Pergi ke kandungan

Cangkir Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 613765 pada 18:50, 4 Ogos 2008 oleh WikiDreamer Bot (bincang | sumb.) (bot Menambah: ar:الكأس المقدسة)
Galahad, Bors and Percival menemui Holy Grail

Menurut mitologi Kristian, Holy Grail (secara literal; Mangkuk Suci[1]) merupakan sejenis pinggan, cawan, atau mangkuk yang digunakan oleh Jesus dalam majlis The Last Supper, dikatakan memiliki kuasa-kuasa ajaib. Hubungan di antara Joseph of Arimathea dan lagenda Holy Grail bermula sejak Joseph d'Arimathie Robert de Boron (akhir kurun ke-12) di mana Joseph menerima objek ajaib tersebut daripada roh Jesus dan menghantarnya bersama-sama pengikutnya ke Great Britain; bermula dengan tema ini, para penulis kemudiannya menjejak semula kaedah Joseph menggunakan Holy Grail tersebut untuk menatang darah Jesus sewaktu menanamnya dan kemudian menubuhkan sekumpulan penjaga yang memastikan keselamatannya. Pengembaraan Holy Grail tersebut merupakan sebuah segmen yang penting dalam kitaran Raja Arthur, pertama kalinya muncul dalam karya-karya oleh Chrétien de Troyes.[2] Lagenda ini mungkin mencampur-adukkan mitologi Kristian bersama-sama mitologi Celtic yang membabitkan sebuah kawah dengan kuasa-kuasa ajaib.

Penyebaran lagenda Holy Grail ini telah dikaji-selidik oleh para sejarawan budaya: Ia merupakan sebuah lagenda yang mula-mula disatukan dalam bentuk penulisan romantis, mungkin sekali menerapkan beberapa bayangan budaya rakyat sebelum Kristian dan disatukan sebagai sebuah fabrik yang lebih umum.

Sesetengah daripada lagenda Holy Grail menjalinkan lagenda bersama-sama Holy Chalice.

Rujukan

  1. ^ "Penterjemahan Inggeris-Melayu Dalam Talian" (dalam bahasa Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). 16 Julai 2008. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Loomis, Roger Sherman (1991). The Grail: From Celtic Myth to Christian Symbol. Princeton. ISBN 0-691-02075-2 [1]

Pautan luar