Necmettin "Najmuddin" Erbakan (Jawi dan Arab: نجم الدين أربكان, lahir: Oktober 1926, meninggal dunia: 27 Februari 2011) merupakan ahli politik Turki, jurutera dan akademia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1996 hingga 1997. Beliau telah ditekan pihak tentera untuk turun sebagai Perdana Menteri dan kemudian dilarang dari terlibat dalam politik oleh Mahkamah Perlembagaan Turki kerana melanggar idea dasar sekularisme yang mengasas perlembagaan republik itu;[1][2]  Larangan itu kemudiannya ditegakkan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[3]

Profesor Dr.
Necmettin Erbakan
Perdana Menteri Turki ke-23
Dalam jawatan
28 Jun 1996 – 30 Jun 1997
PresidenSüleyman Demirel
TimbalanTansu Çiller
Didahului olehMesut Yılmaz
Digantikan olehMesut Yılmaz
Timbalan Perdana Menteri Turki
Dalam jawatan
21 Julai 1977 – 5 Januari 1978
bersama Alparslan Türkeş
Perdana MenteriSüleyman Demirel
Didahului olehOrhan Eyüboğlu
Digantikan olehOrhan Eyüboğlu
Dalam jawatan
31 Mac 1975 – 21 Jun 1977
bersama Turhan Feyzioğlu dan Alparslan Türkeş
Perdana MenteriSüleyman Demirel
Didahului olehZeyyat Baykara
Digantikan olehOrhan Eyüboğlu
Dalam jawatan
26 Januari 1974 – 17 November 1974
Perdana MenteriBülent Ecevit
Didahului olehSadi Koçaş
Digantikan olehZeyyat Baykara
Ketua Parti Saadah
Dalam jawatan
17 Oktober 2010 – 27 Februari 2011
Didahului olehNuman Kurtulmuş
Digantikan olehMustafa Kamalak
Dalam jawatan
11 Mei 2003 – 30 Januari 2004
Didahului olehRecai Kutan
Digantikan olehRecai Kutan
Ketua Parti Sejahtera
Dalam jawatan
11 Oktober 1987 – 19 Januari 1998
Didahului olehAhmet Tekdal
Digantikan olehParti dibubarkan
Ketua Parti Penyelamat Negara
Dalam jawatan
20 Oktober 1973 – 12 September 1980
Didahului olehSüleyman Arif Emre
Digantikan olehParti dibubar
Ketua Parti Pemerintahan Negara
Dalam jawatan
26 Januari 1970 – 20 Mei 1971
Didahului olehParti ditubuhkan
Digantikan olehParti dibubarkan
(Süleyman Arif Emre sebagai Parti Penyelamat Negara)
Ahli Parlimen Turki
Dalam jawatan
20 Oktober 1991 – 18 April 1999
Kawasan pilihan rayaKonya (1991, 1995)
Dalam jawatan
12 Oktober 1969 – 12 September 1980
Kawasan pilihan rayaKonya (1969, 1973, 1977)
Maklumat peribadi
Lahir(1926-10-29)29 Oktober 1926
Sinop, Turki
Mati27 Februari 2011(2011-02-27) (umur 84)
Çankaya, Ankara, Turki
Parti politikParti Pemerintahan Negara (1970–71)
Parti Penyelamat Negara (1972–1981)
Parti Sejahtera (1987–1998)
Parti Kebaikan (1998–2001)
Parti Saadah (2003–2011)
PasanganNermin Erbakan (m. 1967–2005, kematiannya)
AnakZeynep, Elif, Fatih
Tempat belajarUniversiti Teknikal Istanbul
Universiti Teknologi Rhein Westfalen Aachen
TandatanganTandatangan

Gerakan ideologi politik yang diasaskan oleh Erbakan, Wawasan Negara (Milli Görüş) menyeru untuk mengukuhkan nilai Islam di Turki dan menafikan tuduhan terhadap Erbakan yang dilihat sebagai pengaruh negatif daripada dunia Barat dalam menyokong jalinan erat hubungan dengan negara Islam. Pandangan politik Erbakan membawa kepada percanggahan dengan prinsip teras sekularisme di Turki. Dengan ideologi Wawasan Negara ini, Erbakan mengasas dan memimpin beberapa parti politik besar di Turki dari 1960-an hingga 2010-an, iaitu Parti Pemerintahan Negara (Milli Nizam Partisi), Parti Penyelamat Negara (Milli Selamet Partisi), Parti Sejahtera (Refah Partisi), Parti Kebaikan (Fazilet Partisi) dan Parti Saadah (Saadet Partisi).

Kehidupan awal

sunting

Necmettin lahir di Sinop, pesisiran Laut Hitam utara Turki[4]. Beliau merupakan anak kepada Mehmet Sabri, seorang hakim pada hujung zaman Uthmaniyah[5] kelahiran Kilikya dan Kamer Sabri, anak jati Sinop;[6] Kamer merupakan isteri kedua Mehmet Sabri.[6]

Selepas bersekolah di Sekolah Tinggi Istanbul, beliau menamatkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknik Istanbul pada 1948[5]. Seterusnya beliau menerima ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang kejuruteraan enjin/mekanikal di Universiti Teknologi Rhenish-Westphalian di Aachen, Jerman Barat[7]. Selepas pulang ke Turki, Erbakan menjadi pensyarah di Universiti Teknik Istanbul dan dilantik sebagai Profesor pada 1965 dari universiti yang sama[5][8] .

Selepas beberapa lama dalam kerjaya, beliau bertukar arah ke dalam dunia politik dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Konya pada 1969. Beliau juga merupakan anggota Jemaah Iskandar Pasha, sebuah komuniti sufi di Turki dari tarekat Naqsyabandi.

Kerjaya politik

sunting

Kerjaya awal politik

sunting

Erbakan menjadi anggota dewan legislatif pada tahun 1969 secara bebas.[5]

Pada tahun 1970, Erbakan menjadi Naib Perdana Menteri Turki dan membentuk sebuah parti Islam iaitu Parti Pemerintahan Negara, namun parti tersebut dibubarkan oleh pemerintah tentera Turki tidak lama kemudian pada tahun 1971.

Erbakan kembali mendirikan sebuah parti Islam pada tahun 1972 dengan nama Parti Penyelamat Negara. Pemerintah tentera kembali membubarkan parti Islam tersebut pada tahun 1980. Ekoran daripada itu, Erbakan dimasukkan ke penjara dan dilarang untuk terlibat dalam politik negara Turki hingga tahun 1987.[5]

Setelah diizinkan kembali untuk berpolitik, Erbakan mendirikan Parti Kesejahteraan. Erbakan menjadi pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi parti ini. Parti ini dirancangkan pendiriannya untuk menentang tindakan korupsi yang dilakukan oleh parti-parti besar di Turki pada ketika itu[5] selain mendukung gerakan Islam di Turki, ia mempunyai struktur organisasi yang sangat teratur sehingga skala lokal.

Erbakan turut serta dalam mempengaruhi hasil Pilihan raya umum Turki 1995. Erbakan menyampaikan beberapa usulan politik bagi pemerintah Turki. Erbakan mengusulkan agar Turki keluar dari keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, agar membatalkan perjanjian persahabatan dengan Israel, serta meminta pemerintah Turki untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara di kawasan Timur Tengah. Usulan ini membuatkan para pemimpin negara-negara Eropah yang bekerjasama dengan Turki resah. Malah, usulan yang disampaikan oleh Erbakan dapat mempengaruhi dasar-dasar negara Eropah di Timur Tengah.[5]

Usulan Erbakan didukung oleh sebahagian besar pengundi sehingga Parti Kesejahteraan berjaya peroleh 158 kerusi daripada 550 kerusi legislatif ini yang terbanyak dibandingkan dengan parti-parti lainnya. Hasil ini menjadikan Parti Kesejahteraan menjadi parti Islam pertama yang secara umum memenangi pilihan raya di Turki.[5]

Sebagai Perdana Menteri Turki

sunting

Erbakan cuba membuat pemerintahan koalisi pada awal tahun 1996. Usaha ini mengalami kegagalan. Kekuasaan tetap dikendalikan oleh koalisi kanan-tengah yang merupakan gabungan dari Parti Jalan Sejati (Doğru Yol Partisi) dan Parti Ibu Pertiwi. Koalisi ini pun dibubarkan pada bulan Juni 1996 akibat pertikaian intrenal. Erbakan kembali mencuba membentuk koalisi. Akhirnya, koalisi dapat terbentuk antara Parti Kesejahteraan Islam dan Parti Jalan Sejati.[5] Badan legislatif Turki mennyetujui kesepakatan bahawa Erbakan selaku Ketua Parti Kesejahteraan Islam, dan Tansu Çiller akan saling berbagi posisi sebagai Perdana Menteri dan Wakil Perdana Menteri Turki. Posisi-posisi penting lainnya di tingkat kementrian juga dibagi antara Parti Kesejahteraan Islam dan Parti Jalan Sejati.[5]

Pemerintah militer meminta Erbakan untuk mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997. Pemerintah militer menganggap bahawa Parti Kesejahteraan Islam berusaha meng-Islamkan negara Turki. Erbakan akhirnya mengundurkan diri pada tanggal 18 Jum 1997. Parti Kesejahteraan Islam akhirnya juga dilarang aktif dalam perpolitikan sejak awal tahun 1998. Erbakan kembali dilarang ikut serta dalam perpolitikan selama lima tahun.[5]

Selepas menjadi Perdana Menteri

sunting

Pada tahun 2000, Erbakan dipenjara atas tuduhan melakukan ujaran kebencian kepada pemerintah sekuler Turki dalam suatu pidato pada tahun 1994; Necmettin Ia juga dituduh menggelapkan dana Parti Kesejahteraan setelah pembubaran dilakukan. Pada tahun 2002, Erbakan dihukum tahan dalam rumahnya selama dua tahun sehinggalah beliau dilepaskan larangan berpolitik pada tahun berikutnya. Erbakan kemudian bergabung dengan Parti Saadah. Parti ini merupakan salah satu parti yang mendukung Islam di Turki.[5]

Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul adalah dua rakan utamanya di Parti Kesejahteraan.[8] Ideologi dari Parti Kesejahteraan kini diwariskan ke Parti Keadilan dan Pembangunan. Parti ini merupakan parti yang kini berkuasa di Turki.[8]

Kematian

sunting

Erbakan meninggal dunia di sebuah hospital di Ankara pada tanggal 27 Februari 2011 pada usia 85 tahun semasa menjalani rawatan penyakit jantung.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ [1] BBC.
  2. ^ [2] BBC.
  3. ^ Moe, Christian (September 2003). "Refah Partisi (The Welfare Party) and Others v. Turkey". International Journal of Not-for-Profit Law. International Center for Not-for-Profit Law. 6 (1). ISSN 1556-5157. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-25. Dicapai pada 28 August 2008.
  4. ^ "85 yıllık yaşamından kesitler" (dalam bahasa Turki). Ntvmsnbc.com. 27 February 2011. Dicapai pada 28 February 2011.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l "Necmettin Erbakan | Biography & Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-25.
  6. ^ a b Prof. Dr. Necmettin Erbakan'in soyu ve dogumu Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine
  7. ^ admin. "Mengenang Tokoh Islam Turki, Prof. Necmettin Erbakan". Permata FM News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-26.
  8. ^ a b c d "Bekas PM Turki Necmettin Erbakan wafat". BBC News Indonesia. Dicapai pada 2020-02-26.