Perancis: Perbezaan antara semakan
k robot Adding: be-x-old, bo, cdo, ce, jv, yi Modifying: bar, kk |
k robot Adding: wa:France Removing: ug:Fransiye |
||
Baris 278: | Baris 278: | ||
[[ty:Farāni]] |
[[ty:Farāni]] |
||
[[udm:Франция]] |
[[udm:Франция]] |
||
[[ug:Fransiye]] |
|||
[[uk:Франція]] |
[[uk:Франція]] |
||
[[ur:فرانس]] |
[[ur:فرانس]] |
||
Baris 285: | Baris 284: | ||
[[vls:Vrankryk]] |
[[vls:Vrankryk]] |
||
[[vo:Fransän]] |
[[vo:Fransän]] |
||
[[wa:France]] |
|||
[[war:Fransya]] |
[[war:Fransya]] |
||
[[yi:פראנקרייך]] |
[[yi:פראנקרייך]] |
Semakan pada 21:44, 1 Mei 2007
| |||||
Cogan negara: Liberté, Egalité, Fraternité Perancis: Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan | |||||
Bahasa rasmi | Perancis | ||||
Ibunegara | Paris | ||||
Bandar terbesar | Paris | ||||
Presiden | Jacques Chirac | ||||
Perdana Menteri | Dominique de Villepin | ||||
Keluasan - Jumlah - % air |
547,030 km² 0.26% | ||||
Penduduk |
| ||||
Matawang | Euro | ||||
Zon masa | UTC +1 | ||||
Lagu Kebangsaan | La Marseillaise | ||||
Domain Internet | .fr | ||||
Kod IDD | 33 |
Perancis terletak di Eropah Barat, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Perancis
Sejarah awal
Semapadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan Gaul purba yang pernah diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh Rom di bawah Julius Caesar pada abad pertama SM, maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom (bahasa Latin, yang berevolusi menjadi bahasa Perancis) serta juga budaya Rom. Agama Kristian mual bertapak pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, lalu kuat bertapak pada abad ke-4 dan ke-5 sehingga St. Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada kekafiran".
Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang Sungai Rhine dicerobohi puak-puak Jerman, terutamanya orang Frank, iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". nama zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan feudal Raja-Raja Capet di Perancis sekitar Paris. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah setelah terjatuhnya Empayar Rom untuk memeluk mazhab Katolik dan bukan Arianisme (namun Raja Clovis memeluknya pada tahun 498); maka Perancis digelar "Saudari Tertua Gereja" (La Fille Ainée de l'Eglise), maka orang Perancis menerimanya sebagai justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian".
Kewujudan perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan Perjanjian Verdun (tahun 843), dengan pembahagian Empayar Carolignian Charlemagne menjadi Francia Timur, Francia Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama.
Raja-raja Carolingian memerintah Perancis sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet, Duke Perancis dan Count of Paris, dinobatkan sebagai Raja Perancis. Keturunannya, iaitu Capetian Terus, Cabang Valois dan Cabang Bourbon, secara progresifnya menyatukan negara melalui beberapa peperangan dan pewarisan dinastik. Kerajaan ini mencapai kemuncaknya ketika abad ke-17 di bawah pemerintahan Louis XIV. Kewtika masa itu Perancis memiliki bilangan penduduk terbesar di Eropah (lihat Demographik Perancis) dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap dasar kerajaan, ekonomi dan budaya Eropah. Sehinggalah berakhirnya era ini, Perancis memainkan peranan penting dalam Revolusi Amerika dengan memberi aset modal dan ketenteraan kepada pemberontak anti-British. Kemenangan Perancis yang amat penting terhadap Britain di Pertempuran Chesapeake disusuli Pengepungan Yorktown pada tahun 1781 menamatkan Perang Revolusi Amerika lalu membolehkan Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan daripada British.
Penubuhan republik
Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain. Setelah berlalunya serantai skim kerajaan yang singkat tempoh hayatnya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Melalui peperangan, tentera beliau menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, serta ahli-ahli keluarga Bonaparte dilantik sebagai r aja-raja kerajaan baru.
Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun 1815 sewaktu Perang Waterloo, pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun 1830, pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun 1848. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun 1852 apabila Louis-Napoléon Bonaparte mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam Perang Perancis-Prussia pada tahun 1870 dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga.
Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Perancis
Daerah
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Perancis
Perancis terbahagi kepada 22 daerah dan 3 kawasan pemerintahan luar negara iaitu :-
- Alsace
- Aquitaine
- Auvergne
- Basse-Normandie
- Bourgogne
- Bretagne
- Centre
- Champagne-Ardenne
- Corse
- Franche-Comte
- Haute-Normandie
- Ile-de-France
- Languedoc-Roussillon
- Limousin
- Lorraine
- Midi-Pyrenees
- Nord-Pas-de-Calais
- Pays de la Loire
- Picardie
- Poitou-Charentes
- Provence-Alpes-Cote d'Azur
- Rhone-Alpes
- Départements d'outre mer - Jabatan luar negara (juga merangkap kawasan)
- Collectivités territoriales - (Territorial Collectivities)
- Pays et Territoires d'outre-mer - Kawasan luar negara
Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Perancis
Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Perancis
Demografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Perancis
Budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Perancis
Lihat juga
- Perhubungan di Perancis
- Pelancongan di Perancis
- Ketenteraan di Perancis
- Pengangkutan di Perancis
- Hubungan Luar Perancis
kebudayaan masyarakat perancis
Pautan luar
- http://francais.asinah.net/
- France - Directory in English
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik. ru-sib:Францыя