Pergi ke kandungan

Ahmed al-Ghamdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2862551 pada 11:08, 13 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 7 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q2730119)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Ahmed al-Ghamdi
Kelahiran
Ahmed al-Ghamdi
(dalam bahasa Arab: احمد الغامدي)

(1979-07-02)2 Julai 1979
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 22)
SaudaraHamza al-Ghamdi (adik)

Ahmed Salah Said al-Ghamdi (Arab: احمد صلاة سعيد الغامدي, Aḥmad Ṣalāt Sa‘īd al-Ghāmdī) (2 Julai 1979[1] – 11 September 2001) ialah salah satu daripada lima perampas Penerbangan 175 United Airlines dalam serangan 11 September 2001.[2]

Ghamdi lahir di Arab Saudi pada tahun 1979. Beliau meninggalkan persekolahan untuk berjuang di Chechnya dan mungkin dihantar ke kem latihan Al-Qaeda di Afghanistan di mana dia dipilih oleh Osama bin Laden untuk menyertai serangan pengganas di Amerika Syarikat bersama adiknya, Hamza.

Adik-beradik al-Ghamdi tiba di AS pada Mei 2001 dengan visa pelancong. Setibanya di situ, Ahmed membantu merancang pelaksanaan serangan. Pada 11 September 2001, Ahmed dan Hamza menaiki Penerbangan 175 lalu merampas kapal terbang itu supaya Marwan al-Shehhi boleh menghempaskannya ke dalam Menara Selatan World Trade Center.