Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru | |
---|---|
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | Dato' Haji Amran bin A. Rahman, DMIJ |
Struktur | |
Ahli | 22 |
Kumpulan politik | Ahli Majlis: |
Tempoh penggal | Julai 2018-Disember 2019 |
Moto | |
Berkhidmat, Berbudaya, Berwawasan | |
Tempat persidangan | |
Bangunan MBJB, Jalan Dato' Onn, Johor Bahru | |
www | |
Catatan kaki | |
Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru or Johor Bahru Municipal Council until 1993 | |
sunting |
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk bandar raya Johor Bahru di Johor. Inai Merah merupakan bunga rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap kesihatan awam dan sanitasi, pembuangan dan pengurusan sisa, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan bangunan, pembangunan sosial dan ekonomi serta fungsi penyelenggaraan umum infrastruktur bandar. Ibu pejabat utama MBJB terletak di Jalan Dato 'Onn di pusat bandaraya Johor Bahru.
Sejarah
Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya 1 Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandar raya pada tarikh tersebut.
Yang DiPertua/ Datuk Bandar
# | Nama Yang DiPertua/ Datuk Bandar | Tempoh menjawat |
---|---|---|
1. | Datuk. Haji Tunku Ahmad Ibrahim Tunku Jefri Ahmad Ismail | 1977-1984 |
2. | Datin Aminah Azizah Mariam | 1984-1984 |
3. | Dato' Ashari Rafael | 1984-1993 |
4. | Dato' Hashim Yahya | 1994 – 2000 |
5. | Datuk Johari Suratman | 2000 – 2003 [1] |
5. | Datuk Wahid Dahlan | 2003 – 2007 [2] |
6. | Dato' Dato' Haji Abdul Latiff Yusof | 2007 - 2007 |
7. | Dato' Naim Nasir | 2007 – 2009 |
8. | Haji Mohd Jaffar Awang | 2009 - 2011 |
9. | Haji Burhan Amin | 2011 - 2013 |
10. | Dato' Haji Ismail Karim | 2013 - 2014 |
11. | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Dewam | 2014 - 2015 |
12. | Dato' Haji A. Rahim Bin Haji Nin | 2015 - 2017 |
13. | Dato’ Haji Amran bin A Rahman | 2017 - 2019 |
14. | Dato’ Haji Azhari bin Daud | 2019 - Kini |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Majlis Bandaraya Johor Bahru |
- ^ Carol Murugiah, JB–the tropical garden city: Reowned as shopper's haven with new malls, pg 4, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
- ^ Wahid appointed new JB Datuk Bandar ..PX: Wahid: Vast experience., 8 February 2003, New Straits Times