Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai

Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, juga dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat, merupakan sebuah lebuh raya negeri yang sedang dalam pembinaan di Kelantan, Malaysia. Asalnya ia dirancang sebagai sebuah lebuh raya persekutuan, tetapi akhirnya lebuh raya ini dibina sebagai lebuh raya negeri kerana kerajaan persekutuan menggugurkan projek tersebut beberapa kali sejak tahun 1990 dan ianya menjadikan lebuh raya ini adalah lebuh raya capaian terkawal pertama milik kerajaan negeri.[1] Namun begitu, projek ini secara beransur-ansur disepadukan ke dalam projek Central Spine Road 34 menjelang 2015 dan akhirnya lebuhraya ini kemudiannya diambil oleh kerajaan persekutuan setelah 70% projek ini siap dibawah kerajaan negeri Kelantan. Mana ada 70%. Baru siap 25% je

Jalan Negeri Kelantan D--
Maklumat laluan
Panjang73 km (45 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKota Bharu
Persimpangan utama Laluan Persekutuan 3
Laluan Persekutuan 8
Laluan Persekutuan 4
Jalan Pasir Hor
Hujung selatanKuala Krai
Lokasi
Destinasi
utama
Ketereh, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Sepintas lalu

sunting

Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai merupakan lebuh raya sepanjang 73-kilometer (45 bt) yang menghubungkan bandar raya Kota Bharu dengan Kuala Krai di Kelantan. Lebuh raya ini akan dibina sebagai lebuh raya kembar empat lorong dengan kawalan masuk penuh. Terdapat sembilan persimpangan bertingkat berlainan aras serta dua kawasan rehat yang akan dibina di sepanjang lebuh raya.[2]

Pembinaan lebuh raya ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa kutipan tol. Selain dana kerajaan negeri, orang ramai boleh juga menyumbang bagi pembinaan lebuh raya melalui satu tabung wakaf.[3]

Lebuh raya ini dibina dalam tiga fasa. Fasa pertama dari Bukit Tiu ke Kuala Krai dibina terlebih dahulu, memandangkan bahagian tersebut melalui tanah milik kerajaan negeri, sekaligus menghapuskan kos pengambilalihan tanah. Sementara itu, fasa ketiga dari Pasir Hor ke Kota Bharu akan menjadi bahagian terakhir yang akan dibina, memandangkan bahagian tersebut merupakan lebuh raya bertingkat yang dibina di atas Laluan Persekutuan 8 sedia ada, menjadikannya sebagai jajaran termahal dalam lebuh raya tersebut. Keseluruhan lebuh raya berkenaan dijangka siap pada tahun 2015, setelah mengambil kira faktor musim tengkujuh.[3]

Sejarah

sunting

Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980s.[3] Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada Laluan Persekutuan 8 yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai, yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan. Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan kerajaan Barisan Nasional negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa Pilihan Raya Umum 1990. Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan,[3] tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam.[4] Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu.[3] Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.[1][2]

Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional, dengan mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik politik oleh kerajaan negeri.[5] Tambahan pula, kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional turut mengkritik penggunaan kaedah wakaf bagi mendapatkan dana pembinaan lebuh raya. Sementara itu pula, kerajaan negeri pula mengkritik kerajaan persekutuan kerana tidak memberi kerjasama serta sering berdolak-dalih mengenai pembinaan lebuh raya tersebut, sekaligus mempertikaikan integriti kerajaan persekutuan.[4]

Pada 20 Januari 2012 semasa program Jelajah Janji Ditepati tajaan BN di Kota Bharu, Datuk Seri Najib Razak menyertakan projek lebuh raya tersebut sebagai salah satu daripada tujuh projek mega persekutuan yang dijanjikan kepada Kelantan sekiranya BN menawan kembali Kelantan daripada PAS semasa pilihan raya umum ke-13.[6] Walau bagaimanapun, janji tersebut dikecam hebat oleh kerajaan negeri sedia ada pimpinan PAS kerana janji tersebut merupakan manifesto bersyarat, di samping dakwaan menciplak rancangan kerajaan negeri sendiri. Datuk Husam Musa, pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kabajikan Kelantan, berkata bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya sudah lama melaksanakan projek lebuh raya tersebut dan bukannya sekadar menabur janji, memandangkan projek tersebut sebenarnya sudah pun diluluskan semasa Rancangan Malaysia Kelima dan sekali lagi semasa Rancangan Malaysia Kesembilan.[7]

Senarai persimpangan

sunting
Km Susur
keluar
Persimpangan[1] Ke Catatan
EXIT ---- Jejambat Kota Bharu-Pasir Hor
PERSIMPANGAN KOTA BHARU
  JALAN SULTAN YAHYA PETRA

TIMUR
Pasir Mas

BARAT
Tumpat
Kubang Kerian

  JALAN SULTAN IBRAHIM
Pusat bandar raya Kota Bharu
Pengkalan Chepa
Persimpangan bertingkat
Jejambat bermula/tamat
    LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI
Lebuh raya bermula/tamat
Dalam pembinaan

Jejambat bermula/tamat
EXIT ---- PERSIMPANGAN PASIR HOR   JALAN PASIR HOR
Pasir Hor
Wakaf Che Yeh
Persimpangan bertingkat
EXIT ---- PERSIMPANGAN KADOK  D126 Kadok Persimpangan bertingkat
EXIT ---- PERSIMPANGAN KETEREH  D14 Ketereh
Melor
Persimpangan bertingkat
EXIT ---- PERSIMPANGAN KOK LANAS  D136 Kok Lanas
Selising
Persimpangan bertingkat
EXIT ---- PERSIMPANGAN BUKIT TIU   JALAN GERIK-PASIR PUTEH

TIMUR
Pasir Puteh

BARAT
Machang
Tanah Merah
Jeli
Gerik
Persimpangan bertingkat
EXIT ---- PERSIMPANGAN KEROH   Keroh Persimpangan bertingkat
    LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI
Lebuh raya bermula/tamat
Dalam pembinaan

EXIT ---- PERSIMPANGAN DUSUN DAMAR   LEBUHRAYA KUALA KRAI-GUA MUSANG
Kuala Krai
Gua Musang
Kuala Lipis
Raub
Bentong
Persimpangan bertingkat

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Majlis pecah tanah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai / Kota Bharu-Kuala Krai Expressway ground-breaking ceremony". Blog Jalan Raya Malaysia. 28 Mei 2012. Dicapai pada 15 Oktober 2012.
  2. ^ a b Husam Musa (27 Mei 2012). "Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-29. Dicapai pada 15 Oktober 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c d e "TAHNIAH!!! Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai: Pecah Tanah 28 Mei" (dalam bahasa Malay). 16 Mei 2012. Dicapai pada 15 Oktober 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b Khairul Faizi Ahmad Kamil (14 Jun 2012). "Kenyataan Media: Penangguhan Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, Di Mana Integriti Pemerintah?" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 15 Oktober 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Mohd. Hafiz Abd. Mutalib (28 Mei 2012). "Cuma gimik politik PAS" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Oktober 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Najib umum tujuh projek besar di Kelantan" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 20 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-22. Dicapai pada 23 Januari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Rosmiza Kasim (22 Januari 2013). "Husam: 7 janji BN tiru projek Kelantan" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. Dicapai pada 23 Januari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)