Pergi ke kandungan

Penyerahan kalah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4484858 pada 02:29, 2 Disember 2018 oleh Zayn al aziz (bincang | sumb.) (Rujukan)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Kerabat Bani Nasr menyerah kalah kepada Sepanyol: Boabdil memberikan kunci Granada kepada Ferdinand dan Isabella
Penyerahan kalah Lord Cornwallis
oleh John Trumbull, menggambarkan pihak British menyerah kalah kepada tentera Perancis (kiri) dan Amerika (kanan). Lukisan minyak, 1820.
Para perwakilan di atas USS Missouri untuk melaksanakan penyerahan kalah lengkap Jepun berikutan dua serangan nuklear ke atas Jepun dalam Perang Dunia II
Lt. Jen. A. A. K. Niazi menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Pakistan di Dhaka pada 16 Dis 1971, berikutan kemenangan India dalam Perang India-Pakistan 1971.

Penyerahan kalah, dalam istilah ketenteraan, adalah penyerahan kawalan terhadap wilayah, kombatan, perkubuan, kapal atau persenjataan kepada kuasa lain. Penyerahan kalah boleh dicapai dengan aman, tanpa pertempuran, atau mungkin akibat kekalahan dalam pertempuran. Sesebuah negara berdaulat boleh menyerah kalah berikutan kekalahan dalam sesuatu peperangan, biasanya dengan menandatangani perjanjian damai atau perjanjian perletakkan senjata. Penyerahan kalah medan pertempuran, samada oleh individu atau diarah oleh pegawai, lazimnya menyebabkan mereka yang menyerah menjadi tawanan perang.