Ramadan

bulan kesembilan dalam takwim Islam, bulan puasa untuk orang Islam

Ramadan[1] (Arab: رَمَضَان, rumi: Ramaḍān, juga dieja basahan sebagai Ramadhan; biasa digelar penuh sebagai "Ramadan al-Mubarak") ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

Ramadan
رمضان
Also calledRamaḍān al-Karīm (Ramadan, bulan yang mulia)
Observed byMuslim
TypeIslam, kebudayaan
CelebrationsIftar komunal
ObservancesPuasa, zakat, Solat Tarawih, membaca al-Quran
Begins1 Ramadan
Ends29 atau 30 Ramadan
DateBerubah (mengikut kalendar qamari Islam)
2023 date23 Mac - 21 April
2024 date12 Mac - 9 April
2025 date2 Mac - 30 Mac
Related toHari Raya Aidilfitri, Lailatul Qadar, Nuzul Quran
Hari ini
7 Jamadilawal 1446
Sabtu
9 November 2024
(UTC 0)
Bulan sabit dihias dengan berwarna dan indah diterangi pada bulan Ramadan, Jordan

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.[2]

Takwim Islam

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah

Etimologi

sunting

Ramadan berasal daripada kata akar رَمِضَ ramiḍa yang bererti "terik;...bertambah panas; melecur"[3] yakni panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.[4]

Penentuan awal Ramadan

sunting

Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar (rukyah) dan kaedah perhitungan astronomi (hisab).

Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan hisab sahaja.[5] Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.[6]

Peristiwa semasa Ramadan

sunting

Turunnya al-Quraan

sunting

Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan[7]; oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan).[8] Pada malam tersebut, ayat 1 hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.[perlu rujukan]

Lailatul Qadar

sunting

Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan, dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.[9] Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.[perlu rujukan]

Lain-lain

sunting

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini.[10] Antaranya:

Amalan sewaktu Ramadan

sunting

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

Puasa Ramadan

sunting
 
Muslim menunggu untuk berbuka puasa beramai-ramai di Kaherah, Mesir

Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.[perlu rujukan]

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa.[4] Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain.

Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.[perlu rujukan]

Solat Tarawih

sunting

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.[perlu rujukan]

Zakat Fitrah

sunting

Zakat fitrah ialah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini.[11] Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu ialah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Aidilfitri

sunting

Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.

Pada 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua rakaat ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Aspek ekonomi

sunting
 
Penjual sate di Bazar Ramadan

Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya ialah bazar Ramadan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu.

Selain itu pada siang hari, dalam bulan ini juga dapat dilihat para pedagang yang menjaja pelbagai barangan daripada makanan hinggalah pakaian di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit.[12]

Rujukan

sunting
  1. ^ Lihat:
    • "Ramadan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • "Ramadan". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ Persiapkan Diri Menghadapi Bulan Ramadan Al-Mubarak. Dicapai pada 21 September 2006.
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 167. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ a b Essentials of Ramadan, The Fasting Month Diarkibkan 2006-09-09 di Wayback Machine. Dicapai pada 24 September 2006.
  5. ^ Hilal bantu tentukan permulaan raya. Dicapai pada 18 Julai 2006.
  6. ^ MABIMS (7 Ogos 2006). "Kriteria Imkanur-Rukyah Dalam Penetapan Awal Bulan Qamariah" (PDF).
  7. ^ Nuzulnya Al Quran Menjamin Kesejahteraan[pautan mati kekal]. Dicapai pada 25 September 2006.
  8. ^ Bid'ah-bid'ah Ramadan. Dicapai pada 24 September 2006.
  9. ^ Tanda kedatangan Lailatul Qadar Diarkibkan 2007-08-06 di Wayback Machine. Dicapai pada 25 September 2006.
  10. ^ Ramadan bawa banyak kejayaan kepada ummah. Dicapai pada 2 September 2006.
  11. ^ Zakat Fitrah. Dicapai pada 25 September 2006.
  12. ^ Bazar Ramadan Mampu Tampil Sebagai Produk Pelancongan. Dicapai pada 7 September 2006

Pautan luar

sunting