oleh demikian adalah baik untuk merapatkan jurang-jurang kelainan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan tersebut memandangkan etnik-etnik peribumi di Indonesia berasal daripada satu rumpun. Walau bagaimanapun, penciptaan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan Indonesia itu juga turut dibenarkan di Wikipedia seperti berlakunya penciptaan Wikipedia bahasa Sunda, Wikipedia bahasa Jawa, Wikipedia bahasa Banyumasan dan lain-lain.
Berikutan itu, Wikipedia bahasa Malaysia mungkin tidak praktikal untuk dinamai kerana, pertama, hak penggunaan bahasa Melayu tidak terhad untuk bangsa Malaysia sahaja, ia boleh digunakan di Brunei mahupun di Singapura sekali pun. Hal ini juga bagi mengelakkan sesuatu negara itu cuba menyalahgunakan nikmat bahasa, untuk kepentingan sendiri atau menggunakan keistimewaan bahasa secara berat sebelah. Kedua, rata-rata bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia adalah sama dari segi tatabahasa, kosa kata, makna dan lain-lain dengan bahasa pertuturan masyarakat di negeri-negeri yang Melayu yang lain, walaupun dialek agak berbeza namun penulisannya hampir serupa. Oleh itu, tidak praktikal juga untuk mewujudkan "Wikipedia bahasa Melayu Kelantan" atau "Wikipedia bahasa Melayu Jambi" misalnya atas sebab geografi. Namun begitu atas sebab demografi, boleh juga diwujudkan misalnya "Wikipedia bahasa Dusun" (ujian di Wikimedia Incubator sedang dijalankan, anda dijemput membantu mengembangkannya). Bahasa Kadazan-Dusun memang diakui mempunyai dialek dan gaya penulisan, tatabahasa, ayat dan makna yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu piawai.
Maka, pengguna juga perlu perlu tahu, bahawa adalah elok bagi pihak Wikipedia mengekalkan kesinambungan pelbagai dielek dalam rumpun Melayu kepada satu jenis bahasa perpaduan yang dikenali sebagai bahasa Melayu. Dengan ini, ia dapat merancakkan proses mengayakan istilah bahasa Melayu itu tanpa dicemari dengan unsur luar bukan daripada rumpun bahasa Melayu itu sendiri.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan