William Bligh
Laksamana Madya William Bligh FRS RN (9 September 1754 – 7 Disember 1817) ialah pegawai Royal Navy British serta juga pentadbir kolonial. Satu dahagi terkenal dilakukan berlaku pada 1789 sewaktu HMS Bounty di bawah ketumbukannya. Justeru, Bligh dan pengikutnya yang setia membuat satu perjalanan yang luar biasa ke Timor, setelah dihanyutkan oleh para pendahagi pimpinan Fletcher Christian dalam pelayaran.
William Bligh | |
---|---|
Gabenor Ke-4 New South Wales | |
Dalam jawatan 13 Ogos 1806 – 26 Januari 1808 | |
Didahului oleh | Philip Gidley King |
Digantikan oleh | Lachlan Macquarie |
Butiran peribadi | |
Lahir | St Tudy, Cornwall, England, Great Britain | 9 September 1754
Meninggal dunia | 7 Disember 1817 25 Bond Street, London, England, Great Britan | (umur 63)
Tempat persemadian | St Mary-at-Lambeth, Lambeth, London, England |
Pasangan | Elizabeth (Betsy) Betham |
Pekerjaan | Laksamana Madya |
Lima belas tahun selepas dahagi Bounty, Bligh dilantik sebagai Gabenor New South Wales di Australia, dengan arahan untuk mencegah rasuah dalam perdagangan rum yang dijalankan oleh New South Wales Corps dan dengan itu, mengakibatkan apa yang kini digelar Pemberontakan Rum.