Pergi ke kandungan

Penyanyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ercole de' Roberti: Konsert, k.k. 1490
LeAnn Rimes bernyanyi dalam konsert

Penyanyi merujuk kepada ahli muzik yang menggunakan suaranya untuk menghasilkan muzik. Kebiasaannya, nyanyian hanya merujuk kepada melodi suara sahaja, namun vokalis ialah juga istilah yang serupa tetapi merangkumi bunyi-bunyi bukan melodi, termasuk penggunaan suara sebagai sebahagian dari gubahan muzik. Oleh itu, percakapan, death grunt, dan rapping tergolong dalam istilah "vokalis".

Penyanyi utama ialah seorang yang menyanyikan vokal utama di dalam sesebuah lagu manakala penyanyi iringan atau penyanyi latar belakang menyanyikan vokal sokongan untuk lagu tersebut. Pengecualian dibuat kepada satu kumpulan 5 penyanyi untuk muzik cappella atau muzik gospel di mana penyanyi utama menyanyikan dengan suara yang tertinggi antara lima suara, tetapi tidak menyanyikan melodi yang sama dengan empat penyanyi - penyanyi lain.

Dalam muzik klasikal dan opera eropah, suara dilayan sama seperti alat muzik. Penggubah-penggubah menulis muzik untuk alat-alat muzik dengan memahami sifat-sifat vokal penyanyinya. Penyanyi-penyanyi membina kerjaya mereka dengan mengkhususkan dalam gaya-gaya muzik yang tertentu.

Klasifikasi suara

Untuk membantu penggubah dan penyanyi, sistem klasifikasi diperkembangkan dari masa kesemasa. Kuat atau laju seorang penyanyi menyampaikan nyanyian diambil kira, manakala sebilangan sistem merangkumi sifat-sifat bukan muzik seperti wajah penyanyi, betapa cekap penyanyinya berlakon (amat penting dalam opera), dan juga samada penyanyi tersebut boleh melakonkan watak komedi. Di Jerman, panggung-panggung opera menggunakan satu kaedah pengisihan yang rumit yang digelarkan sistem fach yang mempertimbangkan kesemua unsur ini.

Klassifikasi lingkungan suara penyanyi mengikut berat nada suara dan jantina merupakan kaedah yang paling biasa. Walaupun menggunakan garis panduan ini, masih terdapat banyak kategori. Berikut adalah klasifikasi mengikut lingkungan suara bagi wanita dan lelaki:

  • Suara wanita:
  • Suara lelaki:
    • Sopranis, (atau "Sopranista") untuk peranan soprano kastrato.
    • Kauntertenor, untuk peranan alto kastrato kerap menyanyi dengan teknik pemalsuan suara (dikenali sebagai falsetto dalam bahasa Itali)
    • Alto, suara pecah lelaki yang tertinggi menggunakan teknik pemalsuan suara (falsetto)
    • Tenor, suara pecah lelaki yang tertinggi tanpa falsetto
    • Baritenor, suara lelaki yang mana cork suara di antara bariton dan tenor
    • Bariton, suara tengah lelaki
    • Bariton bes, suara lelaki yang tidak terlalu rendah
    • Bes, suara lelaki yang paling rendah

Masih terdapat banyak gelaran yang lain, termasuk soubret, tenor drama, koloratura dan basso buffo. Terdapat juga kategori-kategori untuk lelaki yang berupaya bernyanyi dalam nada suara wanita. Jenis suara ini adalah jarang, tetapi masih digunakan sehingga kini di dalam opera. Dalam muzik era barok, banyak peranan telah ditulis untuk kastrato, iaitu penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka. Dengan latihan pada hari ini, masih terdapat lelaki yang boleh bernyanyi untuk peranan ini. Jenis penyanyi ini dipanggil alto laki-laki untuk peranan alto kastrato, dan sopranis (atau "sopranista") untuk peranan soprano kastrato.

Penyanyi-penyanyi juga boleh dikelaskan menurut gaya muzik yang dinyanyi mereka, seperti penyanyi soul dan vokalis karnatik.