Pergi ke kandungan

Megafon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5646080 pada 04:53, 16 Ogos 2022 oleh 2001:e68:5409:1908:e507:fbe:407e:2ac5 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Sebuah megafon bersaiz kecil yang digunakan dalam acara-acara sukan, bersebelahan dengan pemetik api berukuran 3 inci sebagai skala.

Megafon adalah sejenis corong akustik mudah-alih berbentuk kon yang digunakan untuk menguatkan suara seseorang atau bunyi lain dan menghalakannya ke arah yang diingini. Bunyi memasuki hujung sempit megafon yang dipegang pada aras muka. Pengguna bercakap melaluinya, di mana gelombang suara akan terpanncar keluar hujung megafon yang luas di hadapan. Sebuah megafon meningkatkan kepadatan bunyi dengan meningkatkan galangan akustik yang dirasai oleh peti suara lalu menyamakan nilainya dengan galangan pita suara untuk udara agar kuasa bunyi lebih terpancar. Alat ini juga berfungsi menghalakan gelombang suara ke arah yang "ditunjuk" corong tersebut. Bunyi suara yang terhasil dicerap seakan keherotan kerana tindak balas frekuensi megafon lebih besar pada frekuensi bunyi yang lebih tinggi.

Megafon akustik janaan suara kini telah digantikan dalam kebanyakan kegunaan oleh megafon jenis elektrik sejak tahun 1960-an. Megafon jenis ini lebih menggunakan tenaga elektrik dan corong yang dilipat bagi menguatkan suara.

Megafon elektrik

[sunting | sunting sumber]
Kiri: Seorang wanita menggunakan megafon elektrik mudah alih kecil di sebuah tunjuk perasaan di Portugal.
Kanan: Megafon elektrik menggunakan sejenis corong pembesar iaitu hon masukan semula (reentrant horn). Gelombang bunyi yang terhasil bergerak mengikut laluan siku-sika (zigzag) melalui salur-salur mengembang yang sepusat. (b, c, and d).

Megafon elektrik merupakan suatu sistem siar raya mudah alih, yakni, sejenis alat elektronik yang menguatkan suara manusia seumpama megafon akustik menggunakan kuasa elektrik. Alat ini terdiri dari mikrofon yang menukarkan gelombang suara menjadi isyarat audio elektrik, penguat janaan bateri untuk meningkatkan kekuatan isyarat audio, serta pembesar suara untuk menukarkan semula isyarat audio kepada gelombang suara. Walaupun megafon jenis ini lebih berat daripada megafon akustik megafon, ia mampu menguatkan suara kepada tahap yang lebih tinggi sehingga lebih 90 desibel. Alat ini telah menggantikan megafon akustik dalam banyak kegunaan, dan ia umumnya digunakan untuk menghebahkan kepada orang ramai dalam situasi di mana pergerakan awam tidak membolehkan adanya sistem siar raya yang tetap seperti acara sukan luar, set perfileman, perhimpunan politik, dan demonstrasi jalanan.

Rekaan mudah alih alat ini biasanya berbentuk seperti corong megafon akustik lama, dengan mikrofon pada satu hujung dan corong pembesar pada satu hujung yang lain, dan cengkaman pistol di sebelah, dengan suis picu untuk menghidupkannya. Untuk menggunakan alat ini, peranti ini dihalakan pada paras mulut, dan picu ditekan untuk menghidupkannya sambil pengguna bercakap melaluinya. Megafon yang bersaiz lebih besar tergantung dari bahu dengan tali serta mempunyai mikrofon berasingan yang terhubung agar pengguna bercakap ke dalamnya tanpa alat tersebut menyembunyikan wajah mereka. Megafon elektrik moden boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan spesifikasi kuasa, berat, harga serta adanya penggera dan tali bahu bergantung kepada citarasa pengguna sendiri.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ ""Megaphone & Bullhorns". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-01. Dicapai pada 2017-12-11.