Peranakan
Peranakan (Tulisan Jawi:ڤرانقن) ialah kelompok etnik di Asia Tenggara yang terkenal di Malaysia dan Singapura yang penyebarannya bermula dari Melaka. Ianya metafora bagi etnik yang mengamal seperti dilahirkan dengan cara hidup , budaya dan bahasa Pribumi Melayu atau Pribumi Borneo yang diamalkan oleh etnik Cina, India, eropah dan lain-lain lagi. Etnik peranakan yang terkenal ialah Baba Nyonya , Chetty , Jawi Peranakan , orang Kristang dan Peranakan Sino.
Etnik Peranakan | |
---|---|
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Melaka(asal) , Penang , Kelantan , Terengganu) ,Singapura, Thailand (Phuket dan Ranong) , Indonesia (Kepulauan Riau , Bangka Belitung , Medan , Tangerang dan Batavia) dan Borneo (Brunei ,Sabah , Sarawak , Kalimantan) | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu Baba , Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia , Bahasa Sabah , Bahasa Melayu Sarawak ,Bahasa Melayu Brunei , Bahasa Inggeris , Bahasa Arab , Bahasa Kristang , Bahasa Indonesia, Bahasa Jawa, Bahasa Betawi, Bahasa Siam , Bahasa Thai Selatan | |
Agama | |
Buddha Mahayana, Kristian, Konfusianisme, Taoisme, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Baba Nyonya, Chetty , orang Kristang , Jawi Peranakan , Arab Peranakan , Peranakan Samsam , Tatana Peranakan , Peranakan Sino , Baba Yaya , Kiau Seng , Cina Malaysia , Cina Thai, Cina Singapura, Tionghoa Indonesia |
Ramai yang salah anggap atau keliru Peranakan etnik dan (peranakan rahim) ianya ada hubungkait dari sudut metafora walaupun lain istilah. Kata peranakan di ambil daripada kata peranak dan anak yang bermaksud tempat dimana kita dilahirkan [1]. Ianya suatu metafora bagi etnik baharu dilahirkan yang dinamai oleh Pribumi Melayu zaman itu.
Sejarah
suntingPada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.
Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan Inggris. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.
°Malaysia
Tanah Melayu sudah lama dikunjungi oleh pedagang luar dari seluruh dunia seperti India pada abad ke-5 , tanah besar Cina pada abad ke-7 dan Arab pada abad ke-8 .
Sebenarnya perkahwinan campur antara Cina & Melayu , India & Melayu atau Arab & Melayu sudah lama terjadi pada era kedatangan Islam ke Semenanjung Melayu , cumanya istilah etnik Peranakan itu belum di wara-warakan .
Pada awalnya etnik Peranakan hanya satu iaitu Baba Nyonya[2]yang berpusat di kota Melaka pada abad ke-15 . Semasa ini pedagang Arab & India terus berkembang untuk menyebarkan Islam di tanah Melayu seperti di Kedah , Terengganu , Kelantan , Melaka dan Johor .
Kemudian kota Melaka di serang oleh Portugis pada tahun 1511 . Kota Melaka di serang oleh Belanda pada tahun 1643 hingga 1825 . Pada tempoh itu dari sisa kolonisasi Portugis hingga Belanda terlahirlah etnik Peranakan Portugis-Belanda orang Kristang[3]. Pada era abad ke-18 pedagang Arab semakin pesat terlahir Arab Peranakan[4]pada tahun 1866 , tidak lupa etnik peranakan India iaitu Chetty[5]pada tahun 1781 . Dalam keadaan perang ketika itu British sudah tiba ke Tanah Melayu dari abad ke-18 , kemudian terjadi perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.
British mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga abad ke-20 . Pada era ini kemasukan pendatang Cina & India berleluasa di negeri-negeri selat seperti Pulau Pinang , Melaka , Daerah Dinding dan Singapura . Di Pulau Pinang paling ramai kemasukan India & India Muslim terlahirlah etnik Jawi Peranakan[6]pada tahun 1870 .
Jenis etnik Peranakan
suntingNama | Keturunan | Bahasa | Hidangan terkenal | Tempat ! |
---|---|---|---|---|
Baba Nyonya (Cina Peranakan) | Cina and Melayu | Bahasa Melayu, Bahasa Baba | Ayam kapitan & Laksa nyonya | Melaka(asli), Penang, Terengganu, Kelantan , Sarawak & Singapura |
Chetty (Peranakan India)&(Peranakan Cina) | India , Cina | Bahasa Malaysia, Bahasa Baba, Bahasa Chetty | Pulut tartal | Melaka(asli) & Singapura |
orang Kristang (Serani/) | Portugis , Belanda , Cina , India , Melayu | Bahasa Malaysia, Bahasa Kristang & Bahasa Inggeris | Ikan Bakar Portugis dan pindang serani | Melaka(asli), Kuala Lumpur, Penang & Singapura |
Arab Peranakan (Arab-Parsi-Hadrami) | Arab , Malay | Bahasa Malaysia, Bahasa Arab | Nasi | Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor & Singapura |
Jawi Peranakan (India Muslim/Mamak) | India , Melayu , Cina | Bahasa Melayu | Nasi kandar | Penang(asli) & Singapura |
Peranakan Samsam (Peranakan Siam-Melayu) | Siam , Melayu , Cina | Bahasa Melayu & Bahasa Siam | Perlis , Kedah & Kuala Lumpur | |
Peranakan Sino (Peranakan pribumi Sabah) | Cina , Kadazan , Dusun , Rungus , Sungei , Bisaya , Murut , Iban | Bahasa Sabah | Hinava | Sabah & Brunei |
Tatana Peranakan | Cina , Kadazan , Dusun | Bahasa Sabah | Pinatung | Beaufort & Kuala Penyu (Sabah) |
Baba Yaya (Peranakan Selatan Thai) | Cina , Siam , Melayu Selatan Thai | Bahasa Siam , Bahasa Cina , | Padkrapao | Phuket(asli), Selatan Thailand |
Kiau Seng (Peranakan Tionghoa Indo/Tionghoa selat) | Tionghoa , Jawa , Orang Indo | Bahasa Jawa , Bahasa Melayu , Bahasa Indonesia | Jenis Soto | Medan, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Batavia & Tangerang, Kalimantan (Indonesia) |
Rujukan
sunting- ^ Shazlan, Ahmad (25 April 2024). "Perbezaan Etnik Peranakan dan peranakan rahim". Kamus Dewan Bahasa Pustaka Malaysia. Dicapai pada 25 April 2024.
- ^ Shazlan, Ahmad (1 Mei 2024). "Baba Nyonya in Malaysia the first Chinese Peranakan in Southeast Asia (Melaka-Malaysia)". Eksentrika. Dicapai pada 1 Mei 2024.
- ^ Shazlan, Ahmad (1 Mei 2024). "First Kristang In Southeast Asia (Melaka-Malaysia)". Open Edition. Dicapai pada 1 January 2005.
- ^ Shazlan, Ahmad (1 Mei 2024). "Arab Peranakan in Malaysia". Researchgate. Dicapai pada 1 June 2014.
- ^ Shazlan, Ahmad (1 Mei 2024). "First Chetty in Southeast Asia(Melaka-Malaysia)". Free Malaysia Today. Dicapai pada 12 Dec 2018.
- ^ Shazlan, Ahmad (1 Mei 2024). "First Jawi Peranakan in Southeast Asia (Penang-Malaysia)". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 7 February 2021.