Portal:Portugal
Portal Portugal
Portugal (Jawi: ڤورتوݢل ) atau nama rasminya Republik Portugal (Portugis: República Portuguesa ; Jawi: ريڤوبليك ڤورتوݢل ) ialah sebuah negara yang kebanyakannya berada di Semenanjung Iberia di Eropah. Portugal adalah negara berdaulat paling barat di Eropah, bersempadan dengan Sepanyol di utara dan timur dan Lautan Atlantik di selatan dan barat. Kawasan pemerintahannya juga termasuk kepulauan Atlantik, Azores dan Madeira, kedua-dua kawasan autonomi dengan kerajaan tempatan masing-masing.
Portugal adalah negara paling tua di Semenanjung Iberia, dan antara negara tertua di Eropah dan di dunia, dengan kawasan pemerintahannya diserang, dilawankan untuk dan diperintah sejak masa prasejarah. Kaum pra-Celt, orang Iberia, orang Celt, orang Carthage dan orang Rom diikuti oleh serangan daripada kaum Visigoth dan puak-puak Jermanik Suebi. Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Iberia, kebanyakan kawasan Portugal adalah sebahagian daripada Al-Andalus untuk beberapa abad. Portugal sebagai negara ditubuhkan ketika Reconquista Kristian awal. Ditubuhkan pada tahun 868, Daerah Portugal menjadi terkenal selepas Pertempuran São Mamede pada tahun 1128. Kerajaan Beraja Portugal diisytiharkan kemudian mengikuti Pertempuran Ourique pada tahun 1139, dan kemerdekaan daripada Kerajaan León dikenali dengan Perjanjian Zamora pada tahun 1143.
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal menubuhkan empayar global pertama, menjadi antara kuasa ekonomi, politik, dan angkatan tentera utama di dunia. Ketika tempoh ini, sekarang dipanggil sebagai Zaman Penjelajahan, pengembara Portugis merintis pengembaraan maritim, tertutamanya di bawah naungan diraja Putera Henry si Pelayar dan Raja João II, dengan pelayaran penting seperti Bartolomeu Dias melayar di luar Tanjung Harapan, Afrika Selatan (1448), penemuan laluan ke India Vasco da Gama (1497-1498) dan penemuan Brazil Eropah (1500). Ketika masa ini, Portugal memonopoli perdagangan rempah, membahagi dunia kepada hemisfera dominasi dengan Castille, dan empayar tersebut berkembang dengan kempen angkatan tentera di Asia. Tetapi, peristiwa seperti gempa bumi Lisbon 1755, penaklukan negara ketika Perang Napoleon, kemerdekaan Brazil (1822), dan perindustrian lambat berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah lain, memadamkan kebanggaan Portugal sebelum ini.
Kategori
Portal yang berkaitan
- Apakah itu portal?
- Senarai portal
- Portal pilihan