Senarai bunyi haiwan

rencana senarai Wikimedia

Berikut ialah senarai perkataan yang digunakan dalam kosa kata bahasa Melayu untuk menggambarkan bunyi-bunyi teriakan yang dihasilkan oleh pelbagai jenis haiwan. Perkataan bunyi diberikan dalam bentuk kata akar. Juga diselitkan gambar haiwan serta audio bunyi haiwan (jika ada).

Bunyi-bunyi haiwan
Gambar haiwan Haiwan Bunyi Audio
Angsa ang
Anjing salak, gonggong, raung, geru
Anjing
Fail:Brush rabbit (Sylvilagus bachmani).jpg Arnab kerip
Arnab
Ayam kokok (jantan)

ketuk, kotek (betina)

ciap (anak)

keok (ketika ditangkap)

Kokokan ayam jantan
Ayam belanda kelokok
Ayam belanda
Babi dengus
Babi
Burung gagak gak
Burung murai kicak, kicau
Burung pipit cicip, ciap
Burung puyuh dengut
Bunyi puyuh jantan
Burung tekukur kukur, dekut
Cicak kecap
Gajah derum
Gajah
Harimau aum, ngaum, geru
Itik kuek, uik, wak
Itik
Kambing

(termasuk biri-biri)

bek, embek
Katak uak, kuak
Katak
Keldai ringkik
Keldai
Kerbau uak, kuak, dengus
Kucing ngiau, meong, dekus
Kuda ringkik
Kuda
Lebah dengung
Lebah
Lembu lenguh, boh, uak, dengus
Monyet kerih, gericau
Rusa lenguh
Serigala geru, raung
Serigala
Singa aum, ngaum
Tikus decit; kerip (ketika makan)
Ular desis, siul
Ular