Pergi ke kandungan

Wong Ho Leng: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
| constituency_MP = [[Sibu]]
| constituency_MP = [[Sibu]]
| parliament = Malaysia
| parliament = Malaysia
| term_start = 16 May 2010
| term_start = 16 Mei 2010
| term_end =
| term_end =
| majority1 = 398
| majority1 = 398
Baris 52: Baris 52:
Wong Ho Leng telah menolak peluang pekerjaan yang bagus di [[Sydney]], [[Australia]], dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia untuk berkhidmat untuk negara. Beliau menjadi rakan perundangan di Siong & Wong Advocates, Sibu pada tahun 1985. Beliau menyertai [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) sebagai ahli sepanjang hayat pada 19 April 1986 dan bertanding dalam pilihan raya parlimen di [[Miri]] menentang [[Peter Chin Fah Kui]] pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, beliau bertanding dalam pilihan raya negeri untuk menentang [[George Chan Hong Nam]]. Beliau tewas dalam kesemua pilihan raya tersebut. Selepas itu, beliau berpindah kembali dari [[Miri]] ke [[Sibu]] pada tahun 1988 untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang undang-undang.<ref name=PRWHL/>
Wong Ho Leng telah menolak peluang pekerjaan yang bagus di [[Sydney]], [[Australia]], dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia untuk berkhidmat untuk negara. Beliau menjadi rakan perundangan di Siong & Wong Advocates, Sibu pada tahun 1985. Beliau menyertai [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) sebagai ahli sepanjang hayat pada 19 April 1986 dan bertanding dalam pilihan raya parlimen di [[Miri]] menentang [[Peter Chin Fah Kui]] pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, beliau bertanding dalam pilihan raya negeri untuk menentang [[George Chan Hong Nam]]. Beliau tewas dalam kesemua pilihan raya tersebut. Selepas itu, beliau berpindah kembali dari [[Miri]] ke [[Sibu]] pada tahun 1988 untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang undang-undang.<ref name=PRWHL/>


Pada tahun 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang [[Robert Lau Hoi Chew]] dalam pilihan raya parlimen [[Sibu]] tetapi tewas kesemuanya. Pada tahun 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan [[Bukit Assek]] dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr [[Wong Soon Kai]]. Kejayaan beliau telah menggemparkan arena politik Sarawak pada masa itu. Beliau tewas kepada [[Tiong Thai King]] dalam pilihan raya parlimen pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek. Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada [[Daniel Ngieng Kiong Ann]] dengan majority besar sebanyak 4751 undi dalam [[Pilihanraya DUN Sarawak 2006]].<ref name=PRWHL/>
Pada tahun 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang [[Robert Lau Hoi Chew]] dalam pilihan raya parlimen [[Sibu]] tetapi tewas kesemuanya. Pada tahun 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan [[Bukit Assek]] dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr [[Wong Soon Kai]]. Kejayaan beliau telah menggemparkan arena politik Sarawak pada masa itu. Beliau tewas kepada [[Tiong Thai King]] dalam pilihan raya parlimen pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek. Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada [[Daniel Ngieng Kiong Ann]] dengan majoriti besar sebanyak 4751 undi dalam [[Pilihanraya DUN Sarawak 2006]].<ref name=PRWHL/>


Dalam [[Pilihan raya kecil Sibu 2010]], beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN [[Sibu]] dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari [[Barisan Nasional]] (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.
Dalam [[Pilihan raya kecil Sibu 2010]], beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN [[Sibu]] dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari [[Barisan Nasional]] (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihanraya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek,dengan jumlah undi sebanyak 13527 undi,manakala lawan beliau,Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat,hanya 180 undi.


==Penggantungan dari DUN Sarawak==
==Penggantungan dari DUN Sarawak==

Semakan pada 10:39, 19 April 2011

Wong Ho Leng
黄和联
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sibu
Menyandang jawatan
16 Mei 2010
Didahului olehRobert Lau Hoi Chew (SUPP-BN)
Majoriti398
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Bukit Assek
Menyandang jawatan
20 Mei 2006
Didahului olehDaniel Ngieng Kiong Ann (SUPP-BN)
Majoriti4751
Maklumat peribadi
Lahir (1959-12-21) 21 Disember 1959 (umur 65)
Sibu, Jajahan mahkota British Sarawak
Parti politik DAPPakatan Rakyat
PasanganIrene Chang
Anak5
PekerjaanAhli politik
Peguam
Laman webhttp://holeng.dapsarawak.com/

Wong Ho Leng (Bahasa Cina: 黄和联) merupakan pengerusi bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Assek, Sarawak dan ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak) sejak tahun 2006. Beliau juga adalah ahli parlimen bagi kawasan Sibu sejak 16 Mei 2010. Beliau merupakan pengerusi bagi jawatankuasa DAP negeri Sarawak sejak tahun 2001. Beliau juga dilantik menjadi Naib pengerusi bagi jawatankuasa eksekutif pusat DAP sehingga tahun 2008.[1]

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1959 di rumah petani miskin di Bukit Igu, Sibu (berhampiran Sungai Bidut). Beliau merupakan anak kelima daripada 14 adik-beradik beliau. Kedua-dua ibu bapanya berusia 78 tahun dan beragama Kristian. Wong Ho Leng berkahwin pada tahun 1990 dengan Irene Chang dan mempunyai 5 orang anak (4 perempuan dan 1 lelaki).[1]

Pendidikan

Beliau tamat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Ting Sing pada tahun 1971. Beliau melanjutkan pendidikan menengahnya ke Sekolah Menengah Tung Hua dan tamat di Tingkatan 5 pada tahun 1977. Beliau tamat Tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Methodist pada tahun 1978. Beliau selesai Tahun 12 di Sekolah Menengah Ashfield Boys, Sydney, Australia pada tahun 1979. Beliau melanjutkan pelajarannya ke institusi pengajian tinggi di Universiti New South Wales dan Universiti Sydney dari tahun 1980 hingga tahun 1984 dan mendapat ijazah dalam bidang perdagangan/ekonomi dan undang-undang.[1]

Kerjaya undang-undang dan politik

Wong Ho Leng telah menolak peluang pekerjaan yang bagus di Sydney, Australia, dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia untuk berkhidmat untuk negara. Beliau menjadi rakan perundangan di Siong & Wong Advocates, Sibu pada tahun 1985. Beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli sepanjang hayat pada 19 April 1986 dan bertanding dalam pilihan raya parlimen di Miri menentang Peter Chin Fah Kui pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, beliau bertanding dalam pilihan raya negeri untuk menentang George Chan Hong Nam. Beliau tewas dalam kesemua pilihan raya tersebut. Selepas itu, beliau berpindah kembali dari Miri ke Sibu pada tahun 1988 untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang undang-undang.[1]

Pada tahun 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya. Pada tahun 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai. Kejayaan beliau telah menggemparkan arena politik Sarawak pada masa itu. Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek. Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.[1]

Dalam Pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihanraya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek,dengan jumlah undi sebanyak 13527 undi,manakala lawan beliau,Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat,hanya 180 undi.

Penggantungan dari DUN Sarawak

Wong Ho Leng telah digantung dari DUN Sarawak selama satu tahun dari 13 Mei 2009 kerana ucapannya dalam DUN pada November 2008. Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan usul penggantungan yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, iaitu Datuk Seri Dr James Jemut Masing dan disokong oleh ADUN Tarat, Roland Sagah. Keputusan pengundian telah menunjukkan sokongan 60 ADUN Barisan Nasional dan bantahan 7 ADUN pembangkang untuk usul tersebut.[2]

Rujukan

  1. ^ a b c d e "PRK Sibu : Jom kenali calon Pakatan Rakyat". Pakatan Rakyat. 8 Mei 2010. Dicapai pada 11 August 2010.
  2. ^ DUN Sarawak Gantung Adun DAP Selama 12 Bulan