Pergi ke kandungan

Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 1451113 pada 04:42, 12 Februari 2011 oleh Smim90 (bincang | sumb.)

Sultan Ismail Muabidin Syah merupakan anakda kepada Syed Shaikh Al-khairat & Raja Siak. Ibu baginda merupakan kerabat DiRaja Perak. Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkuasa di Ulu Perak atau lebih tepat lagi, di Belanja Perak. ==DI LANTIK SEBAGAI SULTAN PERAK== Baginda di lantik sebagai Sultan Perak berikutan ketidakhadiran Raja Muda Perak iaitu Raja Muda Abdullah(Sultan Abdullah Muhammad Shah 2) di hari pemakamam Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah & hari pemasyhuran Sultan baru bagi negeri Perak. Ini kerana akibat terlalu takut di bunuh oleh Raja Yusuf (Sultan Yusuf Muzzafar Shah) & pengikut-pengikutnya kerana akibat permusuhan lama di antara kedua-dua keluarga kerana terpaksa melalui kawasan Raja Yusuf iaitu Senggang & Sayong, Perak. Setelah 30 hari menunggu Raja Abdullah yang tidak datang, Orang-Orang Besar Perak menabal Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak.