Pergi ke kandungan

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3332803 pada 07:38, 2 Disember 2013 oleh Mokhzani (bincang | sumb.)
Logo MBJB
Logo MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk bandar raya Johor Bahru, Johor.

Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya 1 Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandar raya pada tarikh tersebut.

Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan seluas 220 kilometer persegi.

Inai Merah merupakan bunga rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Datuk Bandar Johor Bahru ialah Tuan Haji Ismail Bin Karim.