Najip Ali
Najip Ali (lahir 19 April 1967) ialah seorang penghibur, penyanyi, penari,[1] pelakon, pelawak, personaliti dan penerbit televisyen Singapura[2] yang terkenal kerana mengacara pelbagai rancangan televisyen sejak awal 1990-an, khususnya pertandingan nyanyian sebenua Asia Bagus dari 1993 hingga 2000. Beliau juga merupakan penerbit Nescafé Kick-Start untuk TV3 di Malaysia.[3]
Najip Ali | |
---|---|
نجيب علي | |
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pengacara, pelakon, personaliti TV, pelawak, penyanyi, penari,[1] penerbit |
Tahun aktif | 1990–kini |
Kerjaya
suntingNajip pernah bersekolah di Chai Chee Secondary School, sebuah sekolah dimana pengetuanya menekankan para pelajarnya kepada muzik selain kerja akademik. Di sini, Najip menjadi ketua Persatuan Kesusasteraan Melayu, Drama dan Berdebat. Beliau juga pernah mengendalikan satu majlis Hari Raya di sekolah tersebut.[4]
Sebelum menjadi personaliti TV, Najip pernah mengendalikan beberapa persembahan hiburan dan budaya anjuran Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura. Pengalaman Najip di pertubuhan tersebut terutamanya acara-acara yang dibuat di luar negara memberi inspirasi kepadanya untuk "melihat dunia".[5] Kemudian beliau menjadi artis syarikat Music & Movement.[5]
Najip mula mengacara Asia Bagus pada tahun 1992 apabila seorang penerbit Fuji TV[4] tersempak dengan Najip melakukan satu persembahan di sebuah kelab;[5] sebulan kemudian beliau dipilih oleh pihak Pony Canyon melalui telefon untuk mengacara rancangan tersebut.[5] Beliau juga dikehendaki untuk menjadi penterjemah terutamanya menterjemah ke Bahasa Indonesia.[5]
Pada tahun 1999, setelah lapan tahun mengacara Asia Bagus, beliau menubuhkan Dua M, sebuah anak syarikat Music & Movement yang bertanggungjawab menerbitkan rancangan TV.[1] Sementara itu, beliau mula menganjurkan pementasan teater pertamanya bertajuk TV... Pentas... Dunia.[1]
Selain menjadi personaliti TV, Najip Ali turut berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah menerbitkan tiga album solo, Born In SIN (1993),[6] Oonik (1995)[7] dan Rawjak Ali (1997).[8]
Beliau pernah menjadi salah seorang pengacara rancangan bual bicara TV: ISM bersama Afdlin Shauki (Malaysia) dan Sarah Sechan (Indonesia).[9]
Kontroversi
suntingKenyataan persenda Najib Razak
suntingPada 5 April 2017, Najip membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri (bekas), Datuk Seri Najib Tun Razak atas keterlanjurannya dalam program Ok Chope! Episod 26 yang disiarkan pada 29 Mac 2017.
Najip dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi Mediacorp Channel 5 berkata, dia menyesali tindakannya pada program tersebut yang telah mengundang ketidakpuasan hati penonton.
Najip membuat kenyataan sebahagiannya:
"Sejak beberapa hari lepas saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut. "Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," [10]
Dalam program tersebut, peserta diminta melengkapkan satu tajuk berita berkaitan Najib yang telah dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for threatening Malaysia’s progress.” ("Najib menghentam... untuk mengancam kemajuan Malaysia"). Para peserta mula meneka dengan mengeluarkan ayat-ayat sendiri yang disifatkan memperlekehkan Najib.[11]
Diskografi
suntingAlbum solo
suntingFilemografi
suntingTelevisyen
suntingTahun | Rancangan | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1993-2000 | Asia Bagus! | Pengacara | TV3 |
1998 | TV Kini [12] | Pengarah[12] | Prime 12 |
2003 | TV: ISM [9] | Pengacara (bersama Afdlin Shauki dan Sarah Sechan)[9] | Indosiar MediaCorp Suria TV3 |
2004 | Anugerah Juara Lagu ke-19 | Pengacara (bersama Sarimah Ibrahim dan Cheryl Samad) | TV3 |
2004 | Nescafé Kick-Start | Penerbit | |
2007 | Keletahnya Dia! | Pengacara | |
2012 | Maharaja Lawak Mega 2012[13] | Juri Tetap | Astro Warna |
2015 | Juara Parodi 2015 | Pengacara | |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | Juri Tetap | |
2017 | Maharaja Lawak Mega 2017 | Juri Tetap (minggu 1 - 7) | |
2019 | Maharaja Lawak Mega 2019 | Juri Tetap |
Rujukan
sunting- ^ a b c d "The show will go on". The New Paper. 22 September 1998. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
- ^ "Najip Ali, Creative Director, Dua M Pte Ltd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-29. Dicapai pada 2016-02-13.
- ^ Najip Ali pilihan pertama mengacara "Keletahnya Dia!"
- ^ a b "Bagus showman". The Straits Times. 16 Ogos 1997. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ a b c d e "Najip pengacara antarabangsa". Berita Harian (Singapura). 23 April 1992. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ a b "Parents are afraid of me, says Najip". The Straits Times. 19 Oktober 1995. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ a b "Najip masih bersemangat Melayu". Berita Harian (Singapura). 1 Oktober 1994. Dicapai pada 13 Oktober 2024.
- ^ a b "Rawjak Ali serves up a tasty Asian dish". The Straits Times. 7 Mei 1997. Dicapai pada 13 Oktober 2024.
- ^ a b c "These hosts are a riot!". The New Paper. 23 Jun 2003. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ Isu Persenda PM: Mediacorp, Najip Ali Mohon Maaf
- ^ Pengacara Terkenal Najip Ali Mohon Maaf Kepada PM.
- ^ a b "Najip behind the camera lens". The Straits Times. 23 Jun 1998. Dicapai pada 13 Oktober 2024.
- ^ "Tiada bunga api". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 2016-02-13.