Pergi ke kandungan

Ritma sirkadian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4939750 pada 12:25, 15 November 2020 oleh CyberTPBOT2 (bincang | sumb.) (→‎top: pengemasan, tambah kategori WPPER)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Ritma sirkadian ialah suatu ritma dalaman hidupan yang sentiasa berjalan mengikut kitaran 24 jam sehari (circadian - pinjaman bahasa Latin daripada circa, "sekitar" dan diem / dies, "hari"). Kedua-dua haiwan dan tumbuhan mempunyai kitaran sebegini yang menentukan peredaran hidup seperti tidur, makan, memburu serta fungsi badan yang lain pada waktu yang bersesuaian.

Kitaran ini begitu ditetapkan dalam badan hidupan agar masa biologi dapat dikekalkan meskipun tanpa sebarang penanda persekitaran, bahkan ritma sebegini turut dijejaskan faktor masa seperti cahaya siang serta tempoh panjangnya dalam sehari.