Pergi ke kandungan

Tengkolok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anumengelamun (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Nyilvoskt (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
(13 semakan pertengahan oleh 8 orang pengguna tidak dipaparkan)
Baris 1: Baris 1:
[[Imej:National_Museum_KL_2008_(119).JPG|thumb|296x296px|Tengkolok "Solek Dendam Tak Sudah" yang dipakai oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] dalam istiadat pertabalan.]]
[[Imej:National_Museum_KL_2008_(119).JPG|thumb|296x296px|Tengkolok "Solek Dendam Tak Sudah" yang dipakai oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] dalam istiadat pertabalan.]]
[[Fail:Tengkolok collection at Muzium Negara .jpg|thumb|360x360px|Koleksi tengkolok yang dipakai oleh hampir semua [[Majlis Raja-Raja|Raja-Raja Melayu]] Malaysia; [[Johor]] kelainan dengan adat [[Mahkota|bermahkota]] [[Sultan Johor|sultan]] Johor hasil pengaruh moden dari British.]]
[[Fail:Tengkolok collection at Muzium Negara .jpg|thumb|360x360px|Koleksi tengkolok yang dipakai oleh hampir semua [[Majlis Raja-Raja|Raja-Raja Melayu]] Malaysia; [[Johor]] kelainan dengan adat [[Mahkota|bermahkota]] [[Sultan Johor|sultan]] Johor hasil pengaruh moden dari British.]]
'''Tengkolok''' ({{Jawi|تڠكولوق}}) atau '''tekuluk''',<ref name="JIUBJ">{{Cite journal|last=Hartati M|last2=Fatonah|last3=Selfi Mahat Putri|year=2020|title=Estetika Ragam Tengkuluk Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Jambi|url=http://ji.unbari.ac.id/index.php/ilmiah/article/download/896/683|journal=JIUBJ|publisher=Universitas Jambi|volume=20|issue=2|pages=438-446}}</ref> '''kuluk''',<ref name="JIUBJ" /> '''destar''', ['''se''']'''tanjak''', '''bulang hulu''' dan '''setangan kepala'''<ref name=dewan_tengkolok/> merupakan sejenis alas [[kepala]] yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat [[Orang Melayu|Melayu]]; ia banyak dipakai kaum lelaki namun ada sesetengah tempat seperti di [[Jambi]] di mana ia merupakan pakaian lazim kaum wanita.<ref name="JIUBJ" /> Ia diperbuat daripada [[songket|kain songket]] panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu.
'''Tengkolok''' ({{Jawi|تڠكولوق}}) atau '''tekuluk''',<ref name="JIUBJ">{{Cite journal|last=Hartati M|last2=Fatonah|last3=Selfi Mahat Putri|year=2020|title=Estetika Ragam Tengkuluk Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Jambi|url=http://ji.unbari.ac.id/index.php/ilmiah/article/download/896/683|journal=JIUBJ|publisher=Universitas Jambi|volume=20|issue=2|pages=438-446}}</ref> '''kuluk''',<ref name="JIUBJ" /> '''destar''', ['''se''']'''tanjak''', '''bulang hulu''' dan '''setangan kepala'''<ref name=dewan_tengkolok/> merupakan sejenis sarung alas [[kepala]] yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat [[Orang Melayu|Melayu]] banyaknya dalam kalangan kaum lelaki namun ada juga kaum wanita yang memakainya jua;<ref name="JIUBJ" /> ia diperbuat daripada [[songket|kain songket]] panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Lipat ikatan kain ini lama-kelamaan berkembang seiring lama peredaran zaman, diolah dan diubah suai canggih mengikut taraf pemakainya.<ref name=warisan>[http://malaysiana.pnm.my/02/02010207mel_hiaskepala.htm Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala], Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>


Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis [[Adat resam kahwin Melayu|perkahwinan]].
Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis [[Adat resam kahwin Melayu|perkahwinan]].


== Nama نام ==
== Nama ==
Mengikut [[Kamus Dewan|''Kamus Dewan'']], istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"<ref name=dewan_tengkolok>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tengkolok Carian tengkolok] di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Mac 2011.</ref>, pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini melainkan dalam bahasa serumpun lain (misalnya [[tikuluak]] dalam [[bahasa Minangkabau]]). Kata dasar ia adalah "kuluk".
Mengikut ''[[Kamus Dewan]]'', istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"<ref name=dewan_tengkolok>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tengkolok Carian tengkolok] di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Mac 2011.</ref>, pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini melainkan di sesetengah tempat seperti di [[Jambi]]<ref name="JIUBJ" /> mahupun secara penurunan melalui bahasa serumpun lain (misalnya [[tikuluak]] dalam [[bahasa Minangkabau]]). Kata dasar ia adalah "kuluk".


Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.<ref>[http://gemalakasturie.blogspot.com/2010/07/stanjak-tanjak-destar-tengkolok.html Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok], ''Gemala Kasturi'' (blog), 11 Julai 2010. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>
Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.<ref>[http://gemalakasturie.blogspot.com/2010/07/stanjak-tanjak-destar-tengkolok.html Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok], ''Gemala Kasturi'' (blog), 11 Julai 2010. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>
[[Imej:National Museum KL 2008 (115).JPG|150px|thumb|"Solek Balung Raja", destar [[Selangor|Sultan Selangor]]<nowiki/>yang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.]]
[[Imej:National Museum KL 2008 (115).JPG|150px|thumb|"Solek Balung Raja", destar [[Selangor|Sultan Selangor]]<nowiki/>yang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.]]


== Sejarah سجاره ==
== Solek ==
Tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]]. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.<ref name=warisan>[http://malaysiana.pnm.my/02/02010207mel_hiaskepala.htm Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala], Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref>

Terdapat catatan dalam ''[[Sulalatus Salatin|Sejarah Melayu]]'' berkaitan persalinan ini di mana diceritakan tindakan Raja Muhammad, anak kepada [[Sultan Mansur Shah|Sultan Mansur Syah]] yang mengakibatkan kemalangan membunuh Tun Besar, anak kepada bendahara [[Tun Perak]] berpunca dari bola disepak oleh Tun Besar terkena destar yang dipakai oleh Raja Muhammad sehingga jatuh ke tanah. Ini menyebabkan Raja Muhammad telah dipindahkan dan dimahkotakan sebagai raja di [[Pahang]].<ref>http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=115</ref>

== Solek سوليق ==
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.<ref>[http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html Tanjak Warisan Melayu], Resam Melayu. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref> Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.<ref>[http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html Tanjak Warisan Melayu], Resam Melayu. Diambil pada 3 Mac 2011.</ref> Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".


Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.
Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.
==Guna==
===Kerajaan===
[[File:National Museum KL 2008 (119).JPG|thumb|350px|Gambar yang tunjuk tengkolok yang dipakai dalam pakaian [[Yang di-Pertuan Agong]], iaitu ''Tengkolok Diraja'']]
Tengkolok pada zaman dahulu biasanya digunakan oleh pemimpin masyarakat. Pemimpin Tertinggi [[Malaysia]], iaitu [[Yang di-Pertuan Agong]], guna tengkolok sebagai sebahagian daripada etika berpakaian. Tengkolok yang dinamakan sebagai "Tengkolok Raja" diperbuat daripada sutera hitam dengan benang emas. Pada bahagian hadapan adalah bulan sabit dan bintang berbucu sebelas yang diperbuat daripada set emas putih dengan berlian, yang mengandungi Jata Negara.<ref> Tengkolok Royal // V. Pogadaev. Малайский мир (Бруней, Индонезия, Малайзия, Сингапур). Лингвострановедческий словарь. (Terjemahan: Dunia Melayu (Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura). Kamus bahasa dan wilayah.) М.:"Восточная книга", 2012, hlm.668</ref>
===Cerita===
{{Lihat juga|Mudzaffar Shah dari Melaka}}
Tengkolok diterangkan dalam satu [[cerita rakyat]] di [[Malaysia]] tentang Muzaffar Shah (1528–1549), anak kepada [[Sultan Melaka]] yang terakhir kerana pada masa itu [[Kesultanan Melaka]] telah diambil alih oleh [[Portugis]] pada tahun 1511, telah dijemput untuk mentadbir alam [[Perak]]. Muzaffar Shah memulakan perjalanannya melalui laut dengan membawa pakaian kebesaran kesultanan Melaka. Tidak jauh dari pantai Perak, kapal itu mula karam. Dia cuba meringankannya dengan mengeluarkan semua barang yang ada. Tapi sehingga Muzaffar Shah mencampakkan mahkota itu ke laut, kapal itu tidak berganjak. Sultan mengambil ini sebagai tanda dari atas dan berikrar bahawa baginda tidak akan memakai mahkota lagi. Sejak itu, menurut legenda, para sultan mula memakai bukan mahkota kerajaan, tetapi tengkolok.<ref>Tengkolok di Raja [https://sembangkuala.wordpress.com/2009/10/30/1002/] {{Wayback|url=https://sembangkuala.wordpress.com/2009/10/30/1002/|date=20160916132913}}</ref>

===Seni Bina===
{{Utama|Perpustakaan Negara Malaysia}}
[[File:Kuala Lumpur Malaysia National-Library-of-Malaysia-02.jpg|thumb|250px|Pandangan hadapan daripada Perpustakaan Negara Malaysia]]
Bentuk tengkolok digunakan sebagai inspirasi reka bentuk untuk [[Perpustakaan Negara Malaysia]] yang terletak di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]. Perpustakaan ini direka pada tahun 1994 oleh arkitek [[Ikmal Hashim Albakri]] dan [[Victor Chew]]. Reka bentuk dan konsep bangunan itu mencerminkan identiti [[Malaysia]] yang mewakili "pencapaian intelektual ditambah dengan inspirasi daripada warisan budaya negara yang kaya" {{sic}}.<ref>{{Cite web|title=:.. Portal Rasmi Perpustakaan Negeri Malaysia: ..|url=https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/265|access-date=5 Februari 2023|website=www.pnm. gov.my}}</ref> <ref>Reka Bentuk Bangunan PNM [http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/265] {{Wayback|url=http://www. pnm.gov.my/index. php/pages/view/265|date=20181123200745}}</ref>


== Lihat juga ==
== Lihat juga ==
Baris 25: Baris 32:
* [[Tikuluak]] - hiasan kepala sejenis dalam kalangan masyarakat Minangkabau
* [[Tikuluak]] - hiasan kepala sejenis dalam kalangan masyarakat Minangkabau


== Rujukan رجوكن ==
== Rujukan ==
{{reflist|2}}
{{reflist|2}}


[[Kategori:Penutup kepala]]
[[Kategori:Penutup kepala]]
[[Kategori:Pakaian Melayu]]
[[Kategori:Pakaian Melayu]]
[[Kategori:Alat kebesaran diraja]]

Semakan semasa pada 04:01, 27 Mei 2023

Tengkolok "Solek Dendam Tak Sudah" yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dalam istiadat pertabalan.
Koleksi tengkolok yang dipakai oleh hampir semua Raja-Raja Melayu Malaysia; Johor kelainan dengan adat bermahkota sultan Johor hasil pengaruh moden dari British.

Tengkolok (Jawi: تڠكولوق) atau tekuluk,[1] kuluk,[1] destar, [se]tanjak, bulang hulu dan setangan kepala[2] merupakan sejenis sarung alas kepala yang dipakai secara tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu banyaknya dalam kalangan kaum lelaki namun ada juga kaum wanita yang memakainya jua;[1] ia diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Lipat ikatan kain ini lama-kelamaan berkembang seiring lama peredaran zaman, diolah dan diubah suai canggih mengikut taraf pemakainya.[3]

Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Mengikut Kamus Dewan, istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"[2], pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini melainkan di sesetengah tempat seperti di Jambi[1] mahupun secara penurunan melalui bahasa serumpun lain (misalnya tikuluak dalam bahasa Minangkabau). Kata dasar ia adalah "kuluk".

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.[4]

"Solek Balung Raja", destar Sultan Selangoryang dipakai sewaktu majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.[5] Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

Gambar yang tunjuk tengkolok yang dipakai dalam pakaian Yang di-Pertuan Agong, iaitu Tengkolok Diraja

Tengkolok pada zaman dahulu biasanya digunakan oleh pemimpin masyarakat. Pemimpin Tertinggi Malaysia, iaitu Yang di-Pertuan Agong, guna tengkolok sebagai sebahagian daripada etika berpakaian. Tengkolok yang dinamakan sebagai "Tengkolok Raja" diperbuat daripada sutera hitam dengan benang emas. Pada bahagian hadapan adalah bulan sabit dan bintang berbucu sebelas yang diperbuat daripada set emas putih dengan berlian, yang mengandungi Jata Negara.[6]

Tengkolok diterangkan dalam satu cerita rakyat di Malaysia tentang Muzaffar Shah (1528–1549), anak kepada Sultan Melaka yang terakhir kerana pada masa itu Kesultanan Melaka telah diambil alih oleh Portugis pada tahun 1511, telah dijemput untuk mentadbir alam Perak. Muzaffar Shah memulakan perjalanannya melalui laut dengan membawa pakaian kebesaran kesultanan Melaka. Tidak jauh dari pantai Perak, kapal itu mula karam. Dia cuba meringankannya dengan mengeluarkan semua barang yang ada. Tapi sehingga Muzaffar Shah mencampakkan mahkota itu ke laut, kapal itu tidak berganjak. Sultan mengambil ini sebagai tanda dari atas dan berikrar bahawa baginda tidak akan memakai mahkota lagi. Sejak itu, menurut legenda, para sultan mula memakai bukan mahkota kerajaan, tetapi tengkolok.[7]

Seni Bina

[sunting | sunting sumber]
Pandangan hadapan daripada Perpustakaan Negara Malaysia

Bentuk tengkolok digunakan sebagai inspirasi reka bentuk untuk Perpustakaan Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Perpustakaan ini direka pada tahun 1994 oleh arkitek Ikmal Hashim Albakri dan Victor Chew. Reka bentuk dan konsep bangunan itu mencerminkan identiti Malaysia yang mewakili "pencapaian intelektual ditambah dengan inspirasi daripada warisan budaya negara yang kaya" [sic].[8] [9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Tikuluak - hiasan kepala sejenis dalam kalangan masyarakat Minangkabau
  1. ^ a b c d Hartati M; Fatonah; Selfi Mahat Putri (2020). "Estetika Ragam Tengkuluk Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Jambi". JIUBJ. Universitas Jambi. 20 (2): 438–446.
  2. ^ a b Carian tengkolok di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Mac 2011.
  3. ^ Warisan Budaya Malaysia: Pakaian dan Perhiasan Masyarakat Melayu – Perhiasan Kepala, Perpustakaan Negara Malaysia. Diambil pada 3 Mac 2011.
  4. ^ Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok, Gemala Kasturi (blog), 11 Julai 2010. Diambil pada 3 Mac 2011.
  5. ^ Tanjak Warisan Melayu, Resam Melayu. Diambil pada 3 Mac 2011.
  6. ^ Tengkolok Royal // V. Pogadaev. Малайский мир (Бруней, Индонезия, Малайзия, Сингапур). Лингвострановедческий словарь. (Terjemahan: Dunia Melayu (Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura). Kamus bahasa dan wilayah.) М.:"Восточная книга", 2012, hlm.668
  7. ^ Tengkolok di Raja [1] Diarkibkan September 16, 2016 di Wayback Machine
  8. ^ ":.. Portal Rasmi Perpustakaan Negeri Malaysia: ." www.pnm. gov.my. Dicapai pada 5 Februari 2023.
  9. ^ Reka Bentuk Bangunan PNM [2] pnm.gov.my/index. php/pages/view/265 Diarkibkan November 23, 2018 di Wayback Machine