Penyata Razak 1956: Perbezaan antara semakan
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8 |
Stress 043 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
(5 semakan pertengahan oleh 2 orang pengguna tidak dipaparkan) | |||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Kotak info dokumen |
|||
⚫ | |||
| Nama = Penyata Razak 1956 |
|||
| Nama Jawi = ڤڽاتا رازق ١٩٥٦ |
|||
| Tajuk asal = Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 |
|||
| Kod bahasa asal = ms |
|||
| Imej = |
|||
| Saiz imej = |
|||
| Alt imej = |
|||
| Kapsyen imej = |
|||
| Tarikh dibuat = |
|||
| Tarikh dibentang = Mei 1956 |
|||
| Tarikh disahkan = |
|||
| Tarikh kuat kuasa = |
|||
| Tarikh dimansuhkan = |
|||
| Lokasi dokumen = |
|||
| Ditauliahkan oleh = |
|||
| Pengarang = Jawatankuasa Pelajaran 1955 |
|||
| Penandatangan = |
|||
| Jenis medium = |
|||
| Subjek = Pendidikan |
|||
| Tujuan = Memperkenalkan peraturan pelajaran yang meliputi kesemua bangsa dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama |
|||
| Catatan = |
|||
}} |
|||
'''Penyata Razak 1956''' (nama rasmi laporan: '''Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956''') ialah penyata pendidikan yang telah disediakan oleh satu jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pelajaran 1955, diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, [[Abdul Razak Hussein|Tun Abdul Razak bin Hussein]]<ref name="arkib1">{{Citation |last= |first= |year= |title = Tun Razak Penggerak Pembangunan Rakyat / Negara |publisher = Arkib Negara Malaysia |publication-place=Malaysia |page= |url=http://www.arkib.gov.my/web/guest/tun-razak-penggerak-pembangunan-rakyat-negara |access-date=8 Julai 2023 }}</ref>. Penyata ini diterbitkan bertujuan untuk membentuk identiti bangsa [[Persekutuan Tanah Melayu|Malaya]] melalui pendidikan<ref name="mkini1">{{cite news |first=Mohd Azizee |last=Hasan |title=Penyata Razak kian malap, kita dibakar api perkauman |newspaper=MalaysiaKini |date=27 Ogos 2019 |url=https://www.malaysiakini.com/news/489594 |accessdate=8 Julai 2023}}</ref> dan menubuhkan peraturan pendidikan kebangsaan<ref name="arkib1" />. Nama laporan ini telah diambil sempena nama Tun Abdul Razak<ref name="uitm1">{{Citation |last= |first= |year= |title = Pengiktirafan dan Anugerah |publisher = Perpustakaan Universiti Teknologi MARA |publication-place=Malaysia |page= |url=https://library.uitm.edu.my/tokoh/achievement |access-date=8 Julai 2023 }}</ref>. |
|||
Intipati paling utama dalam Penyata ini adalah penggunaan [[bahasa Melayu]] sebagai bahasa pengantar utama<ref name="mkini1" /> di sekolah-sekolah, universiti dan maktab perguruan<ref name="ukm1">{{Citation |last=Abdullah |first=Nur Atiqah Tang | last2=Puay Liu | first2=Ong |year=2017 |title=Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia |publisher=ICIP UKM |publication-place= |page=74-100 |url=https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-Atiqah-_-Prof-Ong-B.pdf |access-date= 9 Julai 2023 }}</ref>. Selain itu, Penyata ini juga mengkaji sistem pendidikan kebangsaan, menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan perkauman<ref name="journal1">{{cite journal | last1 = Clammer | first1 = John | date = Januari 1976 | title = Bahasa Malaysia: Its Modernization and its Relation to the Politics of National Unity in Peninsular Malaysia | url = https://www.jstor.org/stable/27908283 | journal = Southeast Asian Affairs | volume = | issue = 1976 | issn = 1793-9135 | doi= | pages = 242-249 | access-date = 9 Julai 2023}}</ref>. Selain itu, Penyata Razak mencadangkan penubuhan dua jenis [[sekolah rendah]] iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Walaupun penggunaan bahasa selain bahasa Melayu dibenarkan di sekolah SRJK, subjek bahasa Melayu masih lagi merupakan subjek wajib yang perlu diajar kepada murid-murid di sekolah ini<ref name="arkib1" />. |
|||
⚫ | |||
== Sejarah == |
|||
===Latar belakang === |
|||
Sebelum Tanah Melayu mencapai [[Hari Kebangsaan Malaysia|kemerdekaan]] pada tahun [[1957]], sistem pendidikan pada masa itu lebih tertumpu kepada pembentukkan identiti kaum masing-masing. Sistem pendidikan berasaskan perkauman ini wujud oleh kerana penjajah British mengamalkan polisi "pecah dan perintah" ({{lang-en|Divide and Rule}})<ref name="sejarah2">{{cite journal | last1 = Haron | first1 = Nadzan | date = | title = Colonial Defence and British Approach to the Problems in Malaya 1874-1918 | url = https://www.jstor.org/stable/312657 | journal = Modern Asian Studies | volume = 24 | issue = 2 (May, 1990) | issn = 1469-8099 | doi= | pages = 275-295 | access-date = 10 Julai 2023}}</ref>. Polisi ini membolehkan penjajah [[Empayar British|British]] mengasingkan rakyat di [[Persekutuan Tanah Melayu|Tanah Melayu]] berdasarkan kepada kumpulan etnik, agama dan [[kaum]], selain daripada memecahkan lagi kumpulan ini kepada dua iaitu kelas atasan dan kelas bawahan bagi tujuan memudahkan pentadbiran<ref name="sejarah1">{{cite journal | last1 = Sivalingam | first1 = Ananda Devan | date = 20 November 2020 | title = History of Malaysian Education System: Year 1824 to 2025 | url = https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3735372 | journal = Social Sciences Education eJournal | volume = | issue = | issn = 1556- 5068 | doi=10.2139/ssrn.3735372 | pages = | access-date = 16 Disember 2022}}</ref>. Terdapat empat jenis sekolah yang ditubuhkan oleh kaum masing-masing: |
|||
*Sekolah Melayu |
|||
*Sekolah Cina |
|||
*Sekolah Tamil |
|||
*Sekolah Inggeris |
|||
Sekolah-sekolah ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara satu sama lain. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar yang berbeza; [[bahasa Melayu]] di sekolah Melayu, bahasa Cina di sekolah-sekolah Cina, [[bahasa Tamil]] di sekolah-sekolah Tamil dan bahasa Inggeris digunakan di semua sekolah rendah dan menengah Inggeris<ref name="sejarah3">{{cite journal | last1 = Robinson | first1 = J. B. Perry | date = | title = Education in Malaya | url = https://www.jstor.org/stable/40393639 | journal = The World Today | volume = 12 | issue = 9 (September, 1956) | issn = 2059-7495 | doi= | pages = 379-386 | access-date = 10 Julai 2023}}</ref>. Peratusan penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan adalah rendah kerana bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu. Sekiranya seseorang melangkah ke pendidikan menengah, mereka perlu mempelajari bahasa Inggeris kerana [[bahasa Inggeris]] merupakan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah menengah yang dikelolakan oleh pihak British<ref name="sejarah4">{{cite journal | last1 = Hirschman | first1 = Charles | date = | title = Educational Patterns in Colonial Malaya | url = https://www.jstor.org/stable/1186779 | journal = Comparative Education Review | volume = 16 | issue = 3 (Oktober, 1972) | issn = 1545-701X | doi= | pages = 486-502 | access-date = 10 Julai 2023}}</ref>. Terdapat juga sekolah-sekolah menengah yang dibiayai oleh komuniti Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama<ref name="sejarah4" />. |
|||
Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan banyak dipengaruhi oleh ideologi dari luar Tanah Melayu. Reformasi sistem pendidikan di [[China|Tanah Besar China]] yang diperkenalkan kerajaan [[Dinasti Qing]] pada tahun [[1905]] membawa kepada beberapa siri rombakan kepada sistem pendidikan sedia ada<ref name="nyt1">{{cite news |first1=Liqing |last1=Tao |first2=Margaret |last2=Berci |first3=Wayne |last3=He |title=China Rises - Historical Background: Expansion of Public Education |newspaper=New York Times |date= |url=https://archive.nytimes.com/www.nytimes.com/ref/college/coll-china-education-001.html |accessdate=19 Disember 2022}}</ref>, yang turut memberi kesan kepada sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Ini membawa kepada perubahan sistem pendidikan Cina di [[Tanah Melayu British|Tanah Melayu]] yang sebelum ini hanya memenuhi tuntutan korporat Cina kepada sistem yang banyak dipengaruhi oleh identiti China<ref name="sejarah5">{{cite journal | last1 = Shanmugavelu | first1 = Ganesan | last2 = Ariffin | first2 = Khairi | last3 = Thambu | first3 = Nadarajan | last4 = Mahayudin | first4 = Zulkufli | date = 1 Mac 2020 | title = Development of British Colonial Education in Malaya, 1816 - 1957 | url = https://shanlaxjournals.in/journals/index.php/education/article/view/2072 | journal = Shanlax International Journal of Education | volume = 8 | issue = 2 (Mac 2020) | issn = 2582-1334 | doi=10.34293/education.v8i2.2072 | pages = 10-15 | access-date = 20 Disember 2022}}</ref> dan penggunaan kurikulum dari negara Barat<ref name="nyt1" />. |
|||
Berbeza dengan sekolah Tamil, di mana ianya ditubuhkan untuk memenuhi hak pendidikan anak-anak pekerja ladang dari India. Pihak [[Empayar British|British]] merasakan dengan adanya sekolah-sekolah ini, ianya membolehkan pekerja-pekerja berada di Tanah Melayu untuk tempoh yang lebih lama<ref name="sejarah6" />. Sekolah Tamil pada awalnya banyak ditubuhkan oleh komuniti gereja Kristian dan menjadikan sekolah-sekolah ini sebagai tempat penyebaran agama [[Kristian]]<ref name="sejarah6">{{Citation |last = Sundara Raja |first = Sivachandralingam |year = |title = A Short History of Tamil Schools in Malaya/ Malaysia |publisher = The Global Research Forum on Diaspora and Transnationalism |publication-place= |page = |url = https://grfdt.com/PublicationDetails.aspx?Type=Articles&TabId=7051 |access-date= 12 Julai 2023 }}</ref>. |
|||
=== Ke arah sistem pendidikan nasional === |
|||
Peristiwa [[Perang Dunia Kedua]] memberikan kesan yang ketara terhadap landskap pendidikan di [[Tanah Melayu]]. Kebanyakkan sekolah Cina dimusnahkan dan mereka yang dikesan menyebarkan propaganda Anti-Jepun dibunuh tanpa belas kasihan<ref name="sookching">{{cite news |first=Wong |last=Noel |title = The forgotten WW2 Sook Ching massacre of Malaya |newspaper = FMT |date=15 Ogos 2022 |url = https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2022/08/15/the-forgotten-ww2-sook-ching-massacre-of-malaya/ |accessdate=22 Disember 2022}}</ref>. Murid-murid di sekolah dipaksa mempelajari subjek [[bahasa Jepun]], yang dikawalselia menerusi polisi pendidikan bahasa Jepun<ref name="sejarah8">{{cite journal | last1 = Matsunaga | first1 = Noriko | date = Jun 1998 | title = Japanese Language Education Policy in Malaya under the Japanese Military Administration | url = https://kyushu-u.elsevierpure.com/en/publications/%E8%BB%8D%E6%94%BF%E4%B8%8B%E3%83%9E%E3%83%A9%E3%83%A4%E3%81%AB%E3%81%8A%E3%81%91%E3%82%8B%E6%97%A5%E6%9C%AC%E8%AA%9E%E6%95%99%E8%82%B2%E6%97%A5%E6%9C%AC%E8%AA%9E%E6%95%99%E8%82%B2%E5%8F%B2%E3%81%AB%E3%81%8A%E3%81%91%E3%82%8B%E3%81%9D%E3%81%AE%E4%BD%8D%E7%BD%AE%E4%BB%98%E3%81%91 | journal = 東南アジア -歴史と文化- | volume = 1998 | issue = 27 | issn = | doi=10.5512/sea.1998.73 | pages = 73-96 | access-date = 13 Julai 2023}}</ref>. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, sekolah-sekolah tidak dapat dibuka untuk satu tempoh masa akibat kemusnahan yang teruk atau digunakan untuk tujuan lain<ref name="mckk">{{Citation |last = |first = |year = |title = MCKK and Education – Academic |publisher = The Malay College Old Boys Association (MCOBA) |publication-place= |page = |url = https://mcoba.org/mckk-centenary-1905-2005/mckk-and-education-academic/ |access-date= 13 Julai 2023 }}</ref>. |
|||
Semangat nasionalisma semakin memuncak di kalangan masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Penubuhan kerajaan [[Malayan Union]] oleh pihak British tidak disenangi oleh orang Melayu kerana merendahkan kuasa Sultan Melayu<ref name="nst-sultan">{{cite news |first1=Alan Teh |last1=Leam Seng |title=The Sultan was never alone |newspaper=New Straits Times |date=21 Januari 2018 |url=https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2018/01/327269/sultan-was-never-alone |accessdate=13 Julai 2023}}</ref> dan menggunakan undang-undang kerakyatan berkonsepkan [[Jus soli]]<ref name="nst-sultan" />. Pihak British juga berdepan dengan ancaman dari pihak [[Parti Komunis Malaya|komunis]] yang menyasarkan masyarakat Cina bagi menyebarkan propaganda komunisma ini. Dalam usaha kepada penubuhan kerajaan sendiri yang ditunjangi masyarakat tempatan, pihak British merasakan bahawa pendidikan boleh membawa kepada penyatuan dan pembangunan bangsa yang berbilang kaum<ref name="sejarah7">{{cite journal | last1 = Gaudart | first1 = Hyacinth | date = 30 November 2021 | title = English Language Teaching In Malaysia: A Historical Account | url = http://www.journals.melta.org.my/TET/downloads/tet16_01_02.pdf | journal = The English Teacher | volume = XVI | issue = December 1987 | issn = | pages = | access-date = 13 Julai 2023 }}</ref>. |
|||
Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara [[Laporan Barnes 1950|Laporan Barnes]] (digemari oleh orang Melayu) dan [[Laporan Fenn-Wu 1951|Laporan Fenn-Wu]] (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis [[sekolah rendah]] iaitu [[Sekolah Rendah Kebangsaan]] (SRK) dan [[Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan]] (SRJK) serta menggunakan [[bahasa Melayu]] sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan [[bahasa Melayu]] sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, {{Fact|date=Mac 2009}} ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah. |
|||
== Tugas jawatankuasa == |
== Tugas jawatankuasa == |
||
Baris 23: | Baris 70: | ||
==Laporan Rahman Talib== |
==Laporan Rahman Talib== |
||
Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961. |
Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961. Antara lain, ia juga menyeru: |
||
* Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M - Membaca, Menulis, dan Mengira |
* Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M - Membaca, Menulis, dan Mengira |
||
Baris 31: | Baris 78: | ||
* Peluang untuk meneruskan pelajaran dari umur 9 tahun sehingga 11 tahun |
* Peluang untuk meneruskan pelajaran dari umur 9 tahun sehingga 11 tahun |
||
* Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan |
* Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan |
||
==Lihat juga== |
|||
* [[Laporan Barnes 1950|Laporan Barnes]] |
|||
==Rujukan== |
== Rujukan == |
||
<references responsive="0" /> |
|||
{{reflist|30em}} |
|||
* [http://www.undp.org.my/uploads/mdg2.pdf EDUCATION POLICY IN MALAYSIA] |
|||
* [http://books.google.com.my/books?id=cFZQOpRwurYC&pg=PA111&lpg=PA111&dq=%22Razak+Report+is%22&source=web&ots=bah-n-Nqw3&sig=45nmTr3z6x9WlDob8_HPLglrix0&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=2&ct=result Language and Language-in-education Planning in the Pacific Basin ] |
|||
* [http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=imbasan_sejarah&bhs=en MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20070810223151/http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=imbasan_sejarah&bhs=en |date=2007-08-10 }} |
|||
{{Pendidikan di Malaysia}}{{Malaysia-stub}} |
{{Pendidikan di Malaysia}} |
||
{{Malaysia-stub}} |
|||
[[Kategori:Pendidikan di Malaysia]] |
[[Kategori:Pendidikan di Malaysia]] |
Semakan semasa pada 05:50, 13 Julai 2023
Penyata Razak 1956 ڤڽاتا رازق ١٩٥٦ | |
---|---|
Tajuk asal | Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 |
Dibentangkan | Mei 1956 |
Negara | Malaysia |
Pengarang | Jawatankuasa Pelajaran 1955 |
Subjek | Pendidikan |
Tujuan | Memperkenalkan peraturan pelajaran yang meliputi kesemua bangsa dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama |
sunting · sunting di Wikidata |
Penyata Razak 1956 (nama rasmi laporan: Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956) ialah penyata pendidikan yang telah disediakan oleh satu jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pelajaran 1955, diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein[1]. Penyata ini diterbitkan bertujuan untuk membentuk identiti bangsa Malaya melalui pendidikan[2] dan menubuhkan peraturan pendidikan kebangsaan[1]. Nama laporan ini telah diambil sempena nama Tun Abdul Razak[3].
Intipati paling utama dalam Penyata ini adalah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama[2] di sekolah-sekolah, universiti dan maktab perguruan[4]. Selain itu, Penyata ini juga mengkaji sistem pendidikan kebangsaan, menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan perkauman[5]. Selain itu, Penyata Razak mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Walaupun penggunaan bahasa selain bahasa Melayu dibenarkan di sekolah SRJK, subjek bahasa Melayu masih lagi merupakan subjek wajib yang perlu diajar kepada murid-murid di sekolah ini[1].
Matlamat Razak adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan pada masa itu lebih tertumpu kepada pembentukkan identiti kaum masing-masing. Sistem pendidikan berasaskan perkauman ini wujud oleh kerana penjajah British mengamalkan polisi "pecah dan perintah" (bahasa Inggeris: Divide and Rule )[6]. Polisi ini membolehkan penjajah British mengasingkan rakyat di Tanah Melayu berdasarkan kepada kumpulan etnik, agama dan kaum, selain daripada memecahkan lagi kumpulan ini kepada dua iaitu kelas atasan dan kelas bawahan bagi tujuan memudahkan pentadbiran[7]. Terdapat empat jenis sekolah yang ditubuhkan oleh kaum masing-masing:
- Sekolah Melayu
- Sekolah Cina
- Sekolah Tamil
- Sekolah Inggeris
Sekolah-sekolah ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara satu sama lain. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar yang berbeza; bahasa Melayu di sekolah Melayu, bahasa Cina di sekolah-sekolah Cina, bahasa Tamil di sekolah-sekolah Tamil dan bahasa Inggeris digunakan di semua sekolah rendah dan menengah Inggeris[8]. Peratusan penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan adalah rendah kerana bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu. Sekiranya seseorang melangkah ke pendidikan menengah, mereka perlu mempelajari bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah menengah yang dikelolakan oleh pihak British[9]. Terdapat juga sekolah-sekolah menengah yang dibiayai oleh komuniti Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama[9].
Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan banyak dipengaruhi oleh ideologi dari luar Tanah Melayu. Reformasi sistem pendidikan di Tanah Besar China yang diperkenalkan kerajaan Dinasti Qing pada tahun 1905 membawa kepada beberapa siri rombakan kepada sistem pendidikan sedia ada[10], yang turut memberi kesan kepada sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Ini membawa kepada perubahan sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu yang sebelum ini hanya memenuhi tuntutan korporat Cina kepada sistem yang banyak dipengaruhi oleh identiti China[11] dan penggunaan kurikulum dari negara Barat[10].
Berbeza dengan sekolah Tamil, di mana ianya ditubuhkan untuk memenuhi hak pendidikan anak-anak pekerja ladang dari India. Pihak British merasakan dengan adanya sekolah-sekolah ini, ianya membolehkan pekerja-pekerja berada di Tanah Melayu untuk tempoh yang lebih lama[12]. Sekolah Tamil pada awalnya banyak ditubuhkan oleh komuniti gereja Kristian dan menjadikan sekolah-sekolah ini sebagai tempat penyebaran agama Kristian[12].
Ke arah sistem pendidikan nasional
[sunting | sunting sumber]Peristiwa Perang Dunia Kedua memberikan kesan yang ketara terhadap landskap pendidikan di Tanah Melayu. Kebanyakkan sekolah Cina dimusnahkan dan mereka yang dikesan menyebarkan propaganda Anti-Jepun dibunuh tanpa belas kasihan[13]. Murid-murid di sekolah dipaksa mempelajari subjek bahasa Jepun, yang dikawalselia menerusi polisi pendidikan bahasa Jepun[14]. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, sekolah-sekolah tidak dapat dibuka untuk satu tempoh masa akibat kemusnahan yang teruk atau digunakan untuk tujuan lain[15].
Semangat nasionalisma semakin memuncak di kalangan masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Penubuhan kerajaan Malayan Union oleh pihak British tidak disenangi oleh orang Melayu kerana merendahkan kuasa Sultan Melayu[16] dan menggunakan undang-undang kerakyatan berkonsepkan Jus soli[16]. Pihak British juga berdepan dengan ancaman dari pihak komunis yang menyasarkan masyarakat Cina bagi menyebarkan propaganda komunisma ini. Dalam usaha kepada penubuhan kerajaan sendiri yang ditunjangi masyarakat tempatan, pihak British merasakan bahawa pendidikan boleh membawa kepada penyatuan dan pembangunan bangsa yang berbilang kaum[17].
Tugas jawatankuasa
[sunting | sunting sumber]Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:
- membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
- menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
- mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.
Cadangan
[sunting | sunting sumber]Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:
- Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
- Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
- Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
- Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
- Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
- Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
- Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
- Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
Laporan Rahman Talib
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961. Antara lain, ia juga menyeru:
- Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M - Membaca, Menulis, dan Mengira
- Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang dikehendaki
- Penekanan kepada kurikulum Malaya
- Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran, iaitu akademik dan vokasional
- Peluang untuk meneruskan pelajaran dari umur 9 tahun sehingga 11 tahun
- Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Tun Razak Penggerak Pembangunan Rakyat / Negara, Malaysia: Arkib Negara Malaysia, dicapai pada 8 Julai 2023
- ^ a b Hasan, Mohd Azizee (27 Ogos 2019). "Penyata Razak kian malap, kita dibakar api perkauman". MalaysiaKini. Dicapai pada 8 Julai 2023.
- ^ Pengiktirafan dan Anugerah, Malaysia: Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, dicapai pada 8 Julai 2023
- ^ Abdullah, Nur Atiqah Tang; Puay Liu, Ong (2017), Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia (PDF), ICIP UKM, m/s. 74-100, dicapai pada 9 Julai 2023
- ^ Clammer, John (Januari 1976). "Bahasa Malaysia: Its Modernization and its Relation to the Politics of National Unity in Peninsular Malaysia". Southeast Asian Affairs (1976): 242–249. ISSN 1793-9135. Dicapai pada 9 Julai 2023.
- ^ Haron, Nadzan. "Colonial Defence and British Approach to the Problems in Malaya 1874-1918". Modern Asian Studies. 24 (2 (May, 1990)): 275–295. ISSN 1469-8099. Dicapai pada 10 Julai 2023.
- ^ Sivalingam, Ananda Devan (20 November 2020). "History of Malaysian Education System: Year 1824 to 2025". Social Sciences Education eJournal. doi:10.2139/ssrn.3735372. ISSN 1556-5068. Dicapai pada 16 Disember 2022.
- ^ Robinson, J. B. Perry. "Education in Malaya". The World Today. 12 (9 (September, 1956)): 379–386. ISSN 2059-7495. Dicapai pada 10 Julai 2023.
- ^ a b Hirschman, Charles. "Educational Patterns in Colonial Malaya". Comparative Education Review. 16 (3 (Oktober, 1972)): 486–502. ISSN 1545-701X. Dicapai pada 10 Julai 2023.
- ^ a b Tao, Liqing; Berci, Margaret; He, Wayne. "China Rises - Historical Background: Expansion of Public Education". New York Times. Dicapai pada 19 Disember 2022.
- ^ Shanmugavelu, Ganesan; Ariffin, Khairi; Thambu, Nadarajan; Mahayudin, Zulkufli (1 Mac 2020). "Development of British Colonial Education in Malaya, 1816 - 1957". Shanlax International Journal of Education. 8 (2 (Mac 2020)): 10–15. doi:10.34293/education.v8i2.2072. ISSN 2582-1334. Dicapai pada 20 Disember 2022.
- ^ a b Sundara Raja, Sivachandralingam, A Short History of Tamil Schools in Malaya/ Malaysia, The Global Research Forum on Diaspora and Transnationalism, dicapai pada 12 Julai 2023
- ^ Noel, Wong (15 Ogos 2022). "The forgotten WW2 Sook Ching massacre of Malaya". FMT. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ^ Matsunaga, Noriko (Jun 1998). "Japanese Language Education Policy in Malaya under the Japanese Military Administration". 東南アジア -歴史と文化-. 1998 (27): 73–96. doi:10.5512/sea.1998.73. Dicapai pada 13 Julai 2023.
- ^ MCKK and Education – Academic, The Malay College Old Boys Association (MCOBA), dicapai pada 13 Julai 2023
- ^ a b Leam Seng, Alan Teh (21 Januari 2018). "The Sultan was never alone". New Straits Times. Dicapai pada 13 Julai 2023.
- ^ Gaudart, Hyacinth (30 November 2021). "English Language Teaching In Malaysia: A Historical Account" (PDF). The English Teacher. XVI (December 1987). Dicapai pada 13 Julai 2023.