Pusat Tenaga Rakyat

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP).

Pusat Tenaga Rakyat
PemimpinIshak Haji Muhammad (Pak Sako)
Ditubuhkan22 Februari 1947
Dibubarkan18 Jun 1948

PUTERA terdiri daripada enam parti politik sayap kiri seperti berikut:-

  1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin al-Helmi dan merupakan nukleus PUTERA
  2. Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam
  3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh
  4. Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail
  5. Barisan Tani Malaya (BTM) - BATAS yang diketuai oleh Musa Ahmad
  6. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA), yang diketuai oleh Ustaz Haji Abu Bakar al-Baqir.

Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka.[1]

Akhirnya pada 18 Jun 1948[2], PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting