Bahasa Sweden: Perbezaan antara semakan
k bot menambah: lmo:Svedes |
k bot menambah: als:Schwedische Sprache |
||
Baris 67: | Baris 67: | ||
[[af:Sweeds]] |
[[af:Sweeds]] |
||
[[als:Schwedische Sprache]] |
|||
[[ang:Swēonisc sprǣc]] |
[[ang:Swēonisc sprǣc]] |
||
[[ar:لغة سويدية]] |
[[ar:لغة سويدية]] |
Semakan pada 14:04, 10 Oktober 2008
Bahasa Sweden | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
svenska | |||||||
Asli kepada | Sweden dan Finland | ||||||
Kawasan | Eropah utara | ||||||
Penutur bahasa | 9.3 juta | ||||||
Indo-European
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Eropah Finland Sweden (de facto) Majlis Nordik | ||||||
Dikawal selia oleh | Majlis Bahasa Sweden (di Sweden) Svenska språkbyrån (di Finland) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | sv | ||||||
ISO 639-2 | swe | ||||||
ISO 639-3 | swe | ||||||
|
Bahasa Sweden (svenska (bantuan·maklumat)) ialah satu bahasa Jermanik Utara (bahasa Skandinavia) yang tertumpu di negara Sweden dan beberapa bahagian di Finland, terutamanya di sepanjang pesisiran pantai dan kepulauan Åland, dengan jumlah penuturnya meleibhi 9 juta orang. Bahasa ini salng difahami dengan dua bahasa Skandinavia yang lain, iaitu bahasa Denmark dan Norway. Bersama bahasa-bahasa Jermanik Utara yang lain, bahasa Sweden merupakan keturunan Bahasa Norse Kuno, iaitu bahasa Skandinavia am dalam zaman Viking.
Bahasa Sweden Baku dijadikan bahasa kebangsaan yang berevolusi daripada dialek Sweden Tengah pada abad ke-19 dan dirasmikan menjelang awal abad ke-20. Sungguhpun variasi setempat yang ketara yang diturunkan daripada dialek lama masih wujud, bahasa bertulis dan lisannya seragam dan dipiawaikan, dengan kadar celik huruf 99% di kalangan orang dewasa. Sesetnegah dialek banyak berbeza daripada bahasa piawai dari segi tatabahasa dan kosa kata dan tidak semestinya saling difahami dengan Bahasa Sweden Baku. dialek-dialek ini terhad dalam kawasan luar bandar dan ditutur teutamanya oleh sebilangan kecil orang yang kurang mobiliti sosial. Meskipun tidak diancam kepupusan, dialek-dialek sedemikian makin berkurangan penggunaannya sepanjang seabad yang lalu, meskipun kenyataan bahawa dialek-dialek ini dikaji dengan teliti dan penggunaannya sering digalakkan pihak berkuasa tempatan.
Susunan ayat bahasa Sweden lazimnya berbentuk Subjek-Kata Kerja-Objek, itupun boleh diubah untuk menekankan perkataan atau ungkapan tertentu. Morfologi bahasa Sweden serupa kepada bahasa Inggeris, iaitu perkataannya agak kurang fleksinya; terdapat dua jantina, tiada kasus tatabahasa (namun analisa lama menganjurkan dua kasus, iaitu nominatif dan genitif), dan adanya perbezaan antara bentuk jamak dan mufrad. Kata adjektif dibandingkan seperti dalam bahasa Inggeris, dan juga difleksi mengikut jantina, bilangan dan kepastian. Kepastian kata nama lazimnya ditandai dengan akhiran, dilengkapi dengan artikel pasti dan tidak pasti. Prosodinya bercirikan tekanan dan dalam kebanyakan dialek nada. Bahasa ini agak besar inventori vokalnya.
Pautan luar
Wikipedia Bahasa Sweden, ensiklopedia bebas |
- Ethnologue report for Swedish
- Swedish Language Council
- Swedish Swadesh list in wiktionary
- Swedish Language Free Resource
Sumber utama dan pembelajaran
- Swedish Language & Modern Culture
- Swedish 101 Belajar Bahasa Sweden
- Swedish Language Tutorial at ielanguages.com
- An introduction to Swedish
- Swedish course oleh Björn Engdahl
- Ida — Majalah bukan komersil untuk bahasa dan kesusasteraan Sweden untuk pelajar Bahasa Sweden peringkat permulaan dan lanjutan: Ida för svenska
- ALBIS Alat percuma untuk mengingati kosa kata bahasa Sweden
Kamus
- Segala kamus bahasa Sweden percuma
- Online dictionary ditubuhkan kerajaan Sweden
- The Swedish Schoolnet Lexin - kamus bahasa Sweden-Inggeris
- Kamus Bahasa Sweden dari Kamus Webster
Fonetik
- Laryngograph recordings and resynthesis of different dialects of Swedish - Fail bunyi yang menggambarkan perbezaan prosodi antara bahasa-bahasa Skandinavia
Kesusateraan Sweden bersejarah
- Imprin bahasa Sweden yang dipulihara secara digital sebelum tahun 1700 dari laman web Pustaka Diraja Stockholm
- Edisi faks digital Project Runeberg untuk Nordisk familjebok, ensiklopedia bahasa Sweden terpenting pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Gambar kotak info bahasa yang tidak berformat
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Tunas bahasa
- Bahasa
- Sweden