Ratu Victoria
Alexandrina Victoria (24 Mei 1819 – 22 Januari 1901) ialah Ratu terakhir United Kingdom dan Ireland Utara dari 20 Jun 1837, serta Maharani India pertama dari 1 Januari 1877 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1901. Pemerintahan baginda yang berlangsung melebihi 63 tahun merupakan pemerintahan raja British yang paling lama sehingga rekod tersebut dipecahkan oleh pemerintahan cicitnya Ratu Elizabeth II pada tahun 2015.
Victoria | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ratu United Kingdom (more...) | |||||
Pemerintahan | 20 Jun 1837 – 22 Januari 1901 | ||||
Kemahkotaan | 28 Jun 1838 | ||||
Didahului oleh | William IV | ||||
Diikuti oleh | Edward VII | ||||
Prime Ministers | See list | ||||
Maharani India | |||||
Pemerintahan | 1 Mei 1876 – 22 Januari 1901 | ||||
Imperial Durbar | 1 Januari 1877 | ||||
Diikuti oleh | Edward VII | ||||
Keputeraan | 24 Mei 1819 Istana Kensington, London | ||||
Kemangkatan | 22 Januari 1901 Rumah Osborne, Pulau Wight | (umur 81)||||
Pemakaman | 4 Februari 1901 Makam Frogmore, Windsor | ||||
Pasangan | Albert (k. 1840; mangkat 1861) | ||||
Anakanda Butiran | |||||
| |||||
Kerabat | Hanover | ||||
Ayahanda | Putera Edward, Duke Kent dan Strathearn | ||||
Bonda | Puteri Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld | ||||
Tandatangan |
Pemerintahan Victoria ditandai dengan perkembangan Empayar British yang begitu pesat disebabkan Zaman Victoria berlaku pada kemuncak Revolusi Perindustrian, satu tempoh perubahan sosial, ekonomi, dan teknologi yang penting di United Kingdom. Dalam tempoh itu, Empayar British mencapai zaman keagungannya dan menjadi kuasa sejagat yang amat mengagumkan.
Victoria, yang hampir berketurunan Jerman (kecuali Sophia dari Hanover, nenda moyang baginda yang merupakan cucunda perempuan James I sebelah ibu) merupakan raja terakhir Kerabat Hanover. Waris baginda, Raja Edward VII, berasal daripada Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha.
Keputerian
suntingAyah Victoria, Putera Edward Augustus, Duke Kent dan Strathearn, ialah anak keempat Raja George III dan Ratu Charlotte, iaitu Puteri Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld. Anak sulung George III, Puteri Wales (bakal Raja George IV) hanya mempunyai seorang anak iaitu Puteri Charlotte Augusta dari Wales. Ketika puteri ini meninggal dunia pada tahun 1817, putera-putera Raja George III yang masih bujang berebut-rebut untuk berkahwin dan melahirkan anak untuk menjaminkan pewarisan. Ketika Edward berumur lima puluh tahun, baginda berkahwin dengan Puteri Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld, balu kepada Karl, Putera Leiningen, dan kakak kepada Putera Leopold dari Saxe-Coburg-Saalfeld, duda Puteri Charlotte.
Victoria, puteri tunggal pasangan itu, dilahirkan di Istana Kensington, London pada 24 Mei 1819, dan dibaptiskan di Bilik Kupola, Istana Kensington pada 24 Jun 1819 oleh Ketua Biskop Canterbury (Charles Manners-Sutton). Pemangku Raja dan Maharaja Alexander I dari Rusia menjadi bapa-bapa baptis baginda (Victoria menerima nama pertamanya sempana nama Alexander I ini), manakala ibu-ibu pembaptisannya ialah Ratu Charlotte dari Württemberg serta Duchess Balu Saxe-Coburg-Saalfeld.
Walaupun baginda dibaptis dan dinamakan sebagai "Alexandrina Victoria" sejak keputerian, baginda digelar sebagai Yang Amat Mulia Puteri Victoria dari Kent. Dalam keluarga, baginda dipanggil "Drina". Ayah Puteri Victoria meninggal dunia disebabkan pneumonia lapan bulan selepas keputerian, dan nenda Puteri Victoria, George III, meninggal dunia enam hari kemudian. Putera Wales, bapa saudara Puteri Victoria, naik takhta sebagai Raja George IV.
Walaupun Puteri Victoria mempunyai kedudukan yang tinggi dalam susunan pewarisan takhta, baginda hanya diajar bahasa Jerman, bahasa pertama kedua-dua ibu dan pengasuhnya, pada tahun-tahun yang awal. Bagaimanapun baginda diajar berbahasa Inggeris selepas baginda mencapai umur tiga tahun. Baginda kemudian belajar untuk menutur dalam Bahasa Itali, Yunani, Latin, dan Perancis oleh pendidiknya Reverend George Davys. Baginda diasuh Louise Lehzen.
Ketika Puteri Victoria dari Kent berumur sebelas tahun, Raja George IV mangkat tanpa sebarang waris lalu meninggalkan takhta kepada adiknya, Duke Clarence dan St Andrews yang menjadi Raja William IV. Walaupun Raja William IV merupakan ayah kepada sepuluh anak di luar nikah daripada seorang perempuan simpanannya (seniwati Dorothy Jordan), raja baru ini tiada sebarang anak sah yang hidup. Oleh itu, Puteri Victoria yang muda itu menjadi bakal raja. Disebabkan undang-undang semasa itu tidak menyediakan peruntukan untuk raja kanak-kanak, Victoria tidak mempunyai kelayakan memerintah yang kurang daripada seorang dewasa. Untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan yang wujud, Parlimen British meluluskan Akta Keregenan 1831 yang memberikan kuasa kepada ibu Victoria, Duchess dari Kent dan Strathearn, untuk bertindak sebagai Pemangku Raja semasa ratu masih dalam tempoh belum dewasa. Mengetepikan duluan, Parlimen tidak mewujudkan majlis untuk mengehadkan kuasa-kuasa Pemangku Raja.
Puteri Victoria bertemu dengan bakal suaminya, Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha ketika baginda berumur enam belas tahun. Putera Albert ialah pupunda Victoria; ayah Putera Albert ialah adik kepada ibu Puteri Victoria. Raja William IV tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi bantahan baginda gagal untuk memujuk pasangan itu. Victoria terpaksa melamar Putera Albert kerana seorang lelaki yang mempunyai status sosial yang, walaupun hanya rendah sedikit, tidak dibenarkan meminang baginda. Banyak cendekiawan berpendapat bahawa Puteri Albert tidak mencintai Victoria yang muda itu, dan hanya berkahwin dengan baginda untuk memperoleh status sosial (Putera Albert ialah seorang putera Jerman yang tidak penting), dan kerana rasa tanggungjawabnya (keluarganya amat ingin akan perkahwinan itu). Bagaimanapun apa sahaja alasannya untuk berkahwin dengan Victoria, perkahwinan mereka terbukti menjadi satu perkahwinan yang terlalu bahagia.
Pemerintahan
suntingBaginda juga bersahabat baik dengan Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim iaitu Sultan Johor. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dengan gelaran Maharaja Johor.
Kemangkatan
suntingRujukan
sunting- Auchincloss, Louis. Persons of Consequence: Queen Victoria and Her Circle (Tokoh-tokoh Penting: Ratu Victoria dan Lingkungan Baginda). Random House, 1979.
- Cecil, Algernon. Queen Victoria and Her Prime Ministers (Ratu Victoria dan Perdana-perdana Menteri Baginda). Eyre dan Spottiswode, 1953.
- Eilers, Marlene A. Queen Victoria’s Descendants (Keturunan Ratu Victoria), edisi kedua yang diperluas dan dikemaskinikan. Falköping, Sweden: Rosvall Royall Books, 1997.
- Farnborough, T. E. May (Baron Pertama). Constitutional History of England since the Accession of George the Third (Sejarah Perlembagaan England sejak Naik Takhta George III), edisi ke-11, Longmans, Green, 1896.
- Hibbert, Christopher. Queen Victoria: A Personal History (Ratu Victoria: Sejarah Peribadi). Viking, 2000.
- Potts, D. M. & W. T. W. Potts. Queen Victoria’s Gene: Haemophilia and the Royal Family (Gen Ratu Victoria: Hemofilia dan Kerabat Diraja). Alan Sutton, 1995.
- The Royal Household. (2004). "Victoria." – Tapak Web Rasmi Kemaharajaan British.
- "Queen Victoria." Encyclopædia Britannica, edisi ke-11. Percetakan Universiti Cambridge, 1911.
- Weintraub, Stanley. Victoria: An Intimate Biography (Victoria: Biografi Terlalu Peribadi). Dutton, 1987.
Ratu Victoria Cabang kadet bagi Kerabat Este Tarikh keputeraan: 24 Mei 1819 Tarikh kemangkatan: 22 Januari 1901
| ||
Didahului oleh William IV |
Ratu United Kingdom 1837-1901 |
Diikuti oleh: Edward VII |
Didahului oleh Bahadur Shah II Maharaja Mughal terakhir |
Maharani India 1877-1901 diundurkan tarikh dari 1857 |