Parti Sedar Rakyat

Parti politik tempatan di Sarawak
(Dilencongkan daripada Parti Sedar Rakyat Sarawak)

Parti Sedar Rakyat atau SEDAR, sebelum ini dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat Sarawak ialah sebuah parti politik tempatan berhaluan tengah, dan lebih memfokuskan mengenai hal ehwal pembangunan infrastruktur asas negeri, sistem pendidikan negeri, pemerkasaan ekonomi negeri, dan hal ehwal kebajikan masyarakat Bumiputera Sarawak. Parti politik tempatan ini diasaskan pada Jun 2018 oleh Dato' Othman Abdullah[1]. Parti politik ini telah diluluskan pendaftarannya pada 28 Mei 2019 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS)[2]. Namun pada 13 September 2023, parti ini telah mengembangkannya kepada politik kebangsaan dan menamakannya semula kepada Parti Sedar Rakyat dengan membuangkannya perkataan 'Sarawak' daripadanya sebagai sebuah parti politik kebangsaan dan bukan lagi parti politik tempatan Sarawak.

Parti Sedar Rakyat
PemimpinDato' Othman Abdullah
PengasasDato' Othman Abdullah
Ditubuhkan3 Jun 2018
Disahkan28 Mei 2019
Dibubarkantbk
Digantikan olehtbk
Ibu pejabatTingkat 1, Lot 254, SL17, Seksyen 8, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak
Akhbartbk
Sayap beliatbk
Keanggotaan (2023)94,970
IdeologiNasionalisme
Liberalisme negeri
Hal ehwal infrastruktur negeri
Hak bangsa Bumiputera
Hak ekonomi Sarawak
Hal ehwal Melayu Sarawak
Hal ehwal Sabah & Sarawak
Pendidikan TVET
Hal ehwal pendidikan negeri
Kedudukan politikBerhaluan tengah
Penggabungan kebangsaansekutu parti
Penggabungan antarabangsatbn
Warnakuning, puteh, merah
Dewan Negara :
0 / 70
Dewan Rakyat :
0 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
DUN :
0 / 607
sssssl
Simbol pilihan raya
parti_sedar_raykat_sarawak_flag
Bendera parti
Fail:Parti sedar raykat sarawak flag
Laman sesawang
www.partisedar.com

Matlamat utama penubuhan SEDAR

sunting
  • Melindungi hak dan keistimewaan penuh bangsa Bumiputera Sarawak.
  • Melaksanakan pemulihan pembangunan sosioekonomi rakyat di Sarawak.
  • Mewujudkan pasaran ekonomi, institusi perbankan, & pelaburan kewangan Sarawak yang lebih stabil, berdaya saing, mampan, dan terus kukuh.
  • Mewujudkan budaya politik & perpaduan politik yang adil, sejahtera, saksama, tegas, jujur, ikhlas, amanah, dan bermaruah, khususnya dalam kalangan semua ahli-ahli SEDAR & ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Mewujudkan sebuah kerajaan Sarawak baharu yang lebih stabil, kukuh, sejahtera, jujur, amanah, tegas, dan berteraskan kerajaan untuk semua kaum & agama di Sarawak, sepertimana yang diamalkan di negara United Kingdom, Australia, Belanda, dan Korea Selatan.
  • Mengembalikan kuasa autonomi pentadbiran & pemerintahan Sarawak, sekaligus dapat diterajui pemerintahannya oleh para pemimpin tempatan dari semua kaum di Sarawak.
  • Menghapuskan sepenuhnya budaya politik wang & budaya rasuah di kalangan semua ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Menghapuskan sepenuhnya budaya lompat parti di kalangan ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Melindungi hak kebajikan & kesejahteraan masyarakat Melayu Sarawak.
  • Melindungi hak kebajikan khusus yang menyeluruh untuk masyarakat Dayak dan masyarakat Cina di Sarawak.
  • Memperjuangkan sepenuhnya hak-hak golongan bangsa Dayak, Orang Ulu, Cina, Punan Bah, Miriek, dan Penan selaras dengan dasar penyatuan seluruh bangsa Malaysia, keharmonian & kesejahteraan masyarakat Sarawak, serta memperkasakan pembangunan komuniti semua kaum dan agama seiring dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Menggalakkan golongan belia di Sarawak untuk menceburi apa-apa bidang, termasuk bidang sains & teknologi, bidang ekonomi, bidang sukan, bidang keusahawanan, dan juga bidang seni & hiburan.
  • Anak-anak di Sarawak haruslah didedahkan dengan pendidikan berasaskan teknologi & inovasi, pelaksanaan pendidikan teknikal & vokasional (TVET), pelaksanaan pembelajaran secara maya (digital learning), serta pendidikan berasaskan eksplorasi angkasa lepas & aeroangkasa.
  • Melaksanakan pembangunan baharu di Sarawak, termasuklah pembinaan kompleks perumahan mesra rakyat, pembinaan kompleks bandar baharu, serta menaiktaraf lebih banyak infrastruktur asas (bekalan elektrik, bekalan air, jaringan internet 4G & 5G, dan tenaga solar) di seluruh Sarawak.
  • Menggalakkan pasaran ekonomi antarabangsa dengan melaksanakan kerjasama penuh antara negara-negara maju dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Penyertaan dalam pilihan raya

sunting

SEDAR buat julung-julung kalinya telah menyertai pilihan raya dalam pilihan raya negeri Sarawak 2021. Dalam pilihan raya tersebut, SEDAR telah menghantar 5 orang calon. Kesemua calon tewas dan hilang deposit.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Parti baharu Sarawak SEDAR akan ditubuhkan hari ini 0 2987". Kamek Miak Sarawak. 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  2. ^ "SEDAR tekad tawan Sarawak PRN12". Utusan Borneo Online. 8 Julai 2019. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  3. ^ OMAR ZIN (10 Disember 2021). "23 bakal calon Parti Sedar 'lari' gagal hadir penamaan calon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2021.