Pergi ke kandungan

Anatomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2286622 pada 22:37, 27 Julai 2012 oleh ZéroBot (bincang | sumb.) (r2.7.1) (bot menambah: as:শৰীৰস্থান)
Carta anatomi dari Cyclopaedia, 1728

Anatomi (dari Greek ἀνατομία anatomia, dari ἀνατέμνειν anatemnein, memotong, membedah), merupakan satu cabang biologi yang membincangkan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh makhluk hidup. Ia boleh dibahagikan kepada anatomi haiwan (zootomi) dan anatomi tumbuhan (fitotomi). Anatomi boleh dipelajari mengikut kawasan atau sistem, contohnya dengan mengkaji kepala dan dada (kawasan) atau sistem saraf dan pernafasan. Antara bidang utama anatomi ialah anatomi perbandingan, histologi dan anatomi manusia.

Anatomi haiwan