Bloodshed
Bloodshed | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Blackshed |
Berasal dari | Kajang, Selangor<>Malaysia |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
Instrumen | Vokal / Band |
Tahun aktif | 1985 - 1990 2008 - sekarang |
Syarikat rakaman | EMI |
Pengkarya berkait | M. Nasir |
Laman sesawang | Bloodshed |
Ahli | Hamdan Yusof (gitar) Judy (keyboard) Joe (bass) Zack (drum) |
Bekas ahli | Rosdan Baharom (vokal) Azman Sagaf@Moolah (vokal) Mohd Farid Ali (vokal) Zaharudin Ujang (keyboard) Mohd Saufi Ghazalie@Opie (gitar) Hamdan Ahmad (drum) Rawita Mohd Shah (bass) A. Badly Muzam (vokal) |
Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an[1] yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.
Era Battle of the Bands dan album pertama
Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal.
Album kedua
Kesinambungan kejayaan Bloodshed diteruskan pada tahun 1988 menerusi album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir dengan judul "Samarkand". Album ini memuatkan lagu berhantu "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani dan berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.
Pertukaran vokalis dan album ketiga
Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu vokalis Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed.
Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggenggam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).
Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album "Villa Misteri", anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.
Reunion
Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed!
Anggota kumpulan
yang asal
- Mohd Hamdan Mohd Yusof (Gitaris) - dari mula hingga album "Illusi Sebuah Mimpi"
- Rosdan Baharom (Vokalis) - dari mula hingga album "Samarkand"
- Azizul Azman Abd Aziz/Judy (Keyboard) - dari mula hingga album "Samarkand"
- Rawita Mohd Shah (Bass) - dari mula hingga album "Villa Misteri"
- Hamdan Ahmad (Dram) - dari mula hingga album "Villa Misteri"
kemudian digantikan oleh:
- Mohd Saufi Ghazalie/Opie menggantikan Hamdan Yusof - album Samarkand hingga Villa Misteri
- Mohd Farid Ali/Farid menggantikan Rosdan - album Villa Misteri
- Zaharudin Ujang/Zaha menggantikan Judy - album Villa Misteri
- Azman Sagaf/Moolah menggantikan Rosdan - tidak sempat merakamkan album
- A. Badly Muzam/Muzam - Vokal (2006 - 2015)
Line-up terkini
- Gitar : Mohd Hamdan Mohd Yusof
- Keyboard : Judy
- Bass : Joe
- Drum : Zack Black
- Vokal: Hatta Junction
Diskografi
Album kompilasi
1986 - Battle of The Bands 1 (Warnada Records)
1986 - Battle of The Bands 2 (Warnada Records)
Album studio
1987 - Illusi Sebuah Mimpi (EMI Records)
Penerbit : M Shariff
- Ilusi Sebuah Mimpi
- Fesyen
- Nostalgia Rindu
- Waspada
- Manusia Dan Janji
- Pertumpahan Darah
- Jangan Terpedaya
- Restu
- Peristiwa
- Memori Biru
1988 - Samarkand (EMI Records)
Penerbit : M Nasir
- Samarkand
- Srikandi Cintaku
- Carilah Wajahmu
- Tangisan Salju Di Khatulistiwa
- Tanah Air Api Dan Angin
- Marilah Berjuang
- Kota Itu Ilusi
- Satria Mega
- Dibendong Kasih
- Panah Arjuna
1989 - Villa Misteri (EMI Records)
Penerbit : Bloodshed
- Fillo Bercandi
- Villa Misteri
- Mata Cinta
- Ensaiklopedia Siswa
- Harimau
- 1 & 1000
- Kota Itu
- Bermuda
- Missi
- Menggenggam Bara