Mazhab Hanafi
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni. Mazhab ini telah di asaskan oleh Imam Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini terkenal sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab Hanafi merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut.
Mujathid Mazhab Hanafi; Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani lebih dikenali sebagai Imam Muhammad, Abu Ja’far Al-Warraq Ath-Thahawi lebih dikenali sebagai Imam Tahawi, Imam Abu Mansur Al-Maturidi pengasas Mazhab Aqidah Matrudi dan lain-lain.
Kehadiran mazhab mazhab ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan mutlak seperti dalam Kristian (Prostestan dan Katolik) dan beberapa agama lain. Sebaliknya ini merupakan perbezaan sihat melalui pendapat logik dan idea dalam memahami Islam. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah.