Lukman Sardi (lahir 14 Julai 1971) ialah seorang pelakon lelaki Indonesia. Beliau ialah anak kepada pemain biola Idris Sardi.

Lukman Sardi
Kelahiran (1971-07-14) 14 Julai 1971 (umur 53)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon
PasanganPricillia Pullunggono (k. 2009)
Anak-anak
  • Akiva Dishan Ranu Sardi
  • Akira Deshawn Yi Obelom Sardi
  • Akino Dashan Kaimana Sardi
Ibu bapa
Saudara
  • Santi Sardi (kakak)
  • Mas Sardi (datuk)
  • Hadidjah (nenek)

Kehidupan awal dan kerjaya

sunting

Lukman Sardi dilahirkan pada 14 Julai 1971 di Jakarta, Indonesia. Lukman Sardi ialah anak kepada pemain biola Idris Sardi dan cucu kepada Mas Sardi. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon kamak-kanak dalam filem 1980, Anak-Anak Tak Beribu. Sebelum ini, beliau telah berlakon dalam beberapa filem, seperti Kembang-Kembang Plastik dan Pengemis dan Tukang Becak. Namun, hanya memegang watak kecil.

Kehidupan peribadi

sunting

Pada Disember 2009, Lukman Sardi berkahwin dengan Pricillia Pullunggono, yang 13 tahun lebih muda daripadanya. Beliau dikurniakan tiga anak, iaitu Akiva Dishan Ranu Sardi,[1] Akira Deshawn Yi Obelom Sardi, dan Akino Dashan Kaimana Sardi.

Pada Jun 2015, beliau mencetuskan kontroversi susulan beliau ingin menukar agama Islam kepada Kristian. Khabar angin ini berlaku apabila beliau membuat testimoni di majlis ulang tahun Indonesian Bethel Church Ecclesia, yang dimuat naik di YouTube pada 24 Mei 2015. Lukman Sardi mengakui bahawa keputusan untuk murtad bukan satu kesimpulan tetapi dari hatinya.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ariefana, Pebriansyah (2009-12-30). "Lukman Sardi: Anakku Sekarang Mirip Brad Pritt". Hot.detik.com. Dicapai pada 2014-04-30.
  2. ^ [1]Diarkibkan 2018-12-27 di Wayback Machine (dalam bahasa Bahasa Indonesia) Lukman Sardi moving religion since 6 years, not because his wife Oktavita.com retrieved on 2015-06-21

Pautan luar

sunting