Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar
Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (bahasa Inggeris: Council on Tall Buildings and Urban Habitat , CTBUH) ialah sebuah lembaga antarabangsa dalam bidang bangunan tinggi dan reka bentuk bandar yang mapan. Pertubuhan bukan untung yang bertapak di Institut Teknologi Illinois di bandaraya Chicago, Illinois ini berfungsi mengumumkan penerima gelaran ‘Bangunan Tertinggi di Dunia’ dan juga merupakan badan berkuasa yang memberi ukuran rasmi ketinggian bangunan. Majlis ini diasaskan di Universiti Lehigh pada tahun 1969, di mana terletaknya pejabatnya sehingga berpindah ke Institut Teknologi Illinois pada Oktober 2003.
Council on Tall Buildings and Urban Habitat (en) | |
Fail:CTBUHLogo.png | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | CTBUH |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan untung |
Tujuan | Mengkaji dan melaporkan segala aspek bangunan tinggi dan reka bentuk bandar |
Tapak web | www.ctbuh.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 1969 |
Pengasas | Lynn S. Beedle |
Lokasi | |
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Ibu pejabat | Chicago, Amerika Syarikat |
Lokasi | |
Koordinat | 41°53′N 87°37′W |
Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
sunting · sunting di Wikidata |
Penarafan bangunan tertinggi
suntingCTBUH menempatkan ketinggian bangunan dengan tiga kaedah berbeza:
- Hingga atas sekali reka bina bangunan. Inilah kriteria utama yang digunakan oleh CTBUH untuk menempatkan ketinggian bangunan. Ketinggian diukur dari paras pintu masuk terbuka penting yang terendah, hingga ke atas bangunan, termasuk mercu kecuali benda-benda seperti tiang bendera atau antena.
- Hingga aras tertinggi: Ketinggian hingga tingkat berduduk yang tertinggi dalam bangunan.
- Hingga hujung mercu atau antena: Ketinggian hingga hujung mercu, puncak, antena, tiang atau tiang bendera.
Kategori yang mengukur hingga ke atas bumbung digugurkan daripada kriteria pendudukan bangunan tertinggi pada November 2009.[1] Ini disebabkan pencakar langit berbumbung rata tidak sekerap ditemui pada zaman moden seperti pencakar langit yang bereka bina mercu rumit dan ciri-ciri parapet dinding cucur pada bumbungnya, menjadikannya lebih sukar menentukan bumbung bangunan.
Rujukan
sunting- ^ "CTBUH changes height criteria, Burj Dubai height increases". Council on Tall Buildings and Urban Habitat. 17 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 18 November 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)
Pautan luar
sunting- Council on Tall Buildings and Urban Habitat
- CTBUH Tallest Building Databases[pautan mati kekal]
- CTBUH Technical Papers Diarkibkan 2008-01-26 di Wayback Machine
- CTBUH Global Tall Building News Archive Diarkibkan 2014-09-15 di Wayback Machine
- CTBUH Newsletter Archive Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine
- CTBUH Design Research Diarkibkan 2008-08-28 di Wayback Machine