Liga Kebangsaan bagi Demokrasi

(Dilencongkan daripada Liga Demokrasi Kebangsaan)

Liga Demokrasi Kebangsaan[3] (Bahasa Burma: အမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်, IPA: [ʔəmjóðá dìmòkəɹèsì ʔəpʰwḛdʑoʊʔ]) ialah sebuah parti politik Myanmar yang diasaskan pada 27 September 1988. Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 1991 Aung San Suu Kyi merupakan pengasas dan Setiausaha Agungnya kini.

Liga Demokrasi Kebangsaan
Bahasa Burma: အမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်
Nama MelayuLiga Demokrasi Kebangsaan
Nama Burmaအမျိုးသား ဒီမိုကရေစီအဖွဲ့ချုပ်
Setiausaha AgungAung San Suu Kyi (1988 – kini)
Naib PengerusiTin Oo
Diasaskan27 September 1988 (1988-09-27)
Ibu pejabat97B Jalan Shwegondaing Barat,[1] Perbandaran Bahan, Yangon, Myanmar
IdeologiDemokrasi sosial[2]
Kedudukan politikTengah kiri
Kerusi di Amyotha Hluttaw
5 / 224
Kerusi di Pyithu Hluttaw
37 / 440
Laman sesawang
www.nldburma.org
Politik Myanmar
Parti politik
Pilihan raya

Parti ini mendapat majoriti cukup besar dalam pilihan raya umum 1990. Bagaimanapun, junta tentera yang memerintah enggan menerima keputusan itu. Pada 6 Mei 2010, parti ini diisytiharkan haram dan diarahkan dibubarkan oleh junta selepas enggan mendaftar untuk pilihan raya 2010.[4] Pada November 2011, LDK atau NLD mengumumkan hasrat mendaftar sebagai parti politik bagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pada 13 Disember 2011, Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar meluluskan permohonan mereka.[5]Dalam pilihan raya kecil Myanmar 2012, NLD memenangi kesemua 44 kerusi yang ditandinginya, daripada keseluruhan seats yang dipertandingkan.[6] Walaupun cuma minoriti dalam parlimen 664-anggota, NLD muncul sebagai suara penting demokrasi dalam politik Myanmar.[7] Aung San Suu Kyi sendiri memenangi kerusi Kawhmu di selatan Yangon.[8]

  1. ^ Alex Frangos (30 Mac 2012). "Once-Shunned Quarters Becomes Tourist Mecca". Wall Street Journal. Dicapai pada 2 April 2012. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Leftist Parties of Myanmar Februari 2004}}
  3. ^ Rakyat Myanmar Keluar Mengundi mStar Online. April 2012.
  4. ^ "National League for Democracy disbanded in Myanmar". Haiti News. 4 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-27. Dicapai pada 11 November 2010.
  5. ^ Suu Kyi's Myanmar opposition party wins legal status, The Associated Press, 13 Disember 2011
  6. ^ "It is the victory of the people: Aung San Suu Kyi on Myanmar". IBNLive. 10 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-06. Dicapai pada 5 April 2012.
  7. ^ "Suu Kyi declares 'new era' as Myanmar shifts to democracy – International News". livemint.com. Dicapai pada 5 April 2012.
  8. ^ "The disappearing virtual library – Opinion". Al Jazeera English. Dicapai pada 5 April 2012.

Pautan luar

sunting