Pergi ke kandungan

Tengkolok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 10: Baris 10:


== Sejarah سجاره ==
== Sejarah سجاره ==
Adalah diterima{{By whom}} bahawa tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]]. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.<ref name=warisan>[http://malaysiana.pnm.my/02/02010207mel_hiaskepala.htm Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala], Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>
Tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]]. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.<ref name=warisan>[http://malaysiana.pnm.my/02/02010207mel_hiaskepala.htm Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala], Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>


Tengkolok telah menjadi subjek di dalam Sejarah Melayu iaitu tindakan Raja Muhammad, anak kepada Sultan Mansur Syah yang membunuh Tun Besar, anak kepada bendahara [[Tun Perak]] yang berpunca dari bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar yang dipakai oleh Raja Muhammad sehingga jatuh ke tanah. Ini menyebabkan Raja Muhammad telah dipindahkan dan dimahkotakan sebagai raja di [[Pahang]].<ref>http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=115</ref>
Tengkolok telah menjadi subjek di dalam Sejarah Melayu iaitu tindakan Raja Muhammad, anak kepada Sultan Mansur Syah yang membunuh Tun Besar, anak kepada bendahara [[Tun Perak]] yang berpunca dari bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar yang dipakai oleh Raja Muhammad sehingga jatuh ke tanah. Ini menyebabkan Raja Muhammad telah dipindahkan dan dimahkotakan sebagai raja di [[Pahang]].<ref>http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=115</ref>


<br />
<br />


== Solek سوليق ==
== Solek سوليق ==

Semakan pada 23:11, 26 Januari 2021

Tengkolok "Solek Dendam Tak Sudah" yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat pertabalan.
Koleksi tengkolok yang dipakai oleh raja-raja melayu kecuali di Johor yang memakai mahkota sebagai simbol rasmi sultan Johor disebabkan mempunyai pengaruh moden dari British.

Tengkolok (Jawi: تڠكولوق), juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala[1], merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Nama نام

Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"[1], pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.[2]

"Solek Balung Raja", destar Sultan Selangor yang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Sejarah سجاره

Tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.[3]

Tengkolok telah menjadi subjek di dalam Sejarah Melayu iaitu tindakan Raja Muhammad, anak kepada Sultan Mansur Syah yang membunuh Tun Besar, anak kepada bendahara Tun Perak yang berpunca dari bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar yang dipakai oleh Raja Muhammad sehingga jatuh ke tanah. Ini menyebabkan Raja Muhammad telah dipindahkan dan dimahkotakan sebagai raja di Pahang.[4]


Solek سوليق

Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.[5] Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Rujukan رجوكن

  1. ^ a b Carian tengkolok di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Mac 2011.
  2. ^ Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok, Gemala Kasturi (blog), 11 Julai 2010. Diambil pada 3 Mac 2011.
  3. ^ Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala, Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.
  4. ^ http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=115
  5. ^ Tanjak Warisan Melayu, Resam Melayu. Diambil pada 3 Mac 2011.